Cara Hilangkan Gatal Ekzema Bayi Dan Sakit Kulit Dengan Berkesan

Ramai orang cakap Ekzema sukar diubati. Mengapa tidak mencuba formula baru ini?

Dah puas ke klinik dan farmasi dan berhabis wang, ekzema bayi  tidak sembuh…

Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak, terutama bayi yang tidak tahu apa-apa!

kanak-kanak kerap kena ekzema dan biasa ia sukar jumpa ubat yang benar-benar mujarab.
Penyakit ekzema kena pada bayi dan kana-kanak memang satu penyeksaan

Anak menangis siang malam tergaru-garu gatal hingga melecet kulit sampai berdarah, sakitnya anak kena ekzema. 

Bayi lagi menderita sakit, mana dia tahu nak garu. Tahu menangis sahaja, tak kiralah gatal muka, badan, tangan atau kaki yang kena ekzema.

Ibu-bapa tentu berhabis duit ke klinik dan farmasi, nak ubat ekzema. Ekzema memang degil dan payah nak ubat.

Kalau guna ubat farmasi, ada steriod yang dapat sembuhkan ekzema sekejap sahaja, lepas itu gatal balik.

Apa Itu Ekzema Bayi Dan Kanak-Kanak?

Ekzema selalu kena pada kanak-kanak yang berumur lima tahun ke bawah. Tetapi ramai juga orang dewasa terkena ekzema.

Ekzema menyerang muka, tangan, leher, kaki dan bahagian badan lain. Ekzema bukan jangkitan, dan sakit gatalnya sukar diubat, lebih malang kepada anak-anak yang masih belum pandai bercakap dan  tahu menangis sahaja.

Jom kita tengok ada tak cara mengubat ekzema….

Kelebihan Buah Zaitun Terbongkar

Kelebihan Buah Zaitun Sebagai Bahan Makanan dan Perubatan Ada Dalam Al-Quran

Dalam dunia moden pada hari ini, kajian sains mengiktiraf khasiat buah zaitun yang mempunyai nilai tinggi dalam bidang perubatan. 

Apabila minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai tambahan kepada zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun.

Apabila minyak zaitun diambil sebagai bahan sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit.

Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, ‘Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulit mu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati’.

Apa Itu Krim Ozpure?

krim dan sabun ozpure ialah krim minyak zaitun yang mampu mengubat gatal kanak-kanak
Sabun dan krim ekzema yang dibuat dari minyak zaitun mampu mengurangkan gatal ekzema. InsyaAllah.

Kini sudah ada krim Ozpure. Anda tak perlu susah payah ke klinik atau farmasi dan berhabis RM60-RM100 sekali ke klinik. Kalau 3-4 kali atau lebih tentu banyak kosnya.

Ozpure ialah krim rawatan kulit yang berasaskan minyak zaitun. Ia adalah produk Malaysia yang dihasilkan oleh seorang usahawan muda Melayu, Hafiz Alias.

Beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap perubatan moden yang berasaskan bahan asli dan sanggup melabur berpuluh ribu euro bagi membeli kertas penyelidikan krim minyak zaitun dari German. Hafiz menamakan krim ini dengan Ozpure.

Penghasilan krim Ozpure bermula dengan hasil penyelidikan Vienna Blocenter di bawah organisasi European Molecular Biologi (EMBO), Heidelberg, German yang menemukan minyak zaitun yang diozonkan mampu merawat masalah kulit seperti jangkitan bakteria, fungal, luka diabetik”.

Hafiz Alias, Pengeluar Ozpure

Bagaimana Krim Ozpure Boleh Hilangkan Ekzema Pada Bayi dan Kanak-Kanak


Melawan Bakteria

Krim Ozpure akan melawan bakteria dan kulat ekzema. Ozpure akan menghilangkan simptom ekzema dan ini memberi keselesaan pada bayi dan kanak-kanak


Melembabkan Kulit

Ozpure yang bertindak sebagai pelembab kulit dan ini dapat mengurangkan rasa gatal dan tidak selesa pada kulit bayi dan kanak-kanak


Membaiki Kulit Yang Rosak

Apabila kulit rosak ia akan berparut.

Ozpure dapat merangsang peredaran darah, menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru dan ia menghalang pembentukan parut pada kulit bayi dan kanak-kanak.


Ada Kelulusan KKM

Krim Ozpure selamat digunakan. Ia tanpa steriod. Ozpure telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), butir kelulusan NOT180408552K


Pengiktirafan PPPOM

Krim Ozpure telah mendapat pengiktirafan Pertubuhan Pengamal Perubatan Ozon Malaysia (PPPOM) – yang bermakna proses ozonisasi akan memastikan keaslian minyak zaitun terpelihara.

Maklum Balas Pelanggan Selepas Mengguna Krim Ozpure Ke Atas Ekzema Bayi dan Kanak-Kanak

Ekzema Pada Jari Tangan Dan Jari Kaki

Puan Halimah mempunyai cucu yang mengidap gatal Ekzema bayi pada jari-jari tangan dan jari kaki.
Ekzema pada jari tangan dan jari kaki

Puan Halimah ada seorang cucu lelaki berumur 4 tahun yang mengidap gatal-gatal ekzema pada jari-jari tangan dan jari kaki.

Selepas dua minggu guna krim gatal Ozpure, “ada banyak kurangnya”, kata Halimah dalam wasapnya kepada saya.

Gatal Ekzema Bayi Pada Leher Dan Tengkuk

Puan Izan mempunyai anak perempuan yang berumur 3 tahun dan kena sakit eczema sejak umur 2 tahun.
Gatal ekzema pada leher dan tengkuk: sebelum dan selepas mengguna krim Ozpure

Puan Izan dari Rawang Selangor mempunyai anak perempuan yang berumur 3 tahun dan kena gatal ekzema (eczema) sejak umur 2 tahun. Ekzema kena pada leher, pelipat tangan, pelipat kaki dan ada sikit pada badan.

Waktu malam anaknya tidur tidak nyenyak kerana gatal, masa siang cuaca panas dan badan berpeluh, lagi gatal.

“Alhamdulillah, dalam masa 7 hari dah nampak kesan”, wasap Puan Izan kepada saya. 

Selepas 3 minggu, “dah licin kulit anak saya, dah takda eczema naik lagi”, kata puan Izan sewaktu order dua botol lagi krim Ozpure.

Ekzema Bayi – Celah Lengan, Leher, Lutut, Kaki,  Belakang dan Perut

Angleyn gembira kerana bayi yang berumur 7 bulan mengalami gatal ekzema sejak lahir sekarang dah baik.
Ekzema celah lengan, leher, lutut, kaki,  belakang dan perut

Selepas sebulan pakai krim Ozpure, “Dah ok dah, tak gatal lagi”, kata Puan Angleyn.”Oh…thanks Ozpure, anak saya tak gatal lagi.”

Puan Angleyn dari Sarawak gembira kerana anaknya yang berumur 7 bulan mengalami gatal ekzema sejak lahir, sekarang dah baik setelah guna Ozpure. 

Kulit anaknya merah-merah gatal, iaitu di celah lengan, leher, lutut, kaki; dekat belakang dan perut.

Beliau kesian anaknya asik tergaru-garu. Puan Angleyn ada membawa anaknya berjumpa doktor sebelum menggunakan krim gatal Ozpure.

Doktor hanya bagi ubat sapu sahaja. Habis ubat, gatal-gatal datang balik.

Cara Mengguna Sabun Dan Krim Ozpure

Krim minyak zaitun Ozpure disapukan pada kulit 1-2 kali sehari selepas kulit dibersihkan dengan air sabun Ozpure.

Sabun minyak zaitun Ozpure yang diberi percuma. Basuh kulit yang gatal dengan air sabun Ozpure ini, keringkan kulit sebelum disapu krim Ozpure.

Adakah Ozpure Hanya Menyelesaikan sakit Ekzema sahaja? Dengar video ini…

Disclaimer: Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengguna sebenar. Pengguna dinasihatkan menggunakan produk ini seperti arahan pada produk. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada pengguna di atas penggunaan produk ini

Cara Order Ozpure – Krim Ekzema

Sila wasap ke 013 366 1242 untuk order atau lebih info pasal produk Ozpure.

Khasiat Minyak Zaitun Ramai Wanita Tak Tahu

Cara Hilangkan Gatal Kemaluan Dan Faraj Miss V Dengan Berkesan Dan Cepat

Khasiat Minyak Zaitun Untuk Penjagaan Kesihatan Wanita Ramai Tak Tahu

Adakah anda tahu khasiat minyak zaitun bagus untuk menjaga kulit, rambut dan kesihatan am wanita?

Kandungan buah zaitun digunakan dalam bidang kecantikan dan kesihatan wanita.
Minyak zaitun mempunyai khasiat dalam permakanan dan penjagaan kesihatan

Kehebatan Minyak Zaitun Terutama Kepada Wanita

Minyak zaitun yang diekstrak daripada buah zaitun memberikan banyak khasiat untuk kesihatan dan kecantikan kulit terutama wanita.

Kehebatan buah buah zaitun telah diketahui sejak zaman dahulu lagi yang digunakan sebagai sapuan kulit atau perencah dalam hidangan makanan.

Sejarah turut mencatatkan berbagai manfaat yang diperolehi daripada buah zaitun – bermula daripada penjagaan kesihatan hingga menjadi bahan bagi menghasilkan produk kecantikan wanita.

Buah zaitun yang matang punya khasiat bagi mengatasi pelbagai masalah kulit kerana kandungan nutrisinya berkhasiat, termasuk kandungan vitamin, zat besi, karbohidrat, serat, kalsium, magnesium, fosfor, beta-karoten, protein dan banyak lagi.

Jadi, tidak hairan buah zaitun disukai wanita termasuk pengeluar produk kecantikan dalam dan luar negara.

Anda Tahu Kulit Perlukan Nutrisi

Minyak zaitun dalam penjagaan kesihatan - kulit perlukan nutrisi
Minyak zaitun bagi menjaga kesihatan hingga menjadi bahan penting dalam menghasilkan produk kecantikan

Pengasas The Olive Tree, Law Hong Mei, berkata kulit memerlukan nutrisi yang sepatutnya agar kesihatannya terus terjaga. Dengan penggunaan minyak zaitun, kulit akan selalu dilindungi, terutama bagi menghindari daripada masalah kulit.

Katanya lagi, buah zaitun ada pelbagai khasiat vitamin termasuk A, B1, B2, C, D, E dan K. Oleh itu tidak hairan jika nutrisi semula jadi buah zaitun bersesuaian bagi setiap peringkat umur.

“Khasiat pertama minyak zaitun ialah ia mampu mengatasi masalah rekahan kulit akibat terlalu kering yang dialami oleh wanita. Biasanya kulit hilang kelembapan kerana kekurangan nutrisi atau terlalu kerap terdedah kepada pencemaran cahaya luar atau udara,” katanya ketika ditemui di rangkaian The Olive Tree, pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Kata Hong Mei, masalah kulit wajah kering akan mengurangkan kecantikan diri, sebab itulah penggunaan minyak zaitun dapat memberi kesan lebih menyegarkan dan sekali gus menjaga kelembapan kulit.

Kata Hong Mei, kandungan antioksidan yang tinggi dalam buah zaitun – sangat bagus untuk menghalang serangan radikal bebas, malah boleh menyingkirka serangan sel kanser kulit.

Elak Kulit Bersisik Terutama Wanita!

minyak zaitun untuk penjagaan kulit - elakkan kulit bersisik
Minyak zaitun ada khasiat dan vitamin iaitu A, B1, B2, C, D, E dan K

“Minyak zaitun berupaya memberikan penjagaan menyeluruh kulit badan dan muka. Misalnya, jika kulit badan mengering, ia menyebabkan struktur kulit kasar dan bersisik. Keadaan ini sudah pasti menjejaskan penampilan dan keyakinan diri,” katanya.

Syarikat ini mula memperkenalkan rangkaian produk penjagaan tubuh dan wajah wanita berasaskan kemewahan buah zaitun sekitar tahun 2015, katanya, buah zaitun juga mengandungi nutrisi penting bagi kesihatan kulit.

Hong Mei berkata, minyak zaitun mampu membantu menyingkirkan sel kulit mati yang menyebabkan tanda penuaan – ia paling tidak disukai wanita.

