Site icon Blog Rahaman

Cara Pembahagian Harta Pusaka Apabila Ibu dan Ayah Meninggal Dunia

Perlantikan wasi dalam wasiat
Masalah pusaka dapat dikurangkan dengan perlantikan wasi dalam wasiat

Antara soalan yang kerap ditanya ialah cara pembahagian harta pusaka apabila ibu ayah meninggal dunia.

Adakah ibu ayah anda masih hidup? Jika ya, artikel ini menerangkan cara pembahagian harta pusaka dengan gaya mudah.

Kos Pengebumian Dan Pengurusan Jenazah-Proses Pembahagian Harta Pusaka Bermula

Selepas ibu ayah meninggal dunia, sebelum harta pusaka dibahagikan kepada waris, anak-anak hendaklah menyelesaikan perkara yang berkaitan dengan harta arwah ibu ayah seperti belanja pengkebumian, menyelesaikan hutangnya dan menunaikan wasiat jika ada.

Kos pengkebumian termasuklah kain kapan, keranda, upah mandikan mayat, upah gali kubur dan upah membawa mayat ke kubur.

Sumbangan wang kepada orang yang sembahyangkan jenazah, buat tahlil dan arwah ibu dan ayah bukan wajib. Jadi, ia tidak boleh diambil dari duit pusaka ibu ayah.

Anak atau waris janganlah guna wang si mati untuk membeli makanan orang yang datang melawat atau selepas membaca tahlil arwah.

Bagaimanapun, waris boleh gunakan wang orang yang sedekahkan untuk apa-apa perbelanjaan atau dibahagi kepada anak cucu kerana ia bukan harta si mati.

Menyelesaikan Hutang Ibu dan Ayah – Proses Ke-2 Pembahagian Harta Pusaka

Setelah ibu atau ayah dikebumikan, waris hendaklah menyelesaikan hutang ibu bapa dari wang arwah. Itu pun jika diketahui atau ada yang menuntut.

Pinjaman bank biasa waris akan tahu sebab penyata banj sampai ke rumah.

Mengikut pendapat jumhur ulama, hutang kepada Allah hendaklah dibayar dahulu sebelum menyelesaikan hutang dengan manusia. Ini berdasarkan hadis yang bermaksud ‘hutang Allah lebih berhak ditunaikan.’

Hutang Kepada Allah

Hutang kepada Allah antaranya ialah

Hutang Dengan Manusia

Semua jenis hutang ibu dan ayah dengan bank dan orang hendaklah dijelaskan, kecuali pemberi hutang menghalalkannya.

Biasanya anak atau waris akan mengumumkan kepada orang ramai selepas ditunaikan solat jenazah atau sewaktu membawa mayat keluar dari rumah ke kubur. Jika ada si mati berhutang bolehlah berjumpa waris.

Menunaikan Wasiat Emak Ayah – Proses Ke-3 Pembahagian Harta Pusaka

Setelah menyelesaikan hutang arwah emak ayah, maka waris hendaklah menunaikan wasiat si mati, jika ada.

Wasiat di sini ialah pemberian tidak lebih 1/3 harta si mati kepada bukan waris termasuk wakaf dan sedekah.

Untuk menunaikan wasiat ayah, waris hendaklah memastikan samada wasiat itu sah atau tidak mengikut hukum syarak. Sekiranya ia sah, maka wajib waris menunaikannya.

Sekiranya wasiat itu tidak sah dari segi hukum syarak, atau diragui kesahihannya, maka ia terpulang kepada budibicara waris mahu melaksanakan atau tidak.

Hanya mahkamah yang boleh memutuskan kesahihan wasiat jika ada perbalahan waris.

Tuntutan Harta Sepencarian Emak

Sekiranya emak (isteri) ada membuat tuntutan harta sepencarian ke atas harta ayah, maka ia hendaklah diselesaikan dahulu sebelum mengagih kepada waris.

Begitu juga, semasa hidup ayah ada membuat tuntutan harta sepencarian dari harta emak.

Selepas tuntutan harta sepencarian diselesaikan, baru baki harta pusaka diagihkan kepada waris yang berhak, iaitu ibu bapa, isteri/suami dan anak kandung.

Waris Mengambil Baki Harta Pusaka Ibu atau Ayah

Waris akan mengambi baki harta ibu atau ayah dengan kadar berikut:

Isu-Isu Pengurusan Pembahagian Harta Pusaka

Perebutan harta pusaka bermula selepas kematian ibu bapa

Kita kerap terbaca kesah pergaduhan mengenai harta pusaka selepas kematian ibu bapa walaupun hukum Faraid mengenai pembahagian harta pusaka adalah jelas.

Dua sebab utama ialah kejahilan hukum faraid dan yang kedua sengaja ingkar hukum Faraid kerana tamak dan zalim. Antara isunya ialah:

Penyelesaian Terbaik Cara Mengurus Pembahagian Harta Pusaka

Tidak pernah kita dengar perbalahan harta pusaka berlaku kepada orang yang membuat wasiat dan melantik syarikat amanah sebagai wasi atau pentadbir harta pusaka.

Jadi semasa semasa hidup buat wasiat dan melantik syarikat amanah sebagai pentadbir harta pusaka.

Pemilihan syarikat amanah dapat membantu mempercepatkan proses pembahagian harta pusaka kerana syarikat amanah akan memanggil semua waris setelah mendapat surat mati ibu bapa.

Dengan kuasa yang diberikan oleh pewasiat, syarikat amanah akan ‘memanggil’ semua simpanan di bank, pelaburan ASB dan simpanan emas.

Hutang bank akan diselesaikan oleh syarikat amanah secara rundingan bagi mengurangkan kos faedah.

Setelah semua hutang dijelaskan oleh syarikat amanah, maka baki harta akan diagihkan secara faraid. Sekiranya ada persetujuan, harta pusakan akan dibahagikan mengikut prinsip takharuj – samarata, pelepasan hak kepada waris atau orang lain, penebusan dan sebagainya.

Kesimpulan

Saya percaya tulisan ini dapat memberi kefahaman mengenai cara pembahagian harta pusaka ibu dan ayah yang meninggal.

Sekiranya tuan memerlukan penjelasan lanjut atau mahu membuat wasiat, sila hubungi saya Abd Rahaman 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Video Penerangan Matlamat dan Sebab Membuat Wasiat

Matlamat dan Sebab Membuat Wasiat

Ebook Percuma Ketahuilah Formula Faraid

Dapatkan Ebook percuma Ketahuilah Formula Faraid dari pinned post link di bawah:

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

Kadar pembahagian harta pusaka

Pautan Terbaik:

Enam Sebab Orang Membuat Wasiat Walaupun Ada Hukum Faraid

Cara Buat Surat Hibah Dengan Syarikat Amanah

Lindungi Masa Depan Anak dan Isteri Dengan Membuat Wasiat

Betul ke Hukum Faraid Tidak Adil Kepada Anak Perempuan?

Sembilan Sebab Orang Membuat Surat Hibah

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Exit mobile version