Hibah Mutlak atau Hibah Amanah – Mana Yang Terbaik Dan Berkesan?

Satu daripada cara nak bagi harta kat seseorang semasa hidup…

Pengertian hibah mutlak tak sama dengan hibah amanah. Adanya unsur amanah dalam proses pindah milik.
Tentu seronok anak dapat hibah kebun durian masa bapa masih hidup.

Ramai yang kurang jelas pengertian hibah mutlak dan bezanya dengan hibah amanah walaupun pada asasnya kedua hibah ini ialah pemberian dari pemberi hibah kepada penerima hibah.

Jom kita lihat pengertian hibah mutlak itu dulu kerana semua orang tahu.

Pengertian Hibah Mutlak

Pengertian hibah mutlak ialah pemberian terus atau serta merta dari pemberi hibah kepada penerima hibah.

Sebagai contohnya, seorang anak menghadiahkan sebuah jam tangan kepada bapanya.

Dalam contoh lain, seorang bapa memberi sebidang tanah kepada anaknya dan pergi ke pejabat tanah untuk memindah milik tanah itu.

Kedua-dua contoh di atas ialah hibah mutlak. Pengertian hibah melibatkan empat rukun (syarat) iaitu :

  1. Pemberi hibah
  2. Penerima hibah
  3. Harta atau benda yang dihibahkan (diberikan)
  4. Ijab dan kabul – iaitu ada pihak yang menawar dan ada pihak yang menerimanya.

Implikasi Hibah Mutlak – Pengertian Pemberian Terus

Hibah mutlak ini kesannya serta merta ke atas pemilikan harta itu.

Dalam contoh di atas, apabila si bapa menandatangi borang pindah milik bagi memberi harta itu kepada anaknya, maka anak itu terus mendapat harta itu serta merta tanpa sebarang halangan atau syarat.

Begitu juga pemberi hibah (bapa) ia tidak ada hak ke atas harta itu termasuk faedah-faedah dari harta itu. Jika tanah itu kebun durian, maka bapa itu tidak ada hak ke atas hasil kebun selepas memberi kepada anaknya itu.

Pengertian Hibah Amanah

Macam saya sebut pada permulaan, hibah mutlak dan hibah amanah pada asasnya punya pengertian yang sama – iaitu pemberian daripada seorang kepada seorang.

Yang bezanya ialah hibah amanah ini ada unsur amanah sebelum harta itu bertukar milik daripada pemilik kepada penerima harta hibah.

Bagaimana Deklarasi Hibah Berfungsi

Dalam membuat hibah amanah kita memerlukan dua benda penting, iaitu syarikat amanah dan dokumen Deklarasi Hibah. Pemberi hibah dan penerima sudah tentulah pihak berkepentingan dalam hibah amanah.

Melalui dokumen Deklarasi Hibah, pemberi hibah mengistiharkan ia bersetuju memberi hartanya kepada penerima hibah dan membuat pindah milik harta dibuat selepas kematiannya. Ini kerana pemberi hibah masih pemilik sebenar (legal owner) hartanya itu.

Sepanjang tempoh Deklarasi Hibah itu, pemberi hibah kita panggil pemegang amanah utama, penerima hibah kita panggil benefisiari dan syarikat amanah dipanggil pemegang amanah ganti.

Dalam tempoh Deklarasi Hibah itu, pemilik menjaga hartanya itu atas kapasiti pemegang amanah utama.

Apabila pemilik (pemegang amanah utama) meninggal, pemegang amanah ganti iaitu syarikat amanah akan mengambil alih tanggungjawap pemegang amanah.

Dan seperti yang dinyatakan dalam Deklarasi Hibah dan kuasa yang ada pada syarikat amanah, syarikat amanah ini akan memindah milik harta ini kepada benefisiari yang akan menjadi pemilik baru.

Jadi ini bertepatan dengan pengistiharan pemilik asal memberikan hartanya kepada pihak yang beliau mahukan.

Apa Dia Kekuatan Hibah Amanah Yang Wajib Kita Tahu

Orang yang membuat hibah amanah ini kebanyakannya mahu harta dibahagikan semasa hidup lagi walaupun syarikat amanah akan memindahkan harta kepada penerima hibah selepas kematiannya.

Ini kerana proses pemindahan harta hibah tidak ada kaitan dengan pentadbiran harta pusaka harta yang lain.

Proses pembahagian harta pusaka mungkin makan masa 6 bulan hingga 2 tahun kerana ia melibatkan kerjasama dan persetujuan semua waris, belum kira mereka yang ada dua atau tiga keluarga melalui perkahwinan.

Semoga artikel ini dapa meningkatkan kefahaman akan pengertian hibah.

Sebab-Sebab Orang Membuat Hibah

Kuiz Rancang Harta

pengertian hibah amanah mutlak

Hubungi Perancang Harta as-Salihin Trustee Berhad

Sekiranya pembaca ingin mendapatkan penjelasan mengenai pengertian hibah amanah dengan as-Salihin Trustee Berhad, sila hubungi saya melalui group Telegram berikut:

Abd Rahaman Rasid

23 Waris Faraid Pembahagian Harta Pusaka

bilangan waris faraid bagi pengurusan harta pusaka

Dapatkan ebook percuma di atas serta video penerangan 23 waris faraid daripada pautan berikut

Kelab Faraid, Harta Pusaka dan Hibah

Membuat Wasiat – Tujuh Kebaikan Anda Patut Tahu

Bagaimana Perjanjian Harta Sepencarian Disediakan?

Enam Kebaikan Hibah Perniagaan Usahawan Patut Tahu

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd, blogger dan agen hartanah

Discover more from Blog Rahaman

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading