Cara Betul Beriklan di Group Facebook Tanpa Kena Blok Atau Ban

Ramai peniaga online sekarang suka beriklan dalam group Facebook. Sebabnya dalam group itulah peniaga dapat berpeluang membuat jualan produk yang di promosikan.

Tetapi apa yang sangat menyakitkan hati dan sering kecewa ialah kerapkali berlaku akaun Facebook diblok atau diban oleh Facebook.

Iklan dan jual produk biasa sahaja selalu kena blok atau ban. Orang lain jual ubat kuat atau ubat kurus badan dan tanpa sijil KKM pun iklan boleh lepas.

Ada orang jual Cuckoo pun kena blok dan macam-macam jenama lagi.

Akibat kena blok ini menimbulkan kemarahan penjual atau pengiklan. Sedih dan kecewa boleh membuatkan penjual online mudah putus asa dan lemah semangat.

Mungkin anda salah seorang yang pernah menempuh apa yang diutarakan ini bila beriklan pada page atau group Facebook.

Tetapi, sekarang jika belajar rahsianya, iklan tidaklah lagi kena blok. Alhamdulillah, sekarang ramai yang post iklan ke seratus group FB dalam masa yang singkat pun tak kena blok dengan FB.

Sebab Iklan Kena Blok Dalam Group Facebook?

Anda nak tahu ada beberapa perbuatan yang boleh menyebabkan anda kena blok dengan Facebook?

Antaranya ialah ada peniaga yang gunakan akaun Facebook yang masih baru dibuat terapi terus beriklan dalam banyak group. 

Jika anda join banyak group Fb dalam masa yang terlalu singkat, anda mengundang risiko Fb kena blok.

Jika anda langsung tidak bersosial dan membawang dalam Facebook, ada kemungkinan iklan anda akan diblok. Facebook tak suka orang yang malas bersosial.

Sebab lain iklan kena blok ialah copywriting anda yang menyebabkan robot FB mengesan sesuatu yang menyalahi polisi dan standard yang ditetapkan oleh mereka. 

Cara Mengatasi Iklan Anda Tidak Kena Blok Dalam Group FB

group facebook cara iklan tak kena blok

Dengan ilmu dan panduan yang betul, anda boleh mengelakkan perkara ini dari berterusan menghantui diri anda. 

Banyak rahsia dan tips dapat diperolehi jika sanggup untuk mempelajari ilmu yang sangat berguna sebagai peniaga online.

Jika hendak memandu kereta, anda perlu belajar ilmu memandu agar anda tidak melanggar tembok atau mengalami kemalangan maut.

Begitu jika anda nak beriklan dalam page atau group Facebook – anda kena belajar terutama dari pengalaman orang lain supaya iklan anda tidak kena blok dengan Fb. Jika anda serious menjual online di Fb, anda wajib menuntut ilmu.

Jom belajar Rahsia Iklan Viral Tanpa Kena Blok atau di ban oleh Facebook. Join Petua Menjual dan klik pada pinned post.

Contoh Headline Terbaik dan Berkesan Untuk Gandakan Jualan Online

Mengapa Pengiklan Sukakan Portal Iklan Murah ID4U?

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd, blogger dan agen hartanah

%d bloggers like this: