Maznah Hamid Tinggalkan Legasi Keusahawanan

Legasi keusahawanan boleh dibentuk dengan perancangan yang rapi…

Advertisements

Datuk Maznah Abdul Hamid dikagumi kerana semangat kepimpinan dan keusahawanannya serta tokoh masyarakat disayangi yang terkenal dengan gelaran “The Iron Lady”.

Maznah Hamid pengasas syarikat keselamatan Securiforce. Beliau juga dikenali sebagai iron lady.
Maznah Hamid pengasas syarikat keselamatan Securiforce

Maznah Hamid Dengan Perniagaan Industri Keselamatan

Dalam industri keselamatan yang biasanya dikuasai kaum lelaki, beliau meninggalkan nama sebagai pengasas Securiforce dan menerajui syarikat tersebut untuk menjadi antara syarikat menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia.

Maznah Hamid, seorang daripada usahawan wanita Melayu yang terkenal di Malaysia, keazamannya untuk berjaya dalam dunia perniagaan terserlah melalui kejayaannya membangunkan syarikat Securiforce dengan bermodalkan RM5,000.

Securiforce Group dimana beliau menjadi pengerusi eksekutif, telah berkembang kepada lebih 65 cawangan dalam tempoh lebih 30 tahun dengan menawarkan pekerjaan kepada kira-kitra 6,000 orang. Ia hasil kejayaan seorang wanita yang dilihat sebagai simbol kuasa wanita yang berpegang teguh kepada kepercayaan bahawa “modal utama dalam perniagaan adalah diri anda”.

Maznah Hamid yang meninggal pada bulan Oktober 2017 telah dilahirkan di Jerlun, Kedah. Maznah mempunyai ijazah PhD Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Pembangunan Insan dari Central State University di New York.

Beliau bertanggungjawab bagi penubuhan Pusat Motivasi Maznah yang menjalankan seminar mengenai perniagaan dan pembangunan insan.

Ciri kepimpinan dan keusahawanannya yang cemerlang dimanfaatkan dengan sebaiknya apabila beliau diberikan peluang untuk mengendalikan program motivasi melalui radio dan televisyen, mengukuhkan reputasinya sebagai seorang yang tidak keberatan berkongsi rahsia kejayaan dengan orang lain.

Memberi dorongan kepada orang lain ke arah kejayaan juga menjadi matlamatnya apabila beliau menghasilkan sebuah buku bertajuk “Motivasi Memburu Kejayaan” (3K – Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan).

Di Securiforce, beliau menyalurkan dedikasi dan keupayaan pengurusan untuk mempelbagaikannya ke dalam pelbagai anak syarikat yang terlibat dalam bidang pembangunan hartanah dan logistik.

Maznah aktif dalam pelbagai organisasi dengan memegang jawatan-jawatan penting yang menepati keupayaan dan pengalamannya yang luas.

Antaranya, beliau ialah naib presiden Persatuan Usahawan Wanita Dunia (FCEM), presiden Malaysian Association of Professional Speakers (MAPS) dan ahli Majlis Pelan Tindakan Pembangunan Ummah di Jabatan Perdana Menteri.

Beliau juga ahli lembaga pengarah Golden Hope Plantations Berhad, ahli lembaga pengarah Yayasan Sultanah Bahiyah dan fellow Sekolah Pembangunan Sosial Universiti Utara Malaysia.

Maznah juga meninggalkan nama dalam politik termasuk ahli Majlis Eksekutif Wanita Umno, Ketua Wanita Umno Kedah dan pengerusi Biro Keusahawanan Wanita Umno.

Atas sumbangan Maznah Hamid, beliau menerima banyak penghargaan seperti Masterclass Women Entrepreneur of The Year pada Kongres SME & Anugerah Dinar Emas 2016; Anugerah Kepimpinan Ikon Cemerlang Asia Pasifik 2014; dan Entrepreneur Extraordinaire Award – Anugerah Usahawan Wanita Kebangsaan 2008.

Beliau meninggalkan suami Datuk Seri Shaheen Mirza Habib dan 5 orang anak.

Bagaimana Tinggalkan Legasi Keusahawanan Dengan Hibah Perniagaan?

Legasi keusahawanan boleh ditafsirkan memindahkan hak milik perniagaan kepada waris semasa hidup melalui hibah perniagaan.

Pindah milik sebenar kepada waris dibuat selepas kematian pemilik oleh syarikat amanah yang dilantik.

Hibah perniagaan ini dapat menjamin perniagaan dapat diteruskan oleh waris tanpa mengganggu proses pembahagian pusaka bagi harta-harta lain pemilik.

Untuk mengetahui program hibah perniagaan sila klik:
Tip Membina Pewarisan Perniagaan Dengan Hibah

Bagaimana Menyediakan Hibah Yang Berkesan

Artikel ini telah diadaptasi dari:
Iron lady’ Maznah tinggalkan legasi keusahawanan

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Advertisements

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd, blogger dan agen hartanah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.