Kesan Wabak Covid-19 Keatas Pelancongan Perhotelan dan Penerbangan

Kesan wabak Covid-19 telah memelesetkan sektor pelancongan dan perhotelan negara dan dunia.

Sejak Januari 2020, koronavirus atau Covid-19 ibarat satu malapetaka yang melanda industri perhotelan dan pelancongan dunia dan tempatan.

Industri yang berkaitan dengan perhotelan seperti industri penerbangan dan pelancongan domestik turut menerima kesan dahsyat virus Covid-19.

Kesan wabak Covid-19 banyak hotel lumpuh kerana ketiadaan pelancong asing.
Akibat virus Covid-19 banyak hotel lumpuh kerana ketiadaan pelancong asing datang

Mr Yap Lip Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia (MAH) berkata, pada peringkat pertama, industri perhotelan menerima pembatalan tempahan bilik secara mendadak dan hingga kini ia telah mencecah 193,000 bilik dengan nilai kerugian lebih RM75 juta.

Katanya lagi, dalam tempoh 14 hari kawalan pergerakan, hampir semua hotel tidak dapat beroperasi sepenuhnya. Dalam tempoh itu, dianggarkan kerugian pendapatan industri hotel lebih daripada RM500 juta.

Buat masa ini, objektif utama pengusaha hotel ialah untuk meneruskan operasi dalam keadaan kerugian yang paling rendah di mana kos upah dan gaji adalah antara yang paling besar kata Mr Yap.

bisnes makan deliveri untuk cari pendapatam akibat terjejas kesan wabak koronavirus
Peluang cari duit musim Covid-19

Pekerja Perhotelan Diberhenti Kesan Wabak Covid-19

Berdasarkan sumber MAH, setakat 20 Mac 2020, seramai 2,041 pekerja sektor perhotelan di seluruh negara telah diberhentikan, dan anggaran kerugian pendapatan industri hotel berikutan Perintah Kawalan Pergerakan sebanyak RM560 juta.

Industri perhotelan di Kuala Lumpur paling terkesan dengan kerugian bernilai RM24 juta diikuti Sabah RM11 juta dan Selangor RM9 juta.

Mr Yap telah ditanya langkah-langkah yang diambil oleh MAH bagi meminimumkan kerugian dan pelan untuk menghidupkan sektor perhotelan. Beliau menjawab, pihak persatuan telah memberi maklum balas dan idea kepada kerajaan dalam pakej rangsangan ekonomi sebelum ini.

MAH yang mewakili industri perhotelan mengadakan rundingan diskaun dengan pembekal-pembekal servis kepada hotel-hotel bagi mengurangkan kos operasi hotel.

MAH berharap kerajaan akan memperkenalkan lebih bantuan kewangan kepada industri dengan beban dan kekangan aliran tunai yang serius.

15,000 Kehilangan Pekerjaan Dalam Sektor Pelancongan dan Perhotelan

Mengikut wawancara bertajuk ‘650,000 Majikan Bagai Telur Dihujung Tanduk’, pada 19 April 2020 dengan Datuk Shamsudin Bardan, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), beliau menyebut sehingga akhir Mac 2020, ada kira-kira 15,000 orang kehilangan pekerjaan terutama sektor pelancongan dan perhotelan.

Katanya, dalam sektor pelancongan sendiri, lebih 1,000 pekerja telah ditamatkan perkhidmatan.

Kesan Covid-19 Ke Atas Sektor Penerbangan

Syarikat Penerbangan Malaysian Airline Mungkin Ditutup

syarikat penerbangan malaysia mungkin akan ditutup kerana wabak virus covid-19
Sinar Ahad 14 Jun 2020

Kerajaan PN telah mengumumkan yang tidak akan membantu syarikat penerbangan tempatan yang terjejas teruk akibat Covid-19. Ini kerana mereka adalah syarikat milik swasta.

Syarikat Penerbangan Akan Membuang 1,000 Pekerja

1,000 pekerja syarikat penerbangan akan dibuang kerja kerana kesan covid-19
Sinar Ahad 14 Jun 2020

Kira-kira 1,000 pekerja syarikat penerbangan negara akan dibuang kerja sekiranya Kerajaan tidak membantu menyelamatkan syarikat penerbangan negara yang terjejas teruk dengan Covid-19.

