Hubungan Seks 7 kali Seminggu Bagus Untuk Kebahagian Suami Isteri

Berapa kali pasangan patut seks dalam seminggu? Mengapa?

Dalam satu minggu berapa kali anda sebagai isteri melakukan hubungan seks dengan suami?

Bagaimana pula dengan nafsu seks anda adakah masih sama seperti mula-mula kahwin dulu?

Ikut kajian hubungan seks tujuh kali adalah terbaik.
Seks tujuh kali seminggu dapat tingkatkan kualiti kerja suami

Anda nak tahu, satu penemuan menerangkan, iaitu perhubungan suami isteri tujuh kali seminggu boleh membantu meningkatkan kualiti kerja suami di pejabat. Anda tentu tidak percaya?

Jangan terkejut dan melopong bila anda membaca perenggan kedua artikel ini kan?

Pasti tertanya-tanya apakah kaitan antara hubungan seks dan pekerjaan?

Hubungan Seks Tujuh Kali Seminggu Tingkatkan Kualiti Kerja Suami

Kajian Dr Nick menyebut individu yang bahagia dalam hidup akan menjadi lebih produktif jika ada hubungan baik dengan pasangan.
individu yang tidak terlibat dengan hubungan seks selepas kahwin mungkin menjadi kesepian dan depres

Kajian yang dijalankan di barat ini menggunakan data dari 7,500 pekerja yang berasal dari Yunani.

Ketua kajian, Dr Nick Drydakis memberi tahu Metro.co.uk, berdasarkan Teori Hirarki yang diasas oleh Maslow menyebut individu yang bahagia dan puas dalam hidupnya akan menjadi lebih produktif serta berjaya dalam pekerjaan hingga mendapat gaji yang jauh lebih baik.

Kajian ini membuat kesimpulan seseorang individu itu harus hidup untuk dicintai dan mencintai baik secara seksual mahupun tidak.

Doktor Nick menambah, individu yang tidak terlibat dengan hubungan seks selepas kahwin mungkin menjadi kesepian dan depresi. Faktor ini sekaligus akan mempengaruhi karier seseorang.

Berapa Kali Patut Hubungan Seks Seminggu?

1. Sekali Seminggu

Menurut ahli antropologi di Universiti Rutgers, New Jersey, Helen Fisher berkata seks membuatkan otak seseorang merembes oxytocin yang boleh meningkatkan kualiti tidur.

Malah dengan mendapat tidur yang sempurna ia dapat mengurangkan rasa lapar sekaligus membantu mengurangkan lebihan berat badan.

2. Dua Kali Seminggu

Suami isteri yang melakukan hubungan kelamin dua kali semiggu memiliki 30% lebih protein immunoglobulin A yang dapat melindungi daripada jangkitan penyakit.

Malah mood yang terhasil selepas seks memainkan peranan penting untuk badan tetap sihat dan cergas.

3. Hubungan Intim Tiga Kali Seminggu

Kajian dari Universiti Bristol mendapati hubungan intim dan seks tiga kali seminggu dapat mengurangkan 50 peratus risiko serangan jantung kerana ia dapat bantu kadar degupan jantung seterusnya membaiki pengaliran darah ke dalam badan.

4. Hubungan Seks Empat Kali Seminggu

Kajian menunjukkan pasangan yang melakukan seks 4 kali seminggu kelihatan lebih muda.
Kajian menunjukkan pasangan yang melakukan seks empat kali seminggu kelihatan lebih muda daripada pasangan yang jarang melakukannya

Ini ialah kajian daripada Hospital Royal Edinburgh yang menunjukkan pasangan yang melakukan seks empat kali seminggu kelihatan lebih muda daripada pasangan yang jarang melakukannya. Haha…bagus kan?

Ini kerana hormon yang dihasilkan itu berupaya mengurangkan lemak badan sekaligus membantu kesihatan kulit supaya lebih cantik.

5. Lima Kali Seminggu Hubungan Seks

Seks lima kali seminggu dapat meningkatkan tenaga, yakin diri, fokus dan kreativiti, langsung membuatkan anda akan lebih positif dan perkahwinan akan lebih bahagia.

Malah, di tempat kerja ia bantu anda membuat kerja dengan lebih cermat.

6. Enam Kali Seminggu Hubungan Intim

Hubungan intim atau seks dapat memberi galakan terhadap pengaliran darah ke otak dan merembes hormon yang menaikkan daya intelektual hingga mampu mewujudkan sel otak yang baru.

7. Tujuh Kali Seminggu Dengan Pasangan

Seks yang kerap boleh mengurangkan anxiety atau keresahan dan kebimbangan kerana ia menghasilkan hormon endorfin yang mampu memperbaiki mood menjadi lebih baik.

Penting Tingkatkan Nafsu Isteri Dalam Hubungan Seks

Bersenam dapat membantu meningkatkan nafsu seks isteri. Ini berdasarkan hasil kajian.
Kajian dari Universiti of Texas mendapati bersenam dapat membantu menaikkan nafsu wanita dan bertindak sebagai agen anti kemurungan.

1) Bersenam

Bersenam terbukti dapat membantu meningkatkan nafsu seks isteri. Ini berdasarkan hasil kajian dari Universiti of Texas iaitu bersenam dapat membantu menaikkan nafsu wanita dan bertindak sebagai agen anti kemurungan.

Malah, dengan bersenam dapat membuatkan badan pasangan anda nampak lebih menarik sekaligus dapat menaikkan libido mereka dan nafsu seks.

Selain itu, badan pasangan juga kelihatan lebih menarik dan yakin dengan gaya penampilan baru.

2) Pilih Waktu Yang Sesuai Untuk Bersama

Selain daripada itu, suami perlu bijak memilih waktu yang sesuai untuk bersama-sama isteri.

Ini kerana, pemilihan waktu yang betul dapat menaikkan mood dan nafsu isteri anda setiap hari.

Sebab itu, kadang-kadang isteri kurang ghairah dengan pelawaan anda kerana waktu tersebut mungkin tidak begitu sesuai kepadanya.

3) Kreatif Dalam Seni Batin

Kalau anda nak tahu, hubungan kelamin ini ada seni dan krafnya. Tetapi, jangan lupa buat foreplay sebelum melakukan seks yang serius.

Cara Menjaga Kemaluan Mengikut Pakar Dr Ismail Tambi – Ada Kaitan Dengan Hubungan Seks

Anda pernah guna krim zakar lelaki yang sudah lima tahun di pasaran? Ia formula Tongkat Ali hasil untuk penjagaan zakar, hasil kajian Dr Ismail Tambi, pakar sakit tuan Malaysia.

Baca ini: Cara Menjaga Kemaluan Mengikut Pakar Sakit Tuan Dr Ismail Tambi

Anda Menghadapi Masalah Ketegangan Zakar? Ia Boleh Jejaskan Hubungan Seks

Jika anda menghadapi masalah ketegangan zakar, anda wajib baca ini:
Tegangkan Zakar Anda Dengan Cincin Dr MIT

Senaman Kemut Zakar Mengikur Dr Ismail Tambi

Cara Menjaga Kemaluan Mengikut Pakar Sakit Tuan Dr Ismail Tambi

Xgene Royale untuk lelaki yang pentingkan kelakian
Xgene Royale Krim lelaki formulasi Dr Ismail Tambi, pakar sakit lelaki

Adaptasi dari: The Asian Parent Malaysia
Buat Hubungan Seks 7 Kali Seminggu, Mampu Tingkatkan Kualiti Kerja Suami

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd, blogger dan agen hartanah

Discover more from Blog Rahaman

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading