Artikel ini memberi empat tip bagi menghilangkan kesan gigitan nyamuk pada kulit bayi. Jemput baca…
Kulit bayi lebih mudah jadi merah dan bengkak apabila digigit nyamuk atau serangga lain. Lebih memburukkan, ia akan meninggalkan kesan parut pada kulit bayi.
Di sini kami kongsikan beberapa tip bagaimana cara untuk menghilangkan kesan yang digigit nyamuk pada bayi:

1. Gel Aloe Vera – Hilangkan Kesan Gigitan Nyamuk

Gel aloe vera yang sejuk dan bersifat antiradang sangat bagus untuk merawat kegatalan, menyembuhkan luka dan membantu hilangkan kesan digigit oleh serangga ini.
Caranya senang. Ambil satu tangkai lidah buaya (aloe vera) dan potong bagi mengeluarkan gelnya. Sapukan gel ini pada kesan gigitan nyamuk.
InsyaAllah berkesan tip ini.
2. Gunakan Kulit Kentang
Tip ini pun bagus. Kentang mengandungi potasium dan vitamin C yang sesuai merawat masalah kulit bayi.
Caranya mudah – kupas sebiji kentang dan gunakan bahagian dalam kulit kentang. Sapu bahagian kulit yang digigit serangga nyamuk. Kemudian bilaskan semula dengan air bersih selepas beberapa minit.
3. Bawang Putih Bawang Merah
Bawang putih dan bawang merah memiliki kandungan antibakteria yang sangat berkesan untuk mengubati luka. Bawang mampu mengubati kesan kemerahan kulit akibat alergi atau akibat digigit nyamuk.
Caranya enteng, belah bawang merah atau bawang putih, kemudian oleskan pada kulit bayi selama beberapa saat.
Jika tiada timbul reaksi, sapukan lagi selama beberapa minit pada kawasan yang terkena gigitan. Cuci semula dengan air bersih.
Cubalah tip ini…
4. Krim Minyak Zaitun Ozpure Tanpa Steriod – Boleh Hilangkan Kesan Gigitan Nyamuk
Hanya sapukan nipis krim minyak Zaitun pada kulit bayi yang gatal digigit serangga itu. Rasanya sejuk dan nyaman.
Fungsi krim ini ialah mematikan bakteria pada kulit yang gatal itu, melembabkan kulit dan membaiki kulit yang rosak. Ada kelulusan KKM, jadi ibu bapa tidak perlu risau.
Ibu bapa boleh mendapatkan maklumat lanjuk krim ini dengan klik pautan berikut:
Ekzema Bayi – Cara Hilangkan Dengan Berkesan
Cara Hilangkan Gatal Kemaluan Dan Faraj Miss V Dengan Berkesan Dan Cepat
Selamat mencuba tip ini…
Artikel ini telah diadaptasi dari artikel asal: