Khasiat Buah Tin dan Buah Zaitun Kepada Kesihatan

Kini sudah ada minuman buat tin dan buah zaitun yang ditinkan.

khasiat buah tin dalam kesihatan

Buah Tin

‘Demi buah tin buah zaitun’ kita biasa terbaca dalam al-Quran. Tentu ada keitimewaan dua buah ini. Mari kita ambil tahu akan khasiat buah tin dan buah zaitun dalam memberi kesihatan kepada manusia.

1o Khasiat Buah Tin

Pertama – Membantu mencegah kanser kerana kandungan coumarin dalam dalam buah tin mengurangkan risiko barah.

Ke-2 – Mengurangkan masalah kolesterol kerana buah tin mengandungi pectin iaitu fiber larut air (soluble). Bahan tersebut boleh mengurangkan kolesterol dalam darah.

Ke-3 – Boleh mencegah darah tinggi dan serangan penyakit jantung. Buah tin mengandungi potassium, omega-3 dan omega-6 yang tinggi yang berupaya mengawal tekanan darah dan serangan jantung.

Ke-4 – Membantu merawat diabetes kerana daun tin mempunyai sifat merawat yang baik. Air rendaman daun tin kering boleh mengurangkan pengambilan insulin.

Ke-5 – Pengambilan buah tin boleh mengurangkan keletihan dan mengawal anemia (kekurangan sel darah merah).

Ke-6 – Buah tin bersifat laksatif (ubat pencuci perut). Pengambilannya boleh mengurangkan masalah sembelit yang kronik.

Ke-7- Pengambilan buah tin setiap hari boleh bertindak sebagai ubat untuk merawat masalah yang berkaitan dengan buasir.

Ke-8 – Merawat radang seperti ulser pada kulit.

Ke-9 -Buab ini boleh dijadikan pembersih kulit dan boleh mencegah serta merawat jerawat.

Ke-10 – Buah tin mengandungi benzaldehid sebagai phenol dan agen antitumor. Bahan itu boleh membunuh pathogen, fungus dan virus dalam sistem badan manusia.

Sumber – Buah Tin, Ampuh Bantu Cegah Kerosakan Sel, Jaga Jantung Manusia

20 Khasiat Buah Zaitun

kelebihan buah zaitun
Buah Zaitun

Kesihatan

Pertama – Memperbaiki kesihatan kuku: Vitamin E dalam minyak zaitun boleh meningkatkan penampilan kuku yang terjejas disebabkan penyakit.

Kedua – Khasiat buah zaitun membantu mencegah kanser payudara: Dalam kajian Arab Saudi, didapati oleuropein, sebatian semula jadi yang terdapat pada daun zaitun, mempunyai potensi sebagai antikanser payudara.

Di dalam percubaan klinikal di Sepanyol, didapati bahawa wanita yang mengamalkan diet yang mengandungi minyak zaitun, 62 % daripada mereka kurang berkemungkinan menghidap kanser payudara.

Ke-3 – Membantu mencegah diabetes: Menurut Harvard School of Public Health, diet yang kaya dengan lemak mono dan “polyunsaturated’, seperti yang terkandung dalam minyak zaitun dapat membantu mencegah diabetes.

Dalam kajian lain iaitu dalam The American Journal of Clinical Nutrition, penggunaan minyak zaitun dikaitkan dengan berkurangnya risiko diabetes di kalangan wanita.

Ke-4- Mengelakkan daripada penyakit Alzheimer: Menurut Scientific American, oleocanthal dalam minyak zaitun dapat membantu mencegah penyakit Alzheimer. Persatuan Kimia Amerika juga turut menjumpai penemuan yang serupa.

Dalam kajian Amerika, minyak zaitun “extra virgin” didapati dapat meningkatkan pembelajaran dan memori pada tikus, menyokong kemungkinan replikasinya pada manusia yang menderita penyakit Alzheimer.

Ke-5 – Memperkukuhkan tulang: Dalam kajian yang melibatkan lelaki yang mengamalkan diet Mediterranean, didapati minyak zaitun mungkin menyumbang kepada tulang yang kuat.

Darah mereka didapati mengandungi tahap osteocalcin yang lebih tinggi, yang merupakan petanda bagi pembentukan tulang yang sihat.

Ke-6 – Merawat kemurungan: Minyak zaitun boleh meningkatkan tahap serotonin, bahan kimia dalam otak. Ini, telah dijumpai, serupa dengan kesan beberapa antidepresi.

Ke-7 – Membantu kurangkan berat badan: Kajian yang diterbitkan OLEH Harvard School of Public Health menyokong keberkesanan minyak zaitun dalam membantu penurunan berat badan.

Kehilangan berat badan yang berlaku disebabkan oleh dua jenis diet yang berbeza (diet Mediterranean berlemak sederhana yang mengandungi minyak zaitun dan diet rendah lemak) dibandingkan.

Menjelang akhir kajian, hanya 20 peratus daripada sukarelawan dalam kumpulan rendah lemak yang masih mengikut diet.

Ke-8 – Membantu mengawal kolesterol dalam badan: Minyak zaitun mengandungi tahap lemak tepu dan lemak tak tepu yang minima.

Ini membolehkan ia mengawal paras kolesterol dalam darah pada badan.

Minyak zaitun mengandungi tahap tertinggi bagi lemak “monounsaturated” – sekitar 75%-80% – yang membantu membentuk kolesterol baik dan HDL dalam badan.

Ke-9 – Melegakan sembelit: Minyak zaitun kaya dengan lemak “monounsaturated”. Ini membantu dalam meningkatkan mobiliti supaya makanan dapat bergerak dengan lancar melalui usus besar tanpa sebarang masalah.

Ia juga membantu dalam mempercepatkan pergerakan usus dan menghalang sembelit.

Ke-10 – Membantu menghapuskan batu karang pada buah pinggang: Penggunaan minyak zaitun juga dapat membantu melarutkan batu karang pada buah pinggang.

Ke-11 – Membantu mencairkan tahi telinga: Ia membantu melembutkan tahi telinga, menjadikannya lebih mudah bagi anda untuk mengeluarkan tahi telinga.

Sebaik sahaja ia telah disapu secukupnya, tahi telinga akan pecah menjadi kepingan yang lebih kecil, dan mula bergerak keluar di saluran telinga, di mana ia boleh dibersihkan dengan kain lembut atau tisu.

Sumber – 20 Khasiat Minyak Zaitun

Kini Buah Tin dan Buah Zaitun Ada Dalam Olive Tin

minuman buah tin dan buah zaitun


Apa Tafsiran Ustaz Dr Zambri Mantop Mengenai Buah Tin dan Buah Zaitun

Cara Meminum Minuman Kesihatan Olive Tin

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Olive Tin sila hubungi/wasap 013 366 1242

Hibah Wasiat Faraid Harta Pusaka

Cara Hilangkan Gatal Ekzema Bayi Dan Sakit Kulit Dengan Berkesan