Persepsi Rasuah Bertambah Baik Di Bawah Pakatan Harapan

Reputasi CPI Malaysia untuk tahun 2019 boleh disyukuri kerana ia melonjak 10 mata tangga dari tempat 61 pada tahun 2018 hingga ke tempat 51. Ia merupakan pencapaian negara dalam indeks global yang melibatkan 180 negara di seluruh.

Reputasi CPI Malaysia untuk tahun 2019 boleh disyukuri kerana ia melonjak 10 mata tangga dari tempat 61 pada tahun 2018 hingga ke tempat 51. Ia adalah pencapaian negara dalam indeks global yang melibatkan 180 negara di seluruh.

Sewaktu warganegara Malaysia yang berketurunan Cina sibuk menyambut Tahun Baru Cina, banyak akhbar pada 24 Januari 2020 menyebarkan berita baik bagi Malaysia berkaitan Indeks Persepsi Rasuah (Corruption Perceptions Index atau CPI) 2019 yang diterbitkan oleh Transparency International.

Transparency International Malaysia (TI-M) ialah badan yang memperjuangkan ketelusan, tidak berlaku rasuah dan penyelewengan dalam pentadbiran sesebuah negara. Badan induknya ialah Transparency International. Ia merupakan pertubuhan dunia yang mengepalai gerakan membasmi rasuah, mengeluarkan indeks rasuah yang menyenaraikan kedudukan negara-negara berdasarkan markah.
Transparency International Malaysia (TI-M) ialah badan yang memperjuangkan ketelusan, tidak berlaku rasuah dan penyelewengan dalam pentadbiran sesebuah negara.

Apabila Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan mengumumkan perkembangan positif itu pada 23 Januari lalu (2020), beliau menjelaskan bahawa pembaikan imej Malaysia didorong oleh tindakan tegas kerajaan dalam merungkai pelbagai skandal negara seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd (SRC), FELDA dan Tabung Haji.

Nampaknya usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk memperbaiki prestasi negara dalam pembanterasan rasuah sudah mula menampakkan hasil.

Reputasi CPI Malaysia untuk tahun 2019 boleh disyukuri kerana ia melonjak 10 mata tangga dari tempat 61 pada tahun 2018 hingga ke tempat 51. Ia adalah pencapaian negara dalam indeks global yang melibatkan 180 negara di seluruh.

Seperti yang kita ketahui, bulan Mei 2018 merupakan permulaan fasa peralihan kuasa daripada kerajaan Barisan Nasional ke pada kerajaan PH. Dari