Harta Pusaka Yang Halal Yang Boleh Difaraidkan Kepada Waris Faraid

Carilah Harta Pusaka Yang Halal

“Jika harta pusaka diperolehi secara haram, maka haramlah harta itu difaraidkan,” kata Ustaz Mohd Hafiz b. Hj Fauzi dalam ceramahnya di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Faraidkan harta yang halal sahaja.

Ceramah ugama Biarlah kita mencari harta yang halal semasa hidup dan janganlah kita memakan harta yang haram
Janganlah kita mengambil mudah harta yang dikumpulkan kerana kita akan ditanya dari mana harta diperolehi dan bagaimana harta itu dibelanjakan.

Banyak sumber harta haram – termasuklah harta yang dicuri, harta dari rasuah dan harta arwah ibu bapa yang diambil tanpa mengikut hukum faraid.

Waris juga dilarang mengambil harta pusaka si mati sekiranya si mati ada meninggalkan hutang dengan Allah dan hutang dengan manusia.

Bagaimana kita sebagai ibu-bapa, boleh elakkan kaum keluarga kita daripada termakan harta haram?

Satu caranya ialah melantik orang yang amanah dan mahir yang boleh membahagikan harta pusaka kita mengikut secara Islam selepas kita meninggal dunia.

Cara yang paling mudah ialah membuat wasiat dan melantik orang dipercayai menguruskan harta pusaka selepas kematian kita.

Mewasiatkan Harta Pusaka Yang Halal

Islam menggalakkan menulis wasiat bagi memudahkan proses pembahagian harta pusaka yang halal
Membuat wasiat ialah perancangan pembahagian harta selepas kematian…

Ramai yang memandang ringan pasal wasiat. Kematian adalah pasti, hanya tak tahu bila.

Persediaan sebelum mati dapat membantu waris menguruskan harta si mati. Waris dapat mengetahui yang mana harta halal, yang mana harta haram.

Maklumat dalam wasiat seperti jumlah hutang dan kepada siapa si mati berhutang dapat membantu ‘menenangkan’ si mati di dalam kubur.

Malang sungguh mereka yang tidak sempat berwasiat.

“Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat.”

Hadis riwayat Ibn Majah. Dhaif

Hadis di atas menjelaskan galakan Rasulullah s.a.w supaya berwasiat, yang mana baginda melabelkan orang yang tidak sempat berwasiat sebagai orang yang malang.

Rasulullah s.a.w juga bersabda yang bermaksud:

“Tidak ada hak bagi seseorang yang hendak mewasiatkan hartanya (menangguhkannya) bermalam sehingga dua malam, melainkan hendaklah ia segera menulis wasiat itu.”

Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim

Adakah Wasiat Harta Itu Wajib?

Membuat wasiat tidak diwajibkan dalam Islam, tetapi hukumnya mengikut situasi seseorang.

Wajib – jika ada tanggungjawap yang wajib dilaksanakan seperti zakat, haji, dan hutang dengan manusia. Jika tidak dinyatakan tanggungjawap itu dalam wasiat, ada risiko harta itu difaraidkan semuanya kepada waris.

Sunat – Jika berwasiat kepada kaum keluarga yang memerlukan sedangkan mereka ini tidak layak mendapat harta pusaka.

Peranan Wasiat Masa Kini

Wasiat dapat menentukan ke mana perginya harta selepas kita meninggal dunia.

Kita tentu mahu harta digunakan kepada jalan kebaikan.

Tiada siapa yang mahu harta menjadi bala kerana perebutan di kalangan waris. Kita tidak mahu harta yang halal menjadi haram kerana ada waris mengambil tanpa mengikut hukum faraid.

Cara yang terbaik ialah membuat wasiat dan melantik orang yang dipercayai menjadi pentadbir harta pusaka dan menguruskan harta mengikut arahan pewasiat serta berpegang kepada prinsip syariah dalam menguruskan harta pusaka.

Peranan wasiat adalah seperti berikut:

  • Pentadbir terlebih dahulu memanggil semua waris dan menerangkan arahan pewasiat dan hukum faraid
  • Waris membantu pentadbir mengenalpasti semua harta dan hutang si mati
  • Pentadbir mengenalpasti mana harta yang dihibahkan semasa hidup dan harta yang telah dijadikan harta sepencarian (jika ada),
  • Hutang si mati hendaklah diselesaikan oleh pentadbir (hutang dengan Allah dan hutang dengan manusia,
  • Pentadbir melaksanakan 1/3 wasiat harta si mati (jika ada)
  • Baki harta pusaka hendaklah dibahagi kepada waris yang berhak atau sebarang persetujuan waris yang berlandaskan hukum Faraid.

Cara Membuat Wasiat

Anda boleh menghubungi mana-mana perunding wasiat di pasaran. Jika anda mahukan perkhidmatan as-Salihin Trustee Berhad untuk menyediakan wasiat dan melantiknya sebagai wasi (pentadbir harta pusaka) sila hubungi saya:

Abd Rahaman Rasid
Perancang Harta, as-Salihin Trustee Berhad
Tel: 013 366 1242 Email: abdrahaman@gmail.com

Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang. Keahlian percuma terhad 1,000 orang sahaja.

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

Langganan PERCUMA

Anda hendak mendapatkan artikel terbaharu dari blog ini mengenai Harta Pusaka, Hukum Faraid, Hibah, Wasiat dan Harta Sepencarian, sila melanggan di sini secara PERCUMA.

Artikel akan terus masuk ke email anda. Isikan email di bawah.

Pautan:

Enam Dalil Anda Patut Membuat Wasiat

Ilmu Faraid Dan Pembahagian Harta Pusaka

Cara Membuat Wasiat Dengan Syarikat Amanah As-Salihin Trustee Bhd

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com