Kelebihan Senaman Kemut Zakar Mengikut Pakar Dr Ismail Tambi

Tontoni video Dr Ismail Tambi mengenai teknik senaman kemut untuk tambah prestasi lelaki

Senaman kemut bila terdengar memang melucukan. Dalam konteks kesihatan seksual lelaki atau wanita, senaman kemut mampu memberi kesan positif dan menakjubkan.

Senaman kemut dikatakan bagus untuk menjaga dan mengekalkan prestasi zakar.
Ramai kaum lelaki tak tahu senaman kemut ialah satu bentuk latihan yang penting

Ini kerana mengikur pakar Dr Ismail Tambi, senaman kemut membabitkan aktiviti mencengkam otot pembukaan lubang najis atau lubang dubur dan lubang kencing atau otot lantai pelvis seolah-olah mahu menahan kencing atau air besar dan ia perlu dilakukan serentak.

Tidak dinafikan apabila seseorang membuat senaman mengemut, perasaan kurang selesa akan berlaku di mana jika membuang air besar akan mengalami sembelit. Tapi jangan risau…

Bagi yang ada buasir pula, penyakit itu akan menjadi ketara dan menyakitkan, tetapi sebaliknya pada kaum wanita apabila melakukan senaman ini, mereka akan berasa terangsang, terutama jika kedua-dua paha dirapatkan. Namun jika paha direnggangkan sedikit, mungkin rasa terangsang itu kurang atau tiada langsung.

Cara Melakukan Senaman Kemut

Cara melakukan senaman kemut bagi kaum lelaki ialah dengan merapatkan kedua-dua paha dan mencengkam lubang najis serta lubang kencing.
Senaman kemut satu bantuk senaman zakar

Mengikut Dr Ismail Tambi, pakar sakit tuan, cara melakukan senaman mengemut bagi kaum lelaki ialah dengan merapatkan kedua-dua paha dan mencengkam lubang najis serta lubang kencing pada masa sama dengan padat, menahan nafas antara 3 hingga 5 saat sebelum melegakan kemutan.

Senaman pengemutan ini perlu dilakukan berulang-ulang sehingga 10 kali. Bagi mendapatkan kesan lebih baik, lakukan senaman ini lima kali sehari dan setiap kali, mencengkam 10 kali.

Ketika melakukan senaman kemut, seseorang lelaki itu perlu berada dalam keadaan selesa, termasuk sudah membuang air besar dan kecil, saranan pakar Dr Ismail Tambi.

Kelebihan Senaman Kemut Mengikut Dr Ismail Tambi

Antara kelebihan atau khasiat senaman ini ialah ia dapat membina otot benteng pangkal zakar yang mana jika zakar ereksi, mengemut dapat memadatkan pangkal zakar dan menolak serta memerah darah hala ke depan, sekali gus menyebabkan penghujung zakar lebih padat dan kembang seolah-olah zakar kelihatan besar di depan.

Bagi wanita, amalan kemut dapat melangsing dan melegakan corong faraj, sekali gus menyempitkan pembukaan faraj yang renggang.

Dengan corong faraj yang sempit dan kemas, angin tidak mudah masuk ketika wanita itu bergerak dan hubungan kelamin tidak akan berbunyi saperti angin keluar dan masuk.

Amalan mengemut dapat membantu melangsingkan otot kemutan dan membantu hubungan dengan pasangan kerana akan menjadikan aktiviti seksual lebih seronok dan merangsangkan.

Adalah perlu diketahui bahawa senaman kemut tidak dapat membina zakar menjadi panjang atau besar seperti mana dipaparkan dalam internet bahawa kaedah ini adalah amalan orang Arab bagi membesarkan zakar.

Senaman mengemut dapat memberi tenaga dan kekuatan apabila zakar yang ereksi dikemutkan

Mengemut juga membantu mengekalkan ereksi dan dapat bergerak serta mengubah posisi, sekali gus merendahkan kemungkinan darah terkeluar daripada otot zakar.

Selain itu, jika pergerakan zakar ke dalam faraj dengan keadaan lelaki mengemut, pasangan dapat merasai nikmat yang lebih dan mudah mencapai klimaks.

Gerakan zakar juga dapat dikawal dalam keadaan kemut. Justeru, amalan dan senaman ini dapat menjaga kekuatan ereksi selagi zakarnya mampu mengeras.

Bagaimana Anda Membuat Maintainance Zakar?

Pernah anda dengar Xgene Royale?

Xgene Royale ialah krim penjagaan zakar yang telah diformulasikan oleh Dr Ismail Tambi, pakar sakit tuan yang terkenal di Malaysia. Kandungannya ialah ekstrak Tongkat Ali. Setakat ini belum ada krim zakar di pasaran.

Macam kereta juga, zakar memerlukan maintainance….

Xgene Royale dibuat dari tongkat Ali hasil formula Dr Ismail Tambi.
Xgene Royale hasil formulasi Dr Ismail Tambi

Untuk lebih info produk Xgene Royale sila layari:
Cara Menjaga Kemaluan Mengikut Pakar Sakit Tuan Dr Ismail Tambi

Kecantikan Wanita – Siti Nurhaliza Memecahkan Rahsia

Artikel di atas telah diadaptasi dari Metro: Kelebihan Senaman Kemut