Cara Isteri Dapat Harta Sepencarian Tanpa Turun Naik Mahkamah

Kenapa dah bercerai dan dimadukan baru nak tuntut harta sepencarian?

Advertisements

Selalu sangat kita baca kesah pertelingkahan harta sepencarian antara isteri dengan bekas suami…

Kerap kita baca di akhbar isteri yang diceraikan membawa tuntutan harta sepencarian ke mahkamah. Ada yang gagal, ada yang berjaya. Tapi lebih banyak gagal dari berjaya.

Isteri kerap kecewa apabila ditinggalkan  suami samada selepas penceraian, kematian suami atau dimadukan. Tiada harta sepencarian yang ditinggalkan oleh suami

Yang gagal mungkin kerana isteri gagal membuktikan ia ada hak ke atas harta sepencarian bekas suaminya. Yang berjaya pula tidak semestinya mendapat 100% apa yang dituntutnya.

Bukan semua kes tuntutan harta sepencarian di bawa ke mahkamah. Ada isteri yang diceraikan tidak mampu membayar kos guaman peguam syariah, jadi harta sepencarian tinggal mimpi sahaja.

Kadang-kadang tak sempat nak bawa tuntutan harta sepencarian ke mahkamah apabila berlaku campur tangan ibu bapa pasangan ke atas harta kerana tamak dan dengki.

Akhirnya, yang menjadi mangsa perebutan harta sepencarian ialah isteri dan anak-anak.

Jom kita lihat empat senario di bawah di mana isteri selalu teraniaya dalam mendapat harta sepencarian dengan suami.

1. Suami Menceraikan Isteri Tanpa Belas Kasihan

Hak harta pusaka isteri daripada suami terbatal selepas bercerai kerana isteri bukan lagi waris melalui perkahwinan.

Penceraian menyebabkan terputus hak perwarisan harta pusaka suami isteri. Ini bermakna apabila berlaku kematian selepas penceraian, maka tidak tidak timbul hak harta pusaka suami atau isteri.

Bagaimanapun, ada isteri yang cuba menuntut harta sepencarian bekas suami melalui proses mahkamah tetapi risiko gagal amat tinggi kerana ia melibatkan pembuktian sukar harta sepencarian. Lagi pun ia memakan masa dan kos melantik peguam – dan mungkin tak berbaloi dengan nilai tuntutan harta sepencarian.

2. Suami Berpoligami Boleh Merugikan Isteri Pertama

Biarkan suami berpoligami asalkan isteri tua jangan bertambah rugi. Buat perjanjian harta sepencarian
Suami berpoligami jangan sampai merugikan hak mendapatkan harta sepencarian

Apabila suami berpoligami, isteri pertama akan teraniaya. Ini kerana ada harta yang dikumpul semasa bahagia semasa isteri pertama akan terlepas kepada isteri kedua.

Ada juga isteri dan anak-anak dibiarkan suami selepas bepoligami tanpa memberi harta atau nafkah.

Isteri pertama cuba menuntut di mahkamah tetapi sudah terlewat apabila rumah telah dipindah milik kepada isteri kedua.

3. Hak Isteri Hanya 1/8 Apabila Suami Pergi Buat Selama-Lamanya

Hak isteri ke atas harta pusakan suami ialah 1/8 jika ada anak. Tanpa anak harta pusaka yang isteri dapat ialah 1/4.
Di bawah Faraid, hak isteri 1/8 ke atas harta pusaka suami atau 1/4 jika tiada dikurniakan anak

Apabila suami meninggal, hak isteri ke atas harta pusaka suami ialah 1/8.

Jika diberi peluang, tentulah isteri mahu lebih 1/8 kerana selepas suami meninggal isteri akan menjaga anak, menyediakan kediaman dan persekolahan anak.

4. Pasangan Tidak Dikurniakan Anak

Apabila suami meninggal, hak isteri ke atas harta pusaka suami yang tiada anak ialah 1/4, baki 3/4 akan difaraidkan kepada ibu bapa suami dan adik-beradik suami.

Jika mereka ada anak tentulah sebahagian daripada harta pusaka suami jatuh kepada anak-anak mereka.

Jika diberi pilihan, tentulah isteri mahu lebih 1/4 kerana pasangan ini telah mengharungi susah-senang hidup secara bersama.

Alangkah Baiknya Harta Sepencarian Dibahagi Semasa Hidup Bahagia

Dalil Al-Quran kerap dipakai sebagai sumber mengenai konsep harta sepencarian.

“Orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan.”

Surah Al-Nisaa 4:32

Tip Cara Mudah Isteri Mendapat Harta Sepencarian Suami Tanpa Turun Naik Mahkamah...

Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi oleh pasangan semasa mereka menjadi suami isteri
Semasa bahagia, suami rela membahagi sebahagian hartanya kepada isteri di bawah amalan harta sepencarian

Saya nak kongsi bagaimana pasangan suami isteri boleh menyelesaikan masalah pembahagian harta sepencarian semasa mereka aman bahagia – tanpa menunggu mati, bercerai atau berpoligami.

Semasa hidup bahagia, isteri boleh mendapat lebih harta sekiranya suami bersetuju membahagikan sejumlah harta samada dengan pemberian terus, hibah atau melalui perjanjian harta sepencarian.

Perjanjian Harta Sepencarian Suami Isteri Pilihan Terbaik

Perjanjian harta sepencarian antara suami dengan isteri adalah cara terbaik menguruskan harta sepencarian
Perjanjian Harta Sepencarian Antara Suami Dan Isteri

Perjanjian harta sepencarian atau ada yang memanggil deklarasi harta sepencarian ialah perjanjian antara suami-isteri bagi menyerahkan sebahagian atau semua harta kepada pasangannya. Dari segi undang-undang ia telah pun berkuatkuasa pada tarikh perjanjian.

Sebagai contoh, sebuah rumah milik suami dan dengan perjanjian harta sepencarian, suami bersetuju menyerahkan 50% hak milik rumah dua tingkat kepada isterinya.

Kesan Pemilikan Harta Selepas Perjanjian Harta Sepencarian Ditandatangi

1. Jika Berlaku Penceraian, Isteri Tak Rugi Besar

Dengan perjanjian harta sepencarian, isteri akan mendapat bahagian harta suami 50% atau lebih berbanding tanpa harta jika tidak membuat perjanjian tersebut..

2. Suami Berpoligami Jangan Rugikan Isteri Pertama

Dengan perjanjian, isteri akan tetap mendapat hak suami 50% walaupun sudah dimadukan. Bagaimanapun, perjanjian harta sepencarian dibuat sebelum suami berpoligami.

Jika selepas berpoligami, ia memerlukan persetujuan semua isteri – satu keadaan yang sukar kan?

3. Suami Meninggal, Isteri Dapat 50% Harta Sepencarian dan 1/8 Harta Faraid

Dengan perjanjian harta sepencarian, isteri mendapat 50% harta sepencarian kerana ia pembahagian semasa hidup.

Isteri akan mendapat lagi 1/8 lagi daripada baki 50% harta sebagai harta pusaka.

4. Kena Reda Jika Tidak Dikurniakan Cahaya Mata

Dengan perjanjian harta sepencarian, isteri akan mendapat 50% harta sepencarian dan 1/4 daripada baki 50% sebagai harta pusaka.

Perjanjian ini dapat mengurangkan bahagian harta yang terlepas kepada famili suami.

Tiga Kebaikan Membuat Perjanjian Harta Sepencarian Yang Suami Isteri Patut Tahu!

Pertama, suami isteri akan berpuas hati dengan cara pembahagian harta kerana perjanjian dibuat atas kerelaan masing-masing.

Kedua, perjanjian ini dapat mempercepatkan proses pembahagian harta sepencarian kepada pasangan kerana ia melibatkan proses pengesahan mahkamah syariah tanpa turun naik mahkamah.

Ketiga, perjanjian harta sepencarian ini dapat mengelakkan perbalahan ahli keluarga jika berlaku kematian suami, penceraian dan suami berpoligami kerana ia pembahagian harta semasa suami hidup dan ia bukannya harta pusaka yang tertakluk kepada Hukum Faraid. 

Mengapa Membuat Perjanjian Harta Sepencarian Dengan as-Salihin Trustee Berhad

as-Salihin Trustee Berhad ialah syarikat amanah yang pakar dalam membuat perjanjian harta sepencarian dan kemudahan perancangan harta yang lain seperti hibah dan wasiat
as-Salihin Trustee Bhd – sebagai syarikat amanah Islam terbesar yang menyediakan produk perancangan harta

Perjanjian harta serpencarian dikenali dengan Deklarasi Harta Sepencarian atau Perjanjian Aset Perolehan Bersama.

Ada beberapa sebab pasangan boleh membuat Perjanjian Aset Perolehan Bersama dengan as-Salihin Trustee Berhad, iaitu:

  • as-Salihin Tristee Bhd menerima permohonan membuat Perjanjian Aset Perolehan Bersama walaupun properti itu masih dalam pembiayaan bank.
  • as-Salihin Trustee Berhad adalah sebuah syarikat amanah Islam yang menyediakan kemudahan Perjanjian Aset Perolehan Bersama dan produk perancangan harta yang lain. 
  • as-Salihin telah berada di pasaran lebih 15 tahun, jadi kepakaran dan kebolehpercayaan dalam menguruskan harta orang Islam tidak diragukan. 
  • as-Salihin ditubuhkan di bawah Akta Syarikat dan Akta Syarikat Amanah dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Jadi kreditabiliti as-Salihin tidak perlu diragukan.
  • as-Salihin dipengerusikan oleh Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara, seorang yang pakar dalam bidang harta sepencarian, hibah dan bentuk pembahagian harta yang lain.

Panduan Membuat Perjanjian Aset Perolehan Bersama Suami Isteri

Cara-cara membuat perjanjian harta sepencarian dengan as-Salihin Trustee Berhad
Semasa sedang bahagia pasangan berbincang harta sepencarian demi kebahgian pasangan dan masa depan anak-anak

Suami-isteri berunding dan bersetuju mengenai harta yang hendak dijadikan harta sepencarian. 

  • Pasangan menghubungi Perunding as-Salihin untuk mengadakan perbincangan dan permohonan membuat Perjanjian Aset Perolehan Bersama (perjanjian harta sepencarian.)
  • Pasangan menyertakan salinan IC, sijil perkahwinan, geran atau S&P harta yang hendak dijadikan harta sepencarian.
  • As-Salihin akan menyediakan deraf Perjanjian dan diemailkan kepada pasangan untuk semakan dan persetujuan.
  • Pasangan akan menandatangi Perjanjian Aset Perolehan Bersama di pejabat as-Salihin Trustee Berhad.
  • Pasangan akan menyimpan satu salinan Perjanjian dan dokumen asal disimpan oleh as-Salihin Trustee Bhd. 

Hubungi Perunding Kewangan Anda

Hubungi saya Abd Rahaman Rasid 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com untuk temujanji dan penjelasan kemudahan ini.

Kami mengalukan sebarang pertanyaan di ruangan komen, dan kami akan memberi maklum balas secepat mungkin.

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Disclaimer: Artikel ini ditulis bagi memudahkan pemahaman produk perjanjian harta sepencarian kepada orang ramai. Perincian kemudahan Perjanjian Aset Perolehan Bersama akan diperjelaskan oleh wakil atau perunding as-Salihin Trustee Berhad sendiri semasa perbincangan.

Advertisements

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd, blogger dan agen hartanah

9 thoughts on “Cara Isteri Dapat Harta Sepencarian Tanpa Turun Naik Mahkamah”

  1. Nak tanya.. Sekira nya isteri berstatus bankrup.. Boleh ker suami bg harta sepencarian kepada isteri?

    1. Memang boleh bagi kepada isteri. Biasanya wang itu diserahkan kepada Jabatan Insolvensi kerana kreditor ada hak ke atas aset tersebut bagi membayar hutang si isteri.

      1. sy nak tanya, kalau berlaku perceraian, isteri berhak x kemukakan harta sepencarian ? kalau boleh, bahagimanakah caranyaa?

  2. Jika suami pd mulanya bersetuju untuk meninggalkan rumah kpd anak 2 tetapi berubah fikiran untuk menjualnya .. bolehkah bekas isteri mengenakan syarat atas hasil jualan rumah tersebut untuk dibahagi sma rata kpd anak2 memandngkan suami tidak mmberi nafkah kpd mereka. Dan juga mengugut untuk merobohkannya jika tidak dijual. Tq

    1. Rumah itu atas nama suami, bermakna dia punya. Logiknya, macam mana puan nak letakkan syarat penjualan rumah kan? Isu nafkah bolehlah puan bincang dengan pejabat ugama untuk dapatkan nasehat.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.