Kesan Covid 19 Ke Atas Ekonomi Malaysia dan Dunia

Wabak Covid-19 telah menyebabkan pasaran saham dunia menjunam 21%, dan ia hampir menyamai kesan Perang Dunia Kedua, 1940, jatuh 25%.

Advertisements

Coronavirus Civid 19 Ialah Satu Bencana!

Kesan Covid 19 – apa impaknya ke atas ekonomi? Satu wabak yang telah membunuh tidak kurang 75,000 manusia di seluruh dunia.

Bencana alam seperti banjir, gempa bumi, peperangan, halangan perdagangan dan penyakit boleh melumpuhkan sesebuah ekonomi.

Penyakit dan wabak corona virus atau dikenali dengan Covid-19 ternyata memang boleh melumpuhkan sesebuah ekonomi selagi ia gagal dikawal.

Kedudukan terkini Jangkitan wabak Covid-19 Satu Dunia. Klik link di bawah:

https://www.worldometers.info/coronavirus/

Rumusan – Hingga 8 April 2020

Jumlah Kes: 1,436,841
Kematian: 82,421
Berjaya dipulihkan: 303,728

Empat Negara Paling Banyak Kes (Dalam kurungan bilangan kematian)

  1. USA – 400,549 (12,857)
  2. Spain – 141,942 (14,045)
  3. Itali – 135,586 (17,127)
  4. France – 109,069 (10,328)

Bagaimana Coronavirus Covid-19 Sangat Bahaya dan Mudah Tersebar!

Video di bawah ini menunjukkan bagaimana virus Covid-19 tersebar dengan mudahnya.

Video menunjukkan bagaimana virus Covid-19 tersebar di kalangan manusia

Nasihat Tun Dr Mahathir Mengenai Wabak Virus Covid-19

Tun M menerangkan bahaya wabak ini yang telah menyerang banyak negara dan memberi nasihat bagaimana kita boleh mengelakkannya memandangkan belum ada ubat untuk mengubat penyakit Covid-19

Jika ada virus Covid-19 pada tangan, pakaian dan badan anda, ada kemungkinan anda adalah penyebar penyakit ini.

Ini kerana virus yang ada dalam badan anda akan keluar dari badan anda bila anda batuk atau terbersin. Orang yang dekat dengan anda kurang dari satu meter akan terkena virus Covid-19.

Bila anda batuk dan terbersin dan meletakkan tangan pada mulut, virus itu mungkin melekat pada muka dan badan anda pula.

Kota Mekah Lumpuh Setelah Serangan Virus Corona Covid-19

Masjid Al-Ahram sunyi sepi tiada orang di musim Covid-19 ini

Dari video di atas jelas pemandangan kota Mekah mengerikan. Ia macam kita menonton filem Barat di mana sesebuah pekan atau kampung kosong kerana ada serangan binatang, helang atau gangguan hantu.

Larangan memasuki kota Mekah adalah bagi mengawal wabak virus Covid 19. Ini kerana ada kemungkinan orang asing yang datang ke Mekah pembawa virus Covid-19.

Satu cara memenuhkan masa zaman kemelesetan ekonomi ialah menulis
Rahsia bagaimana penulisan boleh menjana pendapatan lumayan
Advertisements

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd, blogger dan agen hartanah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.