Site icon Blog Rahaman

13 Rukun Solat Fardhu – Qauli – Fikli – Qalbi Wajib Anda Tahu

Sila pastikan anak cucu kita tahu 13 rukun solat
Ajarkan anak berdoa untuk ibu-bapa selepas solat

Ada 13 rukun solat fardhu orang Islam wajib tahu. 13 rukun ini dipecah kepada 3, iaitu:

Rukun Qauli – Rukun pertuturan. Letaknya dibibir. Ia wajib dibaca dan didengar ditelinga sendiri.

Rukun Fikli – Rukun perbuatan. Ia melibatkan pergerakan anggota badan.

Rukun Qalbi – Rukun yang melibatkan hati. Letaknya di hati. Ia wajib disedari.

Rukun Solat Qauli (Pertuturan) – Ada 5 Rukun

Pertama: Takbiratul Ihram – Menyebut “Allahuakbar” pada permulaan solat

Ke-2: Surah Al-Fatihah – Membaca dan didengari

K3-3: Tahayat Akhir – Membaca ketika duduk pada tahaya akhir

Ke-4: Selawat Ke Atas Nabi Muhammad s.a.w – Membacanya ketika selepas membaca tahayat akhir

Ke-5: Salam Pertama – Membacanya selepas tahayat akhir.

Rukun Solat Fikli (Perbuatan) Ada 6 Rukun

Pertama: Berdiri – Bermaksud berdiri tegak

Ke-2: Rukuk – membongkok 90 darjah

Ke-3: Iktidal – iaitu berdiri semula selepas rukuk

Ke-4: Sujud – dua kali pada setiap rakaat

Ke-5: Duduk antara dua sujud

Ke-6: Duduk semasa tahayat akhir

Rukun Solat Qalbi (Di hati) Ada 2 Rukun

Pertama: Niat nak mengerjakan solat pada permulaan solat

Ke-2: Tertib – Hati mengetahui susunan rukun semasa solat dan mengerjakan mengikut susunan – yang dahulu, didahulukan; yang kemudian di kemudiankan.

Video Rukun Solat Fardhu – Ustaz Harun Din

Tumaninah Dalam Rukun Solat

Tumaninah ertinya diam sekejap dan sekadar membaca tasbih yang biasa diajar.

Ada 4 rukun fikli wajib buat tamaninah, iaitu:

Pertama: Rukuk serta tamaninah

Ke-2: Iktidal serta tamaninah

K3-3: Sujud serta tamaninah

Ke-4: Duduk antara dua sujud serta tamaninah.

Kesimpulan: Semasa Solat Ada 17 Wajib Kita Lakukan

Dalil Wajib Solat

Ada banyak dalil dalam Al-Quran yang memajibkan solat, iaitu di antaranya bermaksud:

“Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan solat serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”

(Al-Baqarah 2:3) 

Dalil Cara Solat Yang Betul

Dalam Al-Quran hanya ada kewajipan bersolat. Tidak ada cara bersolat.

Bagaimanapun, cara solat hendaklah mengikut Baginda Nabi Muhammad s.a.w bersolat, iaitu seperti hadis beliau:

“Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat.”

(HR. Al-Bukhari no. 628, 7246 dan Muslim no. 1533)

Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang. Keahlian percuma terhad 2,000 orang sahaja.

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

Pautan

Lindungi Masa Depan Anak dan Isteri Dengan Membuat Wasiat

Enam Sebab Orang Menulis Wasiat Walaupun Ada Hukum Faraid

Exit mobile version