Nak Buat Blog Sendiri Tapi Takda Masa, Tak Pandai Tulis Artikel

Anda nak memiliki blog sendiri siap dengan 20 artikel?

Ramai peniaga online yang mahu buat blog sendiri kerana bebas menulis apa sahaja mengenai bisnes atau tempat syer hobi.

nak buat blog sendiri macam buat rumah juga, itu pun jika ada masa
Membuat bisnes online dengan menggunakan blog

Tun Mahathir sendiri mempunyai blog sendiri iaitu Chedet dan setiap masa beliau menulis hal mengenai politik, ekonomi, masyarakat dan berita luar negara.

Membuat blog sendiri memang memakan masa. Mungkin enam bulan pun belum tentu puas hati. Tapi, jangan bimbang ada caranya anda boleh siapkan blog dalam satu dua hari.

Teruskan membaca…

Apa itu Blog?

Blog dan laman web pada umumnya ialah sebuah tempat di alam maya di mana pelayar-pelayarnya berkomunikasi di internet.

Bagi peniaga online, blog-blog sangat penting kerana ia sumber maklumat kepada mereka.

Kelebihan konsep blog ia bersifat terbuka. Blog tidak formal sangat macam laman web.

Blog lebih berinteraktif berbanding dengan laman web yang agak statik. Ini kerana blog menyediakan ruangan untuk pembaca memberi komen dan pemilik blog boleh membalas tulisan pembaca.

Blogger atau pemilik blog kerap menulis di blognya, mungkin setiap 1-2 hari sekali samada membuat tulisan baru, mengemaskinikan tulisan dan melayan komen pembaca.

Peniaga online lagi kena kerap menulis artikel kerana dalam internet banyak penulis pesaing. Masing-masing mahu menerbit artikel berkualiti bagi memenangi hati pelanggan.

Apa itu Blogspot dan WordPress?

wordpress ialah kemudahan membuat blog secara percuma atau berbayar
Anda boleh buat blog dengan blogspot atau wordpress tetapi saya berpendapat wordpress lebih friendly

Blogspot dan WordPress ialah dua pelantar atau flatform yang paling top buat blog. Mereka menyediakan kemudahan blog percuma dan berbayar.

Saya sendiri menggunakan blogspot dan wordpress.

Mengapa Buat Blog Sendiri Memakan Masa?

Buat blog sendiri macam juga buat rumah. Yang paling banyak makan masa dalam buat blog ialah menulis artikel yang berkualiti dan mudah difahami.

Mereka yang tidak pernah membuat blog, cara yang terbaik ialah buat blog percuma dengan blogspot.com atau wordpress.com.

Apabila anda sudah familiar dengan buat blog sendiri, anda boleh buat blog berbayar dan penampilan blog lagi menarik dan nampak profesional.

Macam rumah sendiri juga, apabila ada blog sendiri, anda tidak takut akan peraturan yang ditetapkan oleh pemilik blog percuma.

Jika anda langgar peraturan, mereka boleh padamkan blog anda dengan pelbagai alasan yang anda sukar nafikan.

Proses Membuat Blog Sendiri

cara buat blog yang boleh jana pendapatan tapi takda masa
Proses membuat blog termasuklah menyewa domain atau free jika kita guna website percuma blogspot atau wordpress

Untuk buat blog sendiri, yang pertama anda kena beli sewa domain name setiap tahun, lebih kurang RM50 setahun.

Macam email juga, anda pilih domain name sendiri (macam cari nama anak yang anda suka).

Selepas itu anda kena sewa server. Server ibarat injin yang membolehkan blog anda berada di internet dan boleh diakses oleh orang ramai. Kos menyewa server bergantung pembekal server juga, ada yang murah dan ada yang mahal serta apa yang anda mahu.

Jika blog anda berat dengan maklumat, foto dan video dan banyak akseserinya tentulah mahal sewa tahunan. Ia mungkin serendah RM500 setahun dan semahal RM1,500 – RM3,000 setahun.

Cabaran Membuat Blog

Membuat blog sama dengan membuat sebuah kedai. Jika kita buat kedai tetapi takda orang datang, kedai anda pun tak guna. Tentu barang yang dipamerkan tak laku sedangkan kos kena keluarkan bagi membuat kedai dan membeli stok barang.

Membeli Blog Yang Sudah Siap Bagi Yang Tak Ada Masa

Jika anda takda masa hendak membuat blog, kami nak syer di mana anda boleh mendapatkan blog yang sudah siap. Lengkap dengan tidak kurang 25 artikel affiliate.

Tugas anda memasarkan blog dan artikel yang bagi menjana komisyen affiliate.

Sungguhpun ia blog siap, anda boleh menulis dan menambah artikel bagi memperkayakan blog anda.

Cara Nak Dapatkan Blog Dah Siap Dengan 20 Artikel Affiliate

Contoh Headline Terbaik Untuk Tingkatkan Jualan Online

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd, blogger dan agen hartanah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.