Mengapa Isteri Tidak Mendapat Hak Penjagaan Harta Anak Di Bawah Umur?

hak penjagaan harta anak bawah umur
Hak Penjagaan Harta Anak

Mengapa isteri tidak mendapat hak penjagaan harta anak bawah umur secara terus?

Bagi kebanyakan suami percaya yang isteri mempunyai hak menjaga harta anak bawah umur secara automatik. Tapi SALAH, SALAH, SALAH.

Suami ialah penjaga hakiki anak-anak samada penjagaan diri dan harta. Apabila suami meninggal dunia, hak menjaga harta anak itu diserahkan kepada datuk sebelah bapa.

Hak menjaga harta anak itu boleh diserahkan kepada isterinya atau sesiapa sekiranya semasa hidup suami ada membuat wasiat.

Penerangan Bagaimana Isteri Tidak Berhak Menjaga Harta Pusaka Anak Selepas Suami Meninggal

Mengapa Isteri Tidak Berhak Menjaga Harta Anak?

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor
Hak Penjagaan Harta Anak Bawah Umur

Merujuk kepada Enakmen Undang-undang Keluarga Islam,

“Bapa adalah penjaga hakiki yang pertama dan utama bagi diri dan harta anaknya yang belum dewasa, dan apabila bapa telah mati, maka hak di sisi undang-undang bagi menjaga anaknya itu adalah turun kepada datuk lelaki di sebelah bapa. Jika datuk sudah meninggal, hak penjagaan berpindah kepada wasi yang dilantik oleh bapa kanak-kanak tadi.”

Jika bapa tidak meninggalkan WASIAT pada waktu kematiannya dan ayahnya juga sudah meninggal, maka isteri tidak berhak dari sudut undang-undang syarak untuk menjaga harta anaknya yang masih bawah umur. 

Maka harta pusaka yang diterima oleh anak akan diserah kepada Amanah Raya untuk di jaga sehingga anak mencapai umur dewasa.

Anak kecil katakan umur setahun dan sehingga umur 18 tahun adalah tempoh yang panjang. Beliau memerlukan makan minum, tempat tinggal, pakaian, persekolahan dan perubatan.

Bayangkan seseorang isteri yang tidak mempunyai tunai di tangan, bagaimana sukarnya untuk menyara anak kecil itu. Bayangkan jika ibu ini kena menjaga beberapa anak kecil.

Membuat Wasiat Penjagaan Harta Anak

wasiat melantik isteri penjaga harta anak
Wasiat Melantik Penjaga Harta

Seseorang suami yang baik hendaklah merancang semasa hidup sekiranya beliau meninggal dan anaknya masih kecil, maka diwasiatkan isterinya sebagai penjaga harta anak-anaknya.

Sekiranya suami meninggal dan berpandukan wasiat, maka pihak berkuasa akan menyerahkan bahagian harta pusaka kepada isterinya sebagai penjaga harta anaknya itu.

Sekiranya suami mahukan harta pusaka anak ini dijaga oleh orang lain seperti adiknya atau syarikat amanah pun boleh dibuat dengan berwasiat.

Sekiranya wasiat dibuat dengan syarikat amanah, suami boleh menentukan cara menggunakan wang pusaka anak itu tadi. Contoh, sejumlah bayaran untuk makanan dan penjagaan, sejumlah pembayaran untuk pelajaran, dan sejumlah bayaran apabila anak ini mencapai umur 18 tahun.

Membuat Hibah Harta dan Wang Untuk Anak Kecil

Satu lagi pilihan yang popular ialah membuat hibah harta dan wang kepada anak di bawah umur.

Hibah ialah pemberian semasa hidup dan ia cara paling berkesan bagi menjamin hak anak. Ini kerana hibah bukan harta pusaka.

Berbanding dengan harta pusaka, pemberian hanya diperolehi selepas kematian bapanya. Dan hak anak itu telah ditentukan mengikut hukum faraid.

Dalam hibah, suami boleh menamakan isteri sebagai pemegang amanah untuk menjaga harta anak yang bawah umur itu tadi. Apabila suami meninggal, secara automatis isterinya menjadi penjaga harta.

Jadi harta anak itu, katakan simpanan RM300,000 – ia boleh terus digunakan oleh isteri tadi untuk kebajikan anak itu seperti makan minum, pakaian dan pelajaran.

Jadi bila anak ini telah dewasa, maka ibu tadi bolehlah memberi baki harta itu kepada anak, sekiranya ada lebih.

Tip Mahukan Isteri atau Orang Yang Dipercayai Menjadi Penjaga Harta Anak

Sekiranya tuan mahu menjadikan isteri atau orang yang dipercayai menjadi penjaga harta anak di bawah umur maka ia hendaklah dibuat melalui wasiat atau hibah.

Sila hubungi saya, Rahaman di talian 013 366 1242 untuk penjelasan.

PAUTAN

Enakmen 15 Tahun 1992
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 1992

Seksyen 94 – Orang yang berhak kepada penjagaan

Cara Membuat Wasiat Yang Berkesan Dengan as-Salihin Trustee Bhd

Tujuh Kebaikan Membuat Wasiat

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd, blogger dan agen hartanah

%d bloggers like this: