Buat Blog – Pengalaman Tanpa Pergi Kursus

Buat Blog di Blogspot dan WordPress

Buat blog, satu pengalaman tanpa pergi kursus – itu yang saya nak dikongsi dalam blog ini.

Kira-kira 10 tahu dahulu saya buat blog di Blogspot. Dan saya belajar sendiri dan pengalaman datang sendiri.

Bagaimana pun satu tahun lepas saya mula buat dan menulis blog dengan gunakan pelantar WordPress. WordPress lebih mudah dan mesra menggunakannya.

Artikel saya ini sangat sesuai dibaca oleh mereka yang tidak ada pengalaman langsung dalam membuat dan menulis blog.

Tip-tip membuat blog dalam artikel ini hanya asas sahaja.

Bagi mereka yang mahukan blogging sebagai satu kerjaya, atau menggunakan blog untuk perniagaan, sangat sesuai menghadiri kursus yang bersesuaian.

Mrmbuat blog membolehkan anda berhubung dengan luar secara online.
Membuat dan menulis blog membolehkan anda berkongsi pengalaman berharga kepada orang ramai.

Mengapa Ramai Minat Buat Blog?

Ada banyak sebab orang buat blog. Bila ada blog barulah boleh menulis. Antara sebab orang buat dan menulis blog ialah:

Mahu berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang ada pada mereka seperti pengalaman bekerja dan pengetahuan memasak.

Blog ialah tempat mengeluarkan pendapat terutama mengenai isu semasa dalam bidang politik, sosial, ekonomi, perniagaan dan keugamaan.

Dalam zaman online ini, ramai yang buat blog untuk berniaga. Mereka akan kerap menulis artikel yang berkaitan bisnes mereka.

Blog juga tempat menulis hobi – hobi memancing, hobi melancong, hobi memelihara ternakan dan hobi mengumpul barang antik.

Blogging atau menulis blog juga sebagai tempat mengisi masa lapang. Orang bersara yang umur 60-an akan menjadi blog sebagai tempat menulis satu-satu isu dan dapatlah berinteraksi dengan kawan-kawan akan tajuk yang ditulis.

Buat Blog Ibarat Buat Rumah – Satu Pengalaman Yang Menyeronokkan

Membuat blog, analoginya sama macam membuat sebuah rumah.

Blog ibarat sebuah rumah – ia harus dibina, ada pembuatnya, ada pemilknya, ada alamat dan ada bilik di dalammya.

Macam rumah atau kondo – ada blog besar dan ada blog kecil. Blog pun ada kos pengurusannya yang dibayar setiap bulan atau tahun.

Blog seperti rumah – ia boleh dibuat sendiri atau diberi upah membuatnya.

Menulis blog boleh diibaratkan meletakkan perhiasan atau barang berharha dalam rumah. Jika setiap masa kita menulis blog, maka setiap masa barang berharga akan masuk ke dalam rumah.

Jika anda pengalaman macam saya, tentu anda setuju!

Menulis Artikel dan Buat Blog – Tip-Tip Penting

Tip bagi membuat blog dan menulis artikel samada tempat berkongsi pengalaman dan menulis hobi.
Tips membuat blog dan menulis artikel
  1. Menulis blog yang berkenaan isu semasa atau trending tentu ia menarik minat pembaca.
  2. Adalah disyor menulis dengan gaya bahasa yang mudah sebab artikel kita dibaca oleh semua orang.
  3. Semasa menulis elok didahulukan yang mana penting kerana kita mahu pembaca tidak terlepas baca benda penting.
  4. Apabila anda menulis sesuatu ayat anda hendaklah tahu mengapa anda menulis ayat itu.
  5. Penulisan yang menarik ialah ada ayat pendek dan ada ayat sederhana panjang. Elakkan menulis panjang-panjang kerana kita bimbang pembaca boring.
  6. Jika anda menulis artikel berbantuk untuk menjual produk, anda mesti menulis apa masalah yang hendak diselesaikan, beri cadangan produk dan bagaimana produk itu boleh selesaikan masalah.
  7. Pengalaman – ya, ia banyak membantu menulis – tip yang yang berharga.

Tempat Promote Blog dan Artikel di Blog Orang Lain

Anda mahu artikel dibaca oleh orang ramai. Jika anda tidak mengambil tindakan, artikel akan tinggal artikel. Buat penat menulis.

Cara mudah ialah buat pautan artikel anda kepada artikel atau blog orang lain. Untuk membuat pautan ialah dengan memberi komen kepada artikel orang lain dan meletakkan link artikel anda pada ruangan URL.

Di ruangan ‘nama’ jangan letak nama anda. Anda letakkan keyword artikel anda. Jika artikel anda mengenai pelancongan ke Pulau Redang, anda boleh tulis ‘Tarikan Pulau Redang’, jangan tulis nama anda Ahmad. Ia dalah pengalaman saya.

Ada kemungkinan pembaca lain akan klik keyword itu dan pergi ke artikel anda.

Berikut ialah beberapa blog di mana ada banyak berita atau artikel dan anda boleh bagi komen dan meletak link.

Addindeen

Blog Chedet (blog Tun M)

PJ Blogspot

Mindarakyat

Ibnu Hisyam

HasrulHassan

KakSu

Blog Sabree Hussin

IncheNaim

Ben Ashaari

Zyan.my

Membuat Komen Pada Blog Portal Berita

Anda boleh popularkan blog dan artikel anda pada portal berita online. Caranya mudah.

  1. Pada ruangan komen: tulis komen
  2. Di ruangan email: tuliskan email anda
  3. Pada ruangan nama: tulis keyword yang anda mahu (mesti berkaitan dengan artikel)
  4. Ruang website: letakkan link artikel

Link Portal Online

Anda boleh memperkenalkan blog dan artikel secara kerap di sini:

malaysiagazette.com

Majalah Labur

The Voice

Facebook dan Twitter

Twitter dan Facebook adalah dua tempat paling popular dan mudah untuk promote blog dan artikel. Mereka yang ada pengalaman boleh syer di ruangan komen di bawah.

Facebook

Di Facebook, anda boleh buat Page dan Group. Anda digalakkan menyertai group yang anda suka. Tempat-tempat ini boleh mempopularkan diri, artikel dan blog anda.

Adalah digalakkan penuhkan kuota 5,000 friend pada facebook profile dan dari situ anda boleh invite mereka join group dan Page anda.

Anda juga boleh invite friend bagi join group lain.

Lakukan posting artikel anda sekerap mungkin di tempat Facebook yang dinyatakan di atas.

Twitter

Penulis boleh buat catatan ringkas dan letakkan link anda sekali semasa membuat posting di Twitter.

Anda boleh memilih topik di Twitter supaya artikel yang diposting ada kaitan dengan topik.

Whatsapp dan Telegram

Dari pengalaman, Telegram dan Whatsapp ialah tempat paling senang promote artikel dan blog.

Biasanya kita diajak join group iklan atau group yang berkaitan dengan hobi, penduduk, kawan-kawan sekolah, kawan-kawan universiti.

Kebanyakan group di atas mengenali kita, jadi mudah mereka nak menerima artikel atau blog kita.

Kita juga boleh posting artikel blog kita secara individu dan tentu mereka akan membacanya.

Sentiasa Tingkatkan Kualiti Menulis Blog

Ilmu dan amal adalah dua komponen meningkatkan kualiti penulisan. Ada banyak sumber copywriting bagi menjadikan tulisan anda berkesan.

Selalu menulis ibarat mengasah parang, lama-lama menulis akan menjadi tajam penulisan.

Pengalaman menulis akan meningkatkan tahap kualiti penulisan anda.

Jika blog anda berkualiti ia secara semula jadi promote blog anda tanpa usaha dan kos. Ini kerana mereka akan menjadi ‘follower’ anda. Setiap kali anda menulis artikel, follower anda akan mendapatnya melalui email.

