Buat Hand Sanitizer Sendiri Jimat Kos 70% Masa Coronavirus Covid 19

Akibat Covid-19, hand sanitizer menjadi kurang dan mahal. Ada cara senang dapat?

Cara buat hand sanitizer sendiri boleh jimatkan kos hingga 70%. Dalam artikel ini, saya syerkan cara membuat sanitizer sendiri.

Wabak Coronavirus Covid-19 menyerang negara kita sejak empat bulan lepas menyebabkan permintaan yang mendadak bekalan cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer.

Hand sanitizer disyorkan bagi membersih tangan terutama apabila keluar dan masuk semula ke rumah. Dengan ini virus Covid-19 yang berkemungkinan melekat pada tangan dapat disingkirkan.

Buat hand sanitizer sendiri boleh jimatkan kos dan masa. Hand sanitizer susah dapat masa wabak covid-19 ini.
Berita dalam Sinar Harian menunjukkan hand sanitizer kehabisan stok akibat permintaannya yang tinggi semasa wabak coronaviris Covid-19

Akibat permintaan hand sanitizer yang terlalu tinggi telah menyebabkan bekalan di pasaran habis. Harga hand sanitizer menjadi mahal kerana penjual mahukan keuntungan lumayan dan permintaan yang tinggi.

Artikel ini membantu kita cara membuat hand sanitizer sendiri dengan kos yang murah dan dapat jimatkan perbelanjaan keluarga.

Hand sanitizer digunakan bagi membersih tangan di musim wabak coronavirus Covid-19
Hand sanitizer digunakan bagi membersih tangan di musim wabak coronavirus Covid-19

Formula membuat hand sanitizer sendiri ini dikongsikan oleh IR Abdul Rahman Bahasa.

Saya minta izin dan ucapkan terimakasih kepada IR Abdul Rahman Bahasa kerana syerkan formula membuat hand sanitizer beliau itu.

Formula Buat Sendiri Hand Sanitizer

Buat hand sanitizer sendiri dengan dua bahan iaitu dettol dan sterile water. Boleh jimat kos hingga 70%
Bahan bagi membuat sanitizer sendiri hanya perlukan Dettol dan sterile water

Bahan-Bahan

3 bahan diperlukan bagi menyediakan hand sanitizer, iaitu:

  1. Dettol
  2. Sterile water (boleh dibeli di farmasi)
  3. Botol hand sanitizer (digunakan sebagai asas pengiraan kos. Jika sudah ada botol sendiri ini lagi menjimatkan kos)

Kos Bahan Membuat Hand Sanitizer

Saya telah membeli empat bahan berikut serta kos untuk demostrasi:

  1. Hand sanitizer jenama S-Guard (100 ml) : RM18.00
  2. Dettol (50 ml): RM5.20
  3. Sterile water -jenama RinsCap (1,000 ml) : RM7.90
  4. Botol kosong spray hand sanitizer: RM2.20

Cara Buat Hand Sanitizer

Campurkan 20% Dettol kepada 80% sterile water dalam botol atau bekas pilihan anda.

Anda boleh menggunakan kebijaksanaan sendiri bagi membuat hand sanitizer berdasarkan kepada keperluan anda.

Hand sanitizer yang telah dibuat boleh diisikan dalam botol spray dan boleh digunakan terus.

Formula ini sesuai digunakan oleh orang dewasa dan kanak-kanak berumur 10 tahun ke atas sahaja kerana faktor ketebalan kulit.

Bagaimana Mengira Penjimatan Kos Buat Sendiri hand Sanitizer

Pengiraan Kos

Kos hand sanitizer di pasaran: RM18.00 (100 ml) – diguna bagi mengukur penjimatan kos.

Bagi membuat hand sanitizer sendiri, ini bermakna kita kena mengira kos 20% (80 ml) Dettol dan kos 80% (80 ml) sterile water.

Kos 20% Dettol: (RM5.20/50 ml) x 20 ml = RM2.08

Kos 80% sterile water: (RM7.90/1,000 ml) x 80 ml = RM0.63

Kos botol spray kosong: RM2.20

Jumlah kos hand sanitizer bagi 100 ml: RM2.08 + RM0.63 + RM2.20 = RM4.91

Penjimatan Kos

Apabila anda buat sendiri hand sanitizer, anda boleh jimat sehingga 70% daripada membeli di kedai atau farmasi.

Pengiraannya adalah seperti berikut:

Harga sebotol hand sanitizer pasaran (100 ml): RM18.00

Kos buat sendiri hand sanitizer (100 ml): RM4.91

Penjimatan kos bagi 100 ml hand sanitizer: RM18.00 – RM4.91 = RM13.09

Peratus penjimatan: RM13.09/RM18.00 = 73%.

Nota: Anda boleh mengira sendiri kos yang dijimatkan berdasarkan kos bahan di atas. Ini kerana kos adalah berbeza mengikut kedai dan lokasi.

Kegunaan Lain Hand Sanitizer

Hand sanitizer boleh digunakan di dapur dan bilik air bagi menghilangkan kuman atau germs.
Hand sanitizer boleh digunakan di dapur dan bilik air bagi menghilangkan kuman

Selain berguna untuk mencuci tangan, hand sanitizer boleh digunakan untuk tujuan berikut:

  1. Bagi mencuci kekotoran di dapur dan bilik air serta berfungsi menghilangkan kuman atau germ.
  2. Bagi mengilatkan permukaan cermin
  3. Bagi menghilangkan kesan dakwal kekal pen marker
  4. Bagi melegakan kesan gigitan nyamuk yang gatal
Ozpure ialah krim minyak zaitun bagi mengurangkan kesan ekzema pada bayi.
Krim yang dibuat daripada minyak zaitun dan ada kelulusan KKM bagi menghilangkan gatal kulit termasuk ekzema

Artikel ini telah diadaptasi dari artikel asal Nak jimat dari beli pembasmi kuman, jom buat DIY hand sanitizer hanya guna 2 barang sahaja.

Cara Buat Sendiri Mask atau Topeng Muka

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd, blogger dan agen hartanah

%d bloggers like this: