Cara Uruskan Harta Pusaka Tanpa Turun Naik Mahkamah

Bukan mudah waris nak uruskan harta pusaka yang terbeku selepas kematian ahli keluarga. Bayangkan jika harta si mati melebihi RM2 juta kena pergi Mahkamah Tinggi, kena pakai lawyer, kena datang bicara kuasa.

Jika Anda Busy, Anda Boleh Dengar Ceramah CEO As-Salihin Trustee Bhd Mengenai Pengurusan Harta Pusaka

Perkara-Perkara Yang Menghantui Waris

Jika harta si mati melebihi RM2 juta ia akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Jumlah harta pusaka melabihi RM2 juta akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi

Perkara-perkara yang akan datang menghantui waris selepas kematian arwah:

  • Siapa yang ada masa nak uruskan harta pusaka arwah?
  • Siapa yang ada senarai aset-aset arwah?
  • Siapa tahu hutang-hutang arwah? Siapa yang nak uruskan dengan bank?
  • Siapa dia lawyer yang ada pengalaman uruskan harta pusaka di Mahkamah Tinggi?
  • Berapa kos kena bayar dahulu kepada peguam untuk buka fail? RM5,000 atau RM10,000
  • Siapa di kalangan ahli waris boleh mendahulukan kos guaman
  • Siapa ahli keluarga yang boleh dipercayai mengurus dan membahagi harta arwah
  • Arwah kahwin dua dan ada anak-anak, siapa yang boleh tolong jumpa isteri nombor dua dan anak-anak mereka?
  • Siapa yang tahu hukum faraid?

Buat Wasiat Adalah Penyelesaian Terbaik

Wasiat ialah satu dokumen yang dibuat oleh pewasiat mengenai pengurusan hartanya selepas kematiannya. Wasiat boleh dibuat dengan as-Salihin Trustee Berhad - sebuah syarikat perancangan harta terbesar di Malaysia.
Wasiat ialah satu dokumen yang dibuat oleh pewasiat mengenai pengurusan hartanya selepas kematiannya

Wasiat ialah satu pesanan biasa. Wasiat tidak memberi apa makna sehinggalah pewasiat itu meninggal dunia.

Wasiat boleh terus diubah dan ditambah sehinggalah wasiat terakhir yang diterima pakai oleh mahkamah Syariah.

Wasiat tidak boleh mengatasi hukum faraid kerana Hukum Faraid telah dinyatakan dalam Al-Quran tentang hak waris-waris akan harta si mati.

Bagaimana pun, jika wasiat membahagi harta kepada bukan waris seperti anak angkat dan wakaf harta kepada badan kebajikan dan pelajaran – maka wasiat itu terpakai tetapi setakat 1/3 daripada harta bersih si mati.

Adakah Wasiat Masih Relevan?

Jawapannya YA. Ini kerana dalam zaman sekarang wasiat dikaitkan dengan pentadbiran harta pusaka – siapakah yang layak menguruskan harta pusaka yang terbeku selepas kematian pewasiat.

Pada prinsipnya wakil warislah yang patut mentadbir dan membahagikan harta pusaka kepada waris yang berhak selepas dijelaskan hutang si mati dan wasiat 1/3 kepada bukan waris.Bagaimanapun di Malaysia, pembahagian harta pusaka adalah tertakluk kepada undang-undang yang sedia ada.

Contohnya, jika jumlah harta kasar si mati melebihi RM2 juta, maka ia mesti diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. Bila berhadapan dengan mahkamah kita kena melantik peguam syariah kerana mereka yang berhadapan dengan hakim. Ia akan menjadi rumit apabila waris-waris berebut harta pusaka dan ia semakin komplikated apabila harta itu dalam bentuk syer dan bon.

Tetapi, mereka yang sudah tahu kesukaran membahagikan harta pusaka di Mahkamah sudah siang-siang lagi membuat wasiat dan melantik syarikat amanah seperti as-Salihin Trustee Bhd sebagi wasi dan pentadbir harta pusaka.

Wasiat as-Salihin Trustee Berhad

Kebaikan melantik as-Salihin Trustee Bhd sebagai wasi berbanding melantik peguam-peguam syariah di luar ialah pengalaman dan kebolehpercayaan.

Waris-waris tidak perlu bersusah payah menguruskan harta pusaka si mati. Waris-waris tidak perlu turun naik Mahkamah Tinggi untuk membahagi harta pusaka.

As-Salihin sudah berada lebih 15 tahun pengalaman dan bergelumang dengan isu dan masalah pentadbiran harta pusaka dan ini membolehkan as-SalihinTrustee Berhad semakin matang dan cekap.

Perlantikan peguam-peguam di luar ada risikonya. Pengalaman peguam yang berpengalaman kita kena selidik dahulu.

Ada kemungkinan peguam luar ini sibuk dan melambat-lambatkan kes untuk di bawa ke mahkamah.

Kita juga tak mahu risiko kes tuntutan ini terbiar apabila peguam sudah meletakkan jawatan dalam firma guaman dan berpindah ke firma lain atau bertukar profesion menjadi ahli perniagaan atau melanjutkan pelajaran.

Kos pengurusan yang dikenakan oleh as-Salihin adalah telus dan munasabah. Bila kita melantik peguam luar, ada kemungkinan kita dikenakan caj guaman yang yang tidak munasabah – lebih-lebih lagi harta si mati berjuta-juta ringgit.

Mereka yang bijak disyor membuat wasiat dengan as-Salihin Trustee Berhad atau syarikat amanahlain. Ini bagi mempastikan kecekapan pengurusan harta pusaka dapat dibahagikan kepada semua waris dalam masa yang paling cepat.

Waris juga mahu memastikan ada wasiat seperti wakaf dan sedekah si mati dapat disempurnakan dengan cara yang boleh dipercayai dan cepat.

Anda Ingin Membuat Wasiat?

Sekiranya anda memutuskan mahu membuat wasiat dengan as-Salihin Trustee Berhad, sila hubungi kami:

Abd Rahaman Rasid
Perancang Harta
as-Salihin Trustee Bhd
Tel: 013 366 1242 Email: abdrahaman@gmail.com

Enam Dalil Anda Patut Membuat Wasiat

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd dan Blogger

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.