Sakit tumit kaki ialah masalah yang kerap dihadapi oleh mereka yang berusia 40 dan ke atas. Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan biasa akan menghadapi masalah yang sama.
Ada beberapa penyebab sakit tumit kaki. Namun, punca utama ialah plantar fasciitis, iaitu keadaan di mana berlaku keradangan pada tisu serat di bawah tapak kaki.
Mereka yang menghadapi masalah sakit di atas boleh melakukan aktiviti berikut untuk mengurang atau meredakannya

1. Senaman Tapak Kaki – Cara Kurangkan Sakit Tumit
Tumit kaki akan sakit bila kekurangan darah dan oksigen di bahagian tersebut. Amalkan beberapa regangan pada tapak kaki dengan cara berikut:
Mula-mula, duduk di atas kerusi dan silangkan kaki atas lutut anda yang lain, bengkokkan pangkal jari dan tarik ia ke arah badan sehingga anda rasa regangan yang selesa.
Akhir sekali, tahan regangan selama lebih kurang 30 saat dan ulangi latihan itu dalam lima hingga 10 kali dengan regangan yang sedikit dan sederhana dan tanpa sakit.
Anda juga digalakkan untuk membuat sedikit regangan tapak kaki sebelum tidur dan bangun dari tidur supaya otot tidak terkejut.
2. Rendaman Kaki Dalam Air Garam Untuk Kurangkan Sakit Tumit
Rendaman kaki bagus untuk melegakan tekanan pada tapak kaki.
Caranya mudah, sediakan air rendaman kaki dalam besen. Campurkan air suam bersama garam kasar dan campuran bunga-bungaan (alternatif jika mahu kaki harum).
Rendam kaki selama setengah jam, anda akan rasa tumit kaki lebih relaks dan selesa.
3. Pilih Kasut Yang Sesuai
Pemilihan kasut yang sesuai memain peranan pada tapak dan tumit kaki. Selain reka bentuk yang cantik, kasut juga harus memberi keselesaan dan tampungan yang baik pada kaki.
Pilih kasut yang sediakan span yang mencukupi pada tapak kaki. Elakkan daripada memilih kasut yang mempunyai tapak yang nipis kerana ia tidak menyokong kaki dengan baik pada tapak kaki.
4. Pilih Aktiviti Riadah Yang Sesuai
Bagi mereka yang mudah sakit pada tumit kaki, anda perlu kurangkan aktiviti riadah yang memerlukan anda untuk berjalan atau berdiri dengan lama seperti berjoging atau berlari.
Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti seperti berenang atau berbasikal kerana ia memberi kurang tekanan pada tapak dan tumit.
5. Suntikan Steroid Pada Tapak Kaki
Jika sakit masih tidak baik, suntikan steroid pada tapak kaki adalah salah satu rawatan alternatif. Ia akan mengurangkan keradangan pada tumit.
Tetapi perlu diketahui suntikan steroid mempunyai komplikasi iaitu ia boleh menyebabkan fat pad atrophy dan ia boleh menyebabkan sakitnya menjadi lebih teruk.
6. Menyapu Krim Doxtecream – Kurangkan Sakit Tumit
Bagi mengurangkan sakit tumit, anda boleh mencuba krim Doxtecream, produk Malaysia. Krim ini terbukti dapat mengurangkan sakit lutut dan sendi.
Ia mendapat kelulusan KKM dan dibuat dari bahan tumbuhan. Klik foto untuk info lebih.

Krim ini mengandungi bahan daun ketumpang air dan rerama hijau. Kedua-dua tanaman ini telah digunakan secara meluas oleh nenek moyang orang Melayu sebagai herba atau ubat bagi mengurangkan sakit lutut, tumit dan sendi.
Doxtecream terhasil daripasa penyelidikan syarikat Bumiputera dengan kerjasama sebuah instutusi tempatan. Doxtecream telah berada di pasaran sejak beberapa tahun lepas.
Cara Guna Krim Doxtecream
Anda yang ingin mendapatkan penerangan lanjut krim Doxtercream sila hubungi stokis di talian 013 366 1242 atau layari blog berikut:
Ketahuilah Bahan Tradisonal Boleh Mengurang dan Menghilangkan Sakit Sendi dan Lutut
Sakit Lutut Ketika Solat, Ada Ubat?
Rencana ini telah diadaptasi dari rencana asal:
Cara Kurangkan Sakit Pada Tumit Kaki