Apa Kaitan Hukum Faraid Dengan Harta Pusaka?

Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, maksudnya “Pelajari ilmu faraid, dan ajarkan kepada orang lain. Sesungguhnya, ia adalah setengah daripada ilmu dan ia adalah ilmu yang akan dilupakan, dan ia adalah satu ilmu yang mula-mula dicabut daripada umatku.”

Hukum faraid adalah hukum pembahagian harta pusaka yang ditetapkan oleh Al-Quran dalam surah An-Nisaa, surah keempat Al-Quran.

Ilmu faraidnya jelas kerana surah An-Nisaa mengandungi sumber hukum mathematik seperti 1/8, 1/6, 1/4, 1/2 dan 2/3.

Dalam Islam pembahagian harta pusaka adalah berpegang kepada hukum faraid di mana sumber utama ialah Al-Quran, Surah An-Nisaa.
Dalam Islam pembahagian harta pusaka adalah berpegang kepada hukum faraid di mana sumber utama ialah Al-Quran, Surah An-Nisaa.

Ramai yang mahir hukum faraid dan ramai juga tidak mahir. Tetapi asas hukum faraid adalah mudah seperti mengira satu, dua, tiga sahaja.

Umumnya semua yang ada pertalian darah adalah waris ditambah dengan isteri atau suami juga waris melalui perkahwinan.

Ada waris duduk di barisan hadapan dan ada waris duduk di bahagian belakang. Waris yang duduk di barisan hadapan di panggil waris utama. Waris utama ini yang akan mendapat harta pusaka.

Jika waris utama ini tiada, maka waris di barisan belakang akan mewarisi harta pusaka.

Tiga Ayat Hukum Faraid Dalam Surah An-Nisaa

  • Ayat 11
  • Ayat 12
  • Ayat 176

Tiga Rukun Pusaka

  • Si mati – pemilik harta sudah meninggal
  • Waris – ada waris-waris selepas pemilik harta meninggal
  • Harta – ada harta si mati.

Tiga Syarat Pembahagian Harta Pusaka

  • Muwarith (pemilik harta) disahkan meninggal
  • Waris hidup ketika muwarith meninggal
  • Mengetahui ada pertalian darah atau perkahwinan antara muwarith dan waris

Tiga Kewajipan Sebelum Pembahagian Harta Pusaka

  • Bayaran penyelenggaraan mayat
  • Pembayaran hutang si mati
  • Penyempurnaan wasiat si mati

Tiga Kumpulan Waris Utama

  • Ayah dan ibu – hak ayah dan ibu masing-masing satu perenam
  • Isteri atau suami – hak isteri satu perlapan jika ada anak dan satu perempat jika tiada anak. Hak suami satu perempat jika ada anak dan setengah jika tiada anak
  • Anak-anak – ambil baki harta selepas ayah ibu dan isteri

Jika Berwasiat, Harta Menjadi Tiga Bahagian

  • Satu pertiga bahagian untuk bukan waris (harta yang diwasiatkan)
  • Dua pertiga bahagian untuk waris (harta untuk waris faraid)

Kadar Bahagian Waris Utama

Bahagian waris utama hanyalah asas sahaja kerana detailnya boleh dirujuk kepada bahan-bahan yang lebih mendalam.

Harta pusaka berasaskan hukum faraid: hak ayah 1/6, hak ibu 1/6, hak isteri 1/8, hak suami 1/4. Baki harta dapat kepada anak-anak dengan kadar dua bahagian lelaki dan satu bahagian perempuan.
Hukum faraid: hak ayah 1/6, hak ibu 1/6, hak isteri 1/8, hak suami 1/4. Baki harta dapat kepada anak-anak dengan kadar dua bahagian lelaki dan satu bahagian perempuan

Bahagian Anak Perempuan Bila Ibu Bapa Meninggal

1/2 – Jika ada seorang anak perempuan sahaja (tanpa anak lelaki)
2/3 – Jika ada dua orang atau lebih anak perempuan (tanpa anak lelaki)

“Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah seperdua harta itu.”

Surah An-Nisaa 4:11

“Tetapi, jika anak-anak perempuan iti lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati.”

Surah An-Nisaa 4:11

Bahagian Suami Bila Isteri Meninggal

1/4 – Si mati (isteri) ada anak
1/2 – Si mati (isteri) tiada anak langsung

“Tetapi, jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh seperempat daripada harta yang mereka tinggalkan.”

Surah An-Nisaa 4:12

“Dan bagi kamu seperdua daripada harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak.”

Surah An-Nisaa 4:12

Bahagian Isteri Bila Suami Meninggal

1/8 – Si mati ada anak
1/4 – Si mati tiada anak

“Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah seperlapan daripada harta yang kamu tinggalkan.”

Surah An-Nisa 4:12

“Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula seperempat daripada harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak.”

Surah An-Nisa 4:12

Bahagian Bapa Bila Anak Meninggal

1/6 – Si mati ada anak
1/6 + Baki harta – Si mati ada anak perempuan sahaja
1/6 + Baki harta – Si mati tiada anak

“Dan bagi ibu bapa si mati, tiap-tiap seorang daripada keduanya: seperenam daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak.”

Surah An-Nisa 4:11

Bahagian Ibu Bila Anak Meninggal

1/6 – Si mati ada anak
1/3 – Si mati tiada anak

“Tetapi, jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah sepertiga.”

Surah An-Nisaa 4:11

Bahagian Anak Lelaki Dan Anak Perempuan

Jika semua waris utama ada, maka anak lelaki dan anak perempuan mengambil baki harta ibu bapa yang meninggal, iaitu:
2:1 – Dua bahagian anak lelaki berbanding satu bahagian anak perempuan.

Jika semua waris utama ada, maka anak lelaki akan mengambil semua baki harta jika ibu bapa mereka tiada anak perempuan.

Carta faraid berasaskan hukum faraid: hak ayah 1/6, hak ibu 1/6, hak isteri 1/8, hak suami 1/4. Baki harta dapat kepada anak-anak dengan kadar dua bahagian lelaki dan satu bahagian perempuan.
Ringkasan Carta Faraid

Undang-Undang Harta Pusaka Di Malaysia

Ada tiga pihak berkuasa yang memutuskan hal harta pusaka:

  • Unit Pusaka Kecil – urusan harta pusaka sehingga RM2 juta bagi harta alih dan tidak alih
  • Amanah Raya Berhad (ARB) – urusan harta pusaka sehingga RM600,000 bagi harta alih
  • Mahkamah Tinggi – urusan harta pusaka yang melebihi bidang kuasa Unit Pusaka Kechil dan ARB

Sijil Faraid

Berkaitan dengan topik ‘Tiga Syarat Pembahagian Harta Pusaka’ di atas, dokumen Sijil Faraid diperlukan terutama yang melibatkan urusan harta pusaka dengan ARB, as-Salihin Trustee Berhad dan pihak lain.

Sijil Faraid dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah,

Sijil Faraid ialah menunjukkan senarai waris yang berhak dan bahagian masing-masing dalam harta pusaka si mati.

Pautan Berguna
Enam Dalil Anda Patut Membuat Wasiat

Panduan Membuat Wasiat Yang Boleh Dipercayai Dan Berkesan

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd dan Blogger

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.