Sektor Pelancongan Terjejas Kerana Kawalan Pergerakan Seluruh Dunia

Sementara itu, Datuk Tan Kok Liang, Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), berkata, sektor pelancongan amat terkesan dan mengalami kemerosotan teruk akibat wabak Covid-19.

Katanya, pada bulan Mac pendapatan sektor pelancongan merosot disebabkan oleh banyak pembatalan tempahan pelancongan dari dalam dan luar negara yang disebabkan oleh kawalan pergerakan di Malaysia dan juga di luar negara.

Untuk bulan April, Mei dan Jun kita harus tunggu dan lihat sama ada virus Covid-19 ini dapat dikawal, kata Datuk Tan. Sekiranya dapat dikawal, kita akan dapat melihat pemulihan perlahan-lahan bermula bulan Julai hingga Disember 2020. Ada kemungkinan Malaysia akan dapat kembali pulih tahun depan.

Menurut Datuk Tan, pihak MATTA akan menyerahkan cadangan kepada kerajaan berhubung masalah utama iaitu aliran tunai yang teruj dan keputusan berkaitan para pekerja.

MATTA akan menulis kepada kerajaan sekiranya terdapat skim pengekalan pekerja. Di United Kingdom misalnya, 80% gaji ditanggung oleh kerajaan, dan MATTA mencadangkan 60 peratus gaji ditanggung kerajaan.

Tahun Melawat Malaysia 2020 Dibatalkan Kesan Wabak Covid-19

Tahun Malaysia 2020 telah dibatalkan kesan wabak covid-19
Tahun Melawat Malaysia 2020 Dibatalkan Kerana Wabak Coronavirus Covi-19

Beliau berkata, keputusan oleh Kementerian Pelancongan untuk membatalkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 adalah keputusan tepat kerana buat masa ini kempen tersebut tidak mampu untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.

Ditanya mampukah industri pelancongan dan perhotelan negara kembali pulih seperti sedia kala sekiranya virus Covid-19 berjaya dikawal, beliau menegaskan pelancongan dan pengembaraan merupakan satu gaya hidup.

Menurut Datuk Tan, sekiranya wabak Covid-19 berjaya diatasi, keyakinan untuk mengembara pasti akan pulih. Tetapi apa yang tidak pasti ialah bila wabak ini akan berakhir. Beliau harap suku akhir tahun (Oktober, November, Disember 2020) akan menyaksikan masyarakat dunia kembali berasa yakin dan selamat untuk melancong.

Turut berkongsi pandangan ialah Presiden Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA), Uzaidi Udanis yang menegaskan situasi kini adalah yang paling teruk dan telah memberi kesan kepada industri pelancongan.

kata Uzaidi, kita tak boleh menerima seorang pelancong pun tetapi syarikat pelancongan masih perlu membayar operasi perniagaan seperti gaji pekerja dan sewa pejabat.

Menurut Uzaidi, MITA sentiasa berkomunikasi dengan kerajaan untuk berbincang bagaimana pihak kerajaan boleh membantu penggiat industri semasa krisis Covid-19 ini.

MITA berpuas hati dengan segala inisiatif kerajaan untuk membantu industri pelancongan.

MITA berharap Kerajaan boleh membantu pekerja-pekerja separuh masa seperti pemandu pelancong yang tidak bergaji tetap dan tidak mempunyai akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Mereka ini adalah kumpulan yang terkesan akibat Covid-19.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan, pihak MITA bersama dengan Malaysia Productivity Corp (MPC) turut menganjurkan seminar online dan menjemput penceramah khas untuk mengajar penggiat industri pelancongan.

Uzaidi menegaskan, industri pelancongan adalah antara industri yang penting dalam menjana ekonomi negara dan Malaysia adalah antara negara popular yang di kalangan pelancong luar negara.

Artikel telah diadaptasi dari artikel asal:
Industri perhotelan makin nazak, 2,041 pekerja dihentikan


Kesan Wabak Coronavirus Covid-19 Ke Atas Ekonomi dan Perniagaan

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd, blogger dan agen hartanah

Discover more from Blog Rahaman

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading