Lapan Langkah Hendak Memulakan Perniagaan Homestay Usahawan Wajib Tahu

langkah persediaan untuk memulakan bisnes homestay
Konsep homestay sangat sesuai bagi mereka yang mahukan ketenangan di hujung minggu bersama keluarga

Perniagaan homestay mempunyai potensi yang menguntungkan jika anda tahu cara-caranya. Homestay juga dipanggil inap desa.

Tetapi istilah inap desa jarang digunakan.

Di Malaysia, homestay telah banyak banyak dibina dan ia mencapai lebih daripada 6,700 yang telah didaftarkan. Anda boleh menceburkan diri dalam perniagaan homestay secara sederhana sebagai permulaan.

Bagaimana Hendak Memulakan Perniagaan Homestay – Lapan Langkah Penting

1. Saiz Aset

Aset adalah komponen utama dalam membina perniagaan homestay. Aset tersebut ialah rumah yang boleh dijadikan homestay.

Homestay berbeza dengan hotel terutama dari segi saiznya. Dari segi saiz, anda bebas menentukan jumlah bilik homestay dan ruang dalamnya.

Kebiasaannya, pelanggan lebih suka tinggal homestay yang mempunyai ruang tamu yang luas dan ada kemudahan parking yang mencukupi dan selesa.

2. Pelesenan Perniagaan Homestay

Seperti yang diketahui, setiap perniagaan perlu didaftarkan dengan pihak berkuasa.

Jika anda menyewa rumah hendak dijadikan homestay, anda perlu memastikan pemilik rumah itu mendapat maklumat kelulusan daripada pihak berkuasa mengenai subleasing dan lain-lain kelulusan jika ada.

3. Nak Sewa, Beli atau Milik Sendiri?

Corak pemilikan aset homestay bergantung kepada kesukaan anda.

Bisnes homestay boleh berbentuk sewaan, dibeli atau aset pemilik sendiri. Jika anda menyewa rumah orang untuk dijadikan homestay, anda perlu pastikan tuan tanah tahu tujuan anda menyewanya.

Jika anda berhasrat membeli dan dijadikan homestay, maka jiran-jiran elok tahu rumah itu akan dijadikan homestay. Ini boleh mengurangkan masalah dengan jiran kemudian hari.

Panduan lengkap bagi memulakan bisnes homestay
Panduan lengkap hendak membuat perniagaan homestay

4. Lokasi

Pemilihan lokasi homestay adalah kritikal kerana ia boleh menarik pelanggan menyewa homestay anda.

Anda perlu memilih homestay yang jauh dari bandar kerana kebanyakan homestay berada di kawasan yang lebih tenang dan privasi. Contohnya homestay berdekatan dengan pantai, tepian sungai, air terjun dan berhadapan dengan pemandangan sawah.

5. Menyediakan Perabot

Homestay yang baik mempunyai perabut yang lengkap bagi kegunaan penyewa.

Kemudahan standard bagi sesebuah homestay ialah set tempat tidur setiap bilik, meja makan dan set perabot di ruang tamu.

6. Kemudahan atau Fasiliti

Anda perlu menyediakan kemudahan dalam homestay seperti wifi, tempat memasak, peti sejuk, mesin basuh, peralatan makan seperti pisau, sudu dan garfu.

Jadi bila pelanggan menyewa homestay anda tentu mereka gembira apabila boleh memasak dan makan-makan bersama keluarga.

Banyak homestay ada kemudahan aircond. Jadi ia dah menjadi kewajipan melengkapkan kemudahan ini. Mereka yang membawa anak kecil tentu memilih homestay yang ada aircond.

7. Mengambil Foto Homestay

Foto-foto yang cantik dan menarik dapat menggoda pelanggan untuk menyewa homestay anda. Jika bakal penyewa nak tengok gambar rumah anda, anda boleh whatsapp atau emailkan.

Jika anda membuat video satu minit homestay anda, ia adalah terbaik.

8. Pemasaran dan Promosi Homestay

Pemasaran adalah peringkat kritikal juga dalam perniagaan homestay kerana ia akan menentukan kejayaan bisnes anda.

Dalam zaman ekonomi digital ini, ada banyak pengkalan untuk promote bisnes homestay anda. Ini termasuk facebook, instagram, kumpulan whatsapp dan telegram.

Jika anda menggunakan Facebook, cara yang berkesan ialah membina group Facebook. Anda boleh namakan Tip Bisnes Homestay, atau Homestay Terbaik di Malaysia. Tujuan group ini ialah mengumpulkan ahli 5,000 – 10,000 orang paling kurang.

Anda kena membahagi ‘umpan’ supaya mereka sanggup join group anda.

Group ini ibarat kolam di mana ia sebagai strategi anda mempopularkan homestay anda secara tidak sedari. Saya sendiri menggunakan teknik ini produk online saya.

Jika anda boleh membina blog, ia akan beri kelebihan bersaing dalam pemasaran online. Ini kerana orang suka search Google bagi mendapatkan info. Jika anda pandai SEO, blog anda tentu top dalam carian Google.

Panduan Lengkap Perniagaan Homestay

Jika anda seorang yang serious hendak menjalankan perniagaan homestay, anda wajib membaca kesah jutawan homestay Faridilatras Abd Rahman.

Untuk bejaya anda perlu copy paste kejayaan lain – tak perlu try and error kerana ia boleh membuang masa dan ia boleh menjimatkan kos anda.

Faridilatras Abd Rahman mengendalikan Homestay Fardain Place dan banyak lagi homestay kendalian beliau.

Anda patut memiliki e-book yang diterbitkan oleh beliau itu. Klik link ini Pengalaman Seorang Jutawan Homestay

Mana Untung Buat Homestay Atau Buat Rumah Sewa

Formula Menulis Copywriting Power


Dropship Shopee – Upload 1,000 Barang Dari Kumoten