Cara Buat Topeng Muka Sendiri Masa Wabak Covid-19

Buat topeng muka sendiri, ibarat tiada rotan akan pun berguna…

Advertisements

Cara buat topeng muka sendiri – ramai yang nak caranya terutama sejak wabak coronavirus Covid-19 melanda negara kita.

Masa ini memang sukar nak dapat topeng muka di kedai. Jika ada topeng muka ada, mahal pula -pekedai ambil peluang buat duit.

Kes Tipu Jual Online Topeng Muka

Dah lah topeng muka susah dapat, yang menjual online pun menipu. Order dan bayaran dibuat, tetapi topeng tidak dihantar.

Mereka yang tertipu ini terpedaya dengan iklan di media sosial terutama di Facebook dan Instagram atau laman web jualan.

Kena tipu beli online topeng muka, lebih baik buat topeng muka sendiri
Order online dari media sosial, bayaran dibuat tetapi topeng muka tak dapat. Baik buat topeng muka sendiri.

Di Perak, polis Perak menerima 48 kes penipuan pembelian atas talian yang melibatkan kerugian RM39,000.

Topeng muka boleh beli di Lazada daripada membelinya di media sosial
Beli di Lazada dan Shopee sudah tentu selamat

Jom Buat Sendiri Topeng Muka

Kata orang tua, tiada rotan pun akar pun berguna. Jom kita belajar cara buat topeng muka sendiri.

Sejak wabak coronavirus Covid-19 topeng kehabisan stok. Jadi boleh buat topeng muka sendiri.
Sejak wabak coronavirus Covid-19 permintaan mask atau topeng muka semakin mendadak hingga kehabisan stok di pasaran.

Video ini boleh membantu anda membuat topeng muka sendiri. Ia senang dibuat, dan kosnya jauh lebih murah.

Cara Buat Topeng Muka Sendiri – hanya Perlu Kertas Tisu

Pemilik video ini menunjukkan cara nak buat mask atau topeng sementara.

Saya minta izin pemilik video ini bagi berkongsi dengan orang ramai cara beliau membuat mask sendiri.

Bahan Membuat Topeng Muka (tonton video)

  1. Dua helai tisu untuk dibuat mask
  2. Dua helai getah untuk dijadikan pengikat ke telinga
  3. Stapler bagi mengetip dua helai getah itu kepada tisu.

Cara Membuat Topeng Muka (tonton video)

  1. Ambil dua helai tisu dan dilapiskan
  2. Buat lipatan lebih kurang satu inci dan dilipat-lipat sebantak 5-6 lapis.
  3. Ambil dua helai getah dan distaplekan pada setiap hujung mask tadi.
  4. Buka tisu itu dan jadilah sekeping mask
  5. Dah boleh gunakan mask atau topeng muka itu.

Mask atau Topeng Muka Hanya Sementara

Mask atau topeng muka buat sendiri ini bukanlah pengganti mask yang dijual di pasaran. Ia sekadar sementara sahaja dan ia bertepatan dengan pepatah Melayu – ‘tiada rotan, akan pun berguna’.

Cara Buat Sendiri Hand Sanitizer

Dapatkan Doxtecream hari ini bagi mengilangkan sakit lutut dan sendi-sendi
Cara hilangkan sakit lutut dengan Doxtecream
Advertisements

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd, blogger dan agen hartanah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.