“Penggunaan minyak zaitun mampu menjadikan kulit lebih cerah, halus dan cantik berseri kerana kemampuannya untuk mengeluarkan kotoran degil pada permukaan kulit tubuh dan muka.

“Minyak zaitun juga dapat menyegar dan merehatkan kulit serta menghilangkan garis halus, terutama pada muka,” katanya.

Minyak Zaitun Mampu Mengawal Penghasilan Minyak Berlebihan Pada Kulit

minyak zaitun menyegar dan merehatkan kulit
Kulit memerlukan nutrisi yang optimum supaya kesihatannya terus terjaga

Law berkata, minyak zaitun juga berupaya mengawal proses penghasilan minyak berlebihan pada kulit tubuh dan wajah yang sering mengakibatkan masalah jerawat.

Nutrisi minyak zaitun berkesan mencegah jerawat dan menghilangkannya dalam masa yang singkat. Kandungan vitamin E adalah mustahak dan bagus membantu kulit mengatasi penghasilan minyak berlebihan serta menyebabkan jerawat pada wajah,” katanya.

Selain itu, beliau berkata minyak zaitun boleh digunakan sebagai bahan antioksidan untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari.

“Kandungan antioksidan yang kaya pada minyak zaitun juga membolehkan kulit bernafas secara semula jadi, biarpun disapu pada permukaan kulit bermasalah.

“Manfaat polifenol juga melindungi sel dari ancaman kerosakan dan bersifat anti keradangan disebabkan akibat kulit terlalu lama terdedah kepada pencemaran dan cuaca panas,” katanya.

Kongsi Manfaat – Minyak Zaitun

buah zaitun mampu atasi masalah kulit kerana khasit nutrisinya
Buah zaitun mampu mengatasi pelbagai masalah kulit kerana khasiat nutrisinya

Rangkaian produk The Olive Tree menampilkan pelbagai koleksi berasaskan khasiat buah zaitun untuk penjagaan menyeluruh badan dan muka wanita.

Hong Mei berkata, dengan menggunakan kelebihan buah zaitun bersama bahan semula jadi lain seperti bunga mawar, arang, avakado, lavender dan serai serta macademia, jenama produk yang diketengahkan ini membantu mengekalkan kelembutan dan kesihatan kulit serta rambut, terutama wanita.

Katanya, sebagai ibu kepada dua anak berkulit sensitif, beliau sentiasa mencari produk penjagaan kulit yang bebas bahan kimia dan lembut untuk kulit mereka.

Minyak Zaitun Dapat Mengurangkan Masalah Kulit

minyak zaitun kaya khasiat dan bagus untuk kesihatan tubuh dan kulit
Minyak zaitun kaya khasiat untuk tubuh dan membantu atasi masalah kulit.

“Selepas mendapati keistimewaan minyak zaitun membantu mengurangkan masalah kulit, saya bercadang untuk kongsi manfaat buah ini dengan pengguna,” katanya.

The Olive Tree mengetengahkan rangkaian produk menggunakan buah zaitun sebagai bahan asas pada koleksi sabun buatan sendiri, sabun mandian cecair, losen, pupur dan syampu untuk kegunaan menyeluruh.

Kelebihan Minyak Zaitun

– Boleh digunakan untuk penjagaan rambut.

– Khasiat antibakteria secara semula jadi.

– Kandungan hormon Dihidrotestosteron (DHT) membantu pembentukan sel rambut.

– Tinggi dengan kandungan nutrisi seperti vitamin D, Vitamin E dan biotin.

– Mencegah masalah rambut putus, botak dan gugur.

Ozpure – Krim Yang Dihasilkan Dari Minyak Zaitun

krim dan sabun Ozpure - dibuat dari bahan minyak zaitun bagus untuk hilangkan gatal kulit.
Krim dan sabun Ozpure – bahan minyak zaitun

Sumber:

Cara hilangkan gatal kemaluan dan faraj dengan sabun dan krim minyak zaitun

Ekzema Bayi – Cara Hilangkan Dengan Berkesan

Adaptasi dari BH Online: Rahsia Minyak Zaitun