Tip yang wajib dibaca oleh ibu bapa yang sayangkan bayi!
Kulit bayi mudah menjadi merah dan bengkak apabila ada kesan gigitan nyamuk.
Lagi tak cantik, ianya meninggalkan parut dan gatal sangat pada kulit bayi. Kesian, tentu bayi menangis.
Nak tip tak, cara nak hilangkan gatal gigit serangga tu?
Di sini kami kongsikan beberapa tip bagaimana nak hilangkan kesan gigitan nyamuk pada bayi. Tip ini bukanlah jaminan, tetapi boleh cuba, bukan rugi pun…
Kulit bayi jadi merah, gatal dan bengkak kesan gigitan nyamuk. Ikutilah petua untuk merawatnya
Bawang Merah dan Bawang Putih Pun Bagus Hilangkan Kesan Digigit Nyamuk
Satu lagi tip ialah bawang merah dan bawang putih. Kedua-dua bawang ini mempunyai bahan antibakteria yang berkesan untuk mengubati luka.
Kedua-dua bawang ini boleh mengubat kesan kemerahan akibat digigit nyamuk pada bayi serta gatal alergi.
Caranya mudah – potong bawang putih atau bawang merah, kemudian sapukan pada kulit bayi beberapa saat.
Jika tidak ada perubahan, sapukan lagi beberapa minit pada kawasan yang terkena gigitan serangga itu.
Cuba Gel Aloe Vera Untuk Hilangkan Kesan Digigit Nyamuk
Gel Aloe Vera digunakan bagi merawat kulit bayi yang gatal digigit nyamuk
Ramai tak tahu Gel Aloe Vera mampu menyembuhkan luka dan membantu hilangkan kesan gigitan serangga ini. Ianya sejuk dan ada bahan antiradang sangat baik untuk merawat gatal digigit serangga itu.
Tipnya amat mudah. Macam ini…
Dapatkan satu tangkai lidah buaya (aloe vera) dan kemudian dipotong-potong bagi mengeluarkan gelnya. Sapukan gel ini terus pada kulit bayi yang ada kesan gigitan nyamuk. Tengok kesannya, harap membantu bayi itu.
Tip Kulit Kentang Ini Pun Bagus
Masalah kulit bayi akibat digigit nyamuk boleh juga dirawat dengan kentang. Kentang terdapat bahan potasium dan vitamin C.
Begini caranya – sebiji kentang dikupas dan gunakan bahagian dalam kulitnya. Sapu pada kulit yang terkena gigitan nyamuk. Lepas itu bilaskan dengan air bersih selepas beberapa minit.
Krim Minyak Zaitun Ozpure – Ada KKM
Hilangkan kesan gatal gigitan nyamuk pada kulit bayi dengan Ozpure
Hanya sapukan nipis krim minyak zaitun pada kulit bayi yang gatal itu. Rasanya sejuk dan nyaman. Namanya Ozpure, buatan usahawan Melayu dari PJ
Fungsi krim ini ialah mematikan bakteria pada kulit yang gatal itu, melembabkan kulit dan membaiki kulit yang rosak.
Ozpure ada kelulusan KKM, jadi ibu bapa tidak perlu risau.
Ibu bapa boleh mendapatkan maklumat lanjuk krim ini dengan klik pautan berikut:
Tip yang wajib dibaca oleh ibu bapa yang sayangkan bayi!
Artikel ini memberi empat tip bagi menghilangkan kesan gigitan nyamuk pada kulit bayi. Jemput baca…
Kulit bayi lebih mudah jadi merah dan bengkak apabila digigit nyamuk atau serangga lain. Lebih memburukkan, ia akan meninggalkan kesan parut pada kulit bayi.
Di sini kami kongsikan beberapa tip bagaimana cara untuk menghilangkan kesan yang digigit nyamuk pada bayi:
Kulit bayi jadi merah, gatal dan bengkak kesan gigitan nyamuk. Ada kesan parut pulak. Ikutilah tip-tip berikut untuk merawatnya
1. Gel Aloe Vera – Hilangkan Kesan Gigitan Nyamuk
Gel Aloe Vera mampu digunakan bagi merawat kegatalan kulit bayi akibat gigitan nyamuk
Gel aloe vera yang sejuk dan bersifat antiradang sangat bagus untuk merawat kegatalan, menyembuhkan luka dan membantu hilangkan kesan digigit oleh serangga ini.
Caranya senang. Ambil satu tangkai lidah buaya (aloe vera) dan potong bagi mengeluarkan gelnya. Sapukan gel ini pada kesan gigitan nyamuk.
InsyaAllah berkesan tip ini.
2. Gunakan Kulit Kentang
Tip ini pun bagus. Kentang mengandungi potasium dan vitamin C yang sesuai merawat masalah kulit bayi.
Caranya mudah – kupas sebiji kentang dan gunakan bahagian dalam kulit kentang. Sapu bahagian kulit yang digigit serangga nyamuk. Kemudian bilaskan semula dengan air bersih selepas beberapa minit.
3. Bawang Putih Bawang Merah
Bawang putih dan bawang merah memiliki kandungan antibakteria yang sangat berkesan untuk mengubati luka. Bawang mampu mengubati kesan kemerahan kulit akibat alergi atau akibat digigit nyamuk.
Caranya enteng, belah bawang merah atau bawang putih, kemudian oleskan pada kulit bayi selama beberapa saat.
Jika tiada timbul reaksi, sapukan lagi selama beberapa minit pada kawasan yang terkena gigitan. Cuci semula dengan air bersih.
Cubalah tip ini…
4. Krim Minyak Zaitun Ozpure Tanpa Steriod – Boleh Hilangkan Kesan Gigitan Nyamuk
Hilangkan kesan gigitan nyamuk, gatal kulit bayi dengan Ozpure
Hanya sapukan nipis krim minyak Zaitun pada kulit bayi yang gatal digigit serangga itu. Rasanya sejuk dan nyaman.
Fungsi krim ini ialah mematikan bakteria pada kulit yang gatal itu, melembabkan kulit dan membaiki kulit yang rosak. Ada kelulusan KKM, jadi ibu bapa tidak perlu risau.
Ibu bapa boleh mendapatkan maklumat lanjuk krim ini dengan klik pautan berikut:
Adakah anda tahu khasiat minyak zaitun bagus untuk menjaga kulit, rambut dan kesihatan am wanita?
Minyak zaitun mempunyai khasiat dalam permakanan dan penjagaan kesihatan
Kehebatan Minyak Zaitun Terutama Kepada Wanita
Minyak zaitun yang diekstrak daripada buah zaitun memberikan banyak khasiat untuk kesihatan dan kecantikan kulit terutama wanita.
Kehebatan buah buah zaitun telah diketahui sejak zaman dahulu lagi yang digunakan sebagai sapuan kulit atau perencah dalam hidangan makanan.
Sejarah turut mencatatkan berbagai manfaat yang diperolehi daripada buah zaitun – bermula daripada penjagaan kesihatan hingga menjadi bahan bagi menghasilkan produk kecantikan wanita.
Buah zaitun yang matang punya khasiat bagi mengatasi pelbagai masalah kulit kerana kandungan nutrisinya berkhasiat, termasuk kandungan vitamin, zat besi, karbohidrat, serat, kalsium, magnesium, fosfor, beta-karoten, protein dan banyak lagi.
Jadi, tidak hairan buah zaitun disukai wanita termasuk pengeluar produk kecantikan dalam dan luar negara.
Anda Tahu Kulit Perlukan Nutrisi
Minyak zaitun bagi menjaga kesihatan hingga menjadi bahan penting dalam menghasilkan produk kecantikan
Pengasas The Olive Tree, Law Hong Mei, berkata kulit memerlukan nutrisi yang sepatutnya agar kesihatannya terus terjaga. Dengan penggunaan minyak zaitun, kulit akan selalu dilindungi, terutama bagi menghindari daripada masalah kulit.
Katanya lagi, buah zaitun ada pelbagai khasiat vitamin termasuk A, B1, B2, C, D, E dan K. Oleh itu tidak hairan jika nutrisi semula jadi buah zaitun bersesuaian bagi setiap peringkat umur.
“Khasiat pertama minyak zaitun ialah ia mampu mengatasi masalah rekahan kulit akibat terlalu kering yang dialami oleh wanita. Biasanya kulit hilang kelembapan kerana kekurangan nutrisi atau terlalu kerap terdedah kepada pencemaran cahaya luar atau udara,” katanya ketika ditemui di rangkaian The Olive Tree, pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Kata Hong Mei, masalah kulit wajah kering akan mengurangkan kecantikan diri, sebab itulah penggunaan minyak zaitun dapat memberi kesan lebih menyegarkan dan sekali gus menjaga kelembapan kulit.
Kata Hong Mei, kandungan antioksidan yang tinggi dalam buah zaitun – sangat bagus untuk menghalang serangan radikal bebas, malah boleh menyingkirka serangan sel kanser kulit.
Elak Kulit Bersisik Terutama Wanita!
Minyak zaitun ada khasiat dan vitamin iaitu A, B1, B2, C, D, E dan K
“Minyak zaitun berupaya memberikan penjagaan menyeluruh kulit badan dan muka. Misalnya, jika kulit badan mengering, ia menyebabkan struktur kulit kasar dan bersisik. Keadaan ini sudah pasti menjejaskan penampilan dan keyakinan diri,” katanya.
Syarikat ini mula memperkenalkan rangkaian produk penjagaan tubuh dan wajah wanita berasaskan kemewahan buah zaitun sekitar tahun 2015, katanya, buah zaitun juga mengandungi nutrisi penting bagi kesihatan kulit.
Hong Mei berkata, minyak zaitun mampu membantu menyingkirkan sel kulit mati yang menyebabkan tanda penuaan – ia paling tidak disukai wanita.
“Penggunaan minyak zaitun mampu menjadikan kulit lebih cerah, halus dan cantik berseri kerana kemampuannya untuk mengeluarkan kotoran degil pada permukaan kulit tubuh dan muka.
“Minyak zaitun juga dapat menyegar dan merehatkan kulit serta menghilangkan garis halus, terutama pada muka,” katanya.
Minyak Zaitun Mampu Mengawal Penghasilan Minyak Berlebihan Pada Kulit
Kulit memerlukan nutrisi yang optimum supaya kesihatannya terus terjaga
Law berkata, minyak zaitun juga berupaya mengawal proses penghasilan minyak berlebihan pada kulit tubuh dan wajah yang sering mengakibatkan masalah jerawat.
“Nutrisi minyak zaitun berkesan mencegah jerawat dan menghilangkannya dalam masa yang singkat. Kandungan vitamin E adalah mustahak dan bagus membantu kulit mengatasi penghasilan minyak berlebihan serta menyebabkan jerawat pada wajah,” katanya.
Selain itu, beliau berkata minyak zaitun boleh digunakan sebagai bahan antioksidan untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari.
“Kandungan antioksidan yang kaya pada minyak zaitun juga membolehkan kulit bernafas secara semula jadi, biarpun disapu pada permukaan kulit bermasalah.
“Manfaat polifenol juga melindungi sel dari ancaman kerosakan dan bersifat anti keradangan disebabkan akibat kulit terlalu lama terdedah kepada pencemaran dan cuaca panas,” katanya.
Kongsi Manfaat – Minyak Zaitun
Buah zaitun mampu mengatasi pelbagai masalah kulit kerana khasiat nutrisinya
Rangkaian produk The Olive Tree menampilkan pelbagai koleksi berasaskan khasiat buah zaitun untuk penjagaan menyeluruh badan dan muka wanita.
Hong Mei berkata, dengan menggunakan kelebihan buah zaitun bersama bahan semula jadi lain seperti bunga mawar, arang, avakado, lavender dan serai serta macademia, jenama produk yang diketengahkan ini membantu mengekalkan kelembutan dan kesihatan kulit serta rambut, terutama wanita.
Katanya, sebagai ibu kepada dua anak berkulit sensitif, beliau sentiasa mencari produk penjagaan kulit yang bebas bahan kimia dan lembut untuk kulit mereka.
Minyak Zaitun Dapat Mengurangkan Masalah Kulit
Minyak zaitun kaya khasiat untuk tubuh dan membantu atasi masalah kulit.
“Selepas mendapati keistimewaan minyak zaitun membantu mengurangkan masalah kulit, saya bercadang untuk kongsi manfaat buah ini dengan pengguna,” katanya.
The Olive Tree mengetengahkan rangkaian produk menggunakan buah zaitun sebagai bahan asas pada koleksi sabun buatan sendiri, sabun mandian cecair, losen, pupur dan syampu untuk kegunaan menyeluruh.
Kelebihan Minyak Zaitun
– Boleh digunakan untuk penjagaan rambut.
– Khasiat antibakteria secara semula jadi.
– Kandungan hormon Dihidrotestosteron (DHT) membantu pembentukan sel rambut.
– Tinggi dengan kandungan nutrisi seperti vitamin D, Vitamin E dan biotin.