Idea dan Bahan Menulis Artikel di Blog

Biasa kita boleh menulis artikel dengan berpandukan kepada minat dan pengalaman. Tetapi, kita bukan mahir dalam semua bidang.

Cara yang terbaik ialah mencari artikel dari blog orang lain atau dari portal berita dan menulis balik artikel tersebut.

Tetapi kita wajib menghormati hak cipta orang lain. Caranya ialah pada akhir artikel kita letakkan sumbernya dan meletakkan link asal. Penulis asal tentu gembira dengan cara itu.

Saya gunakan perkataan ‘adaptasi’ kerana biasanya saya akan edit dan menambah sumber lain bagi menjadikan ia satu artikel sendiri. Itu adalah pengalaman saya.

Sumber Idea Menulis Artikel di Blog

Anda boleh pergi ke portal akhbar online berikut:

Sinar Harian

BH Online

Mingguan Wanita

Malaysiakini

Mesra Google – Search Engine Optimisation (SEO) – Penting Dalam Buat Blog!

Apabila kita membuat artikel, kita mahu artikel kita keluar pada muka surat pertama dan kedua apabila orang cari di Google, lainlah kita menggunakan iklan Google Ads.

Saya menggunakan istilah ‘mesra Google’ kerana istilah SEO ialah istilah teknikal dan orang baru tentu tak paham.

Jika artikel kita mesra Google, artikel mudah dijumpa di Google apabila orang mencari dengan menggunakan kata kunci (keyword) tertentu.

Sebenarnya, kita tak tahu rahsia Google yang sebenarnya kerana dia pun sentiasa ada mengubah tektiknya.

Tapi jika berminat dalam dalam bidang mesra Google, kita kena belajar. Tapi pada asasnya mesra Google adalah benda yang logik apabila kita membuat artikel.

Contohnya, sebuah artikel mesti ada tajuk dan sub heading. Lebih baik jika ada satu dua foto. Satu artikel tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang.

Setiap artikel mesti mengenai sesuatu perkara maka perkara itu ialah kata nama (keyword).

Jika anda menulis artikel mengenai ‘cara membuat sup kepala ikan’ tentulah tajuk, kandungan artikel mesti kita banyak jumpa keyword ‘sup kepala ikan.’

Tetapi, jika tajuk anda ‘Cara buat sup’ tapi ceritanya banyak ‘sup kepala ikan’ tentu tajuk itu macam tak relevan sangat dengan fokus penulisan artikel.

Jika ada kelapangan, saya akan buat artikel khas mengenai topik ‘mesra Google.

Nasihat dan Panduan Buat dan Menulis Blog

Belajar Copywriting

Jika anda mahu meningkatkan ilmu dalam copywriting, saya syorkan anda memiliki Copywriting Junior 3.0

Headline Power Giler

Jika anda ada masalah nak buat tajuk artikel, saya syorkan anda memiliki 105 Template Headline Padu

Tiru Macam Saya – Gunakan WordPress

Setelah ada pengalaman menggunakan Blogspot dan WordPress saya cadangakan menggunakan WordPress.

WordPress sesuai untuk mereka yang mahukan blog yang friendly, mudah mengggunakan dan mahu kelihatan profesioanal dalam blogging.

Klik WordPress untuk join.

Memiliki Ready Made Blog Dengan Lebih 20 Artikel

Jika anda hendakkan sebuah blog yang siap dengan nama sub-domain dan ada lebih 20 artikel di dalamnya, anda boleh memiliki Nak Miliki Blog Sendiri Yang Boleh Buat Duit?

Ia samalah seperti membeli rumah sudah siap, masuk hanya basuh kaki sahaja.

Kelebihan ready made blog ini ialah anda boleh mengedit lebih 20 artikel sedia ada dan menambahkan artikel sendiri.

13 Sebab Orang Buat Bisnes Online Dengan Shopee

Advertisements

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd, blogger dan agen hartanah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.