Abam Bocey Meninggal Dunia Kecoh Harta Pusaka Yang Ditinggalkan

Sebelum harta pusaka dibahagi kepada waris, waris kena pastikan hutang arwah dengan Allah dan manusia dijelaskan dahulu.

Heboh pasal harta pusaka Abam Bocey.

Kalau tak tahu bab harta pusaka memang kecoh! Semua orang rasa ada hak ke atas harta pusaka – baik isteri, baik emak, baik adik, baik abang, baik mak mertua.

Telebih dahulu nak ucap takziah kepada kaum keluarga Abam Bocey. Mari kita doakan supaya rohnya dihimpunkan bersama orang yang soleh. Amiin.

Abam Bocey telah meninggal. Meninggal  umur muda. Beliau meninggal muda, dan meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki.
Berita Harian – Abam Bocey

Banyak juga kita baca kesah arwah ini semasa hidupnya. Meninggal umur muda dan meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki.

Dari pembacaan, Abam Bocey orangnya baik. Cukup jaga ibunya. Banyak pula bersedekah.

Meninggal dunia waktu pagi, tanpa sakit dan mudah perginya.

Dengar cerita, tengah malam sebelum pergi buat selama-lamanya, arwah sempat mandi waktu malam dan memotong kuku di siangnya.

Hak Harta Pusaka Abam Bocey

Ada terbaca kesah harta pusaka Abam Bocey ini.

Dari pembacaan, nampak macam ada tak kena di kalangan ahli keluarga pasal harta pusaka Abam Bocey. Kita anggap mereka kurang paham bab harta pusaka ini.

Harta pusaka hanya merujuk kepada orang Islam sahaja. Bila sebut harta pusaka, ia bermakna pembahagian harta pusaka mesti mengikut hukum Faraid.

Difahamkan, Abam Bocey ada ibu, ada isteri, ada anak lelaki kecil berumur setahun dan adik beradik lelaki dan perempuan.

Sebelum harta pusaka diagihkan kepada waris, waris kena pastikan arwah tidak mempunyai hutang.

Ada dua hutang yang menjadi kewajipan waris melunaskannya, iaitu hutang dengan Allah dan hutang dengan manusia.

Hutang dengan Allah termasuklah haji yang belum ditunaikan dan jika nazar yang belum ditunaikan. Hutang dengan manusia termasuk hutang bank, hutang kad kredit, hutang dengan kawan-kawan.

Ada anak lelaki walaupun umur sehari, akan menghalang adik-beradik abam bocey dari memiliki harta pusaka aba.
Ada anak lelaki walaupun umur sehari, dengan sendirinya menghalang adik-beradik arwah dari memiliki harta pusaka arwah. Itulah hukum faraid.

Ikut hukum Faraid, isteri arwah Abam Bocey akan dapat 1/8 harta. Ibu arwah dapat 1/6. Maka baki harta akan dapat kepada anak lelaki Abam.

Waris-waris lain seperti adik-beradik tidak ada hak ke atas pusaka, simpanan dan pelaburan Abam Bocey.

Oleh kerana Abam ada anak di bawah umur 18 tahun, maka harta, simpanan dan pelaburan itu akan dijadikan harta anak amanah dan akan dipegang oleh datuk anak kecil itu atau sesiapa yang dipersetujui semasa bicara kuasa harta pusaka.

Mungkin isteri Abam atau adik arwah akan memegang harta tersebut.

Abam Bocey Ada Buat Wasiat?

Bagaimanapun, kena tengok samada Abam Bocey semasa hidup ada membuat wasiat atau tidak, dan dalam wasiat siapa yang dilantik menjadi penjaga harta anaknya itu.

Jika Abam ada melantik isterinya sebagai penjaga harta, maka harta pusaka anak kecil itu akan dipegang oleh isteri Abam sehingga anak itu berumur 18 tahun.

Wasiat Boleh Mencegah Dosa

Perlantikan orang ketiga semasa hidup Bocey mampu mencegah dosa kerana bertelingkah harta pusaka.
Perlantikan orang ketiga semasa hidup (wasiat) mampu mencegah dosa kerana bertelingkah harta pusaka

Masalah harta pusaka termasuk salah faham dan perbalahan dapat dielakkan sekirannya semasa hidup kita membuat wasiat dan melantik syarikat amanah dalam menguruskan harta pusaka kemudian hari.

Bila kita meninggal, waris akan menghubungi syarikat amanah. Syarikat amanah akan memanggil semua waris dan membacakan wasiat.

Syarikat amanah akan memberitahu waris yang pewasiat telah melantik syarikat amanah bagi menguruskan harta pusakanya.

Perlantikan syarikat amanah membolehkan harta pewasiat dikumpulkan dan diagihkan kepada waris yang berhak setelah ditolak semua hutang si mati. Asas pembahagian ialah mengikut hukum faraid.

Video Penerangan Matlamat dan Sebab Orang Membuat Wasiat

Matlamat dan Sebab Orang Membuat Wasiat

Pertanyaan Perancangan Harta

Sebarang pertanyaan, sila hubungi melalui group Telegram saya atau wasap saya 013 366 1242.

Abd Rahaman A Rasid

Cara Berkesan Uruskan Harta Pusaka Tanpa Turun Naik Mahkamah

Cara Membuat Wasiat Dengan Syarikat Amanah As-Salihin Trustee Bhd

Cara Hibahkan Syarikat Sendirian Berhad Dengan Khidmat Syarikat Amanah

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd, blogger dan agen hartanah

Discover more from Blog Rahaman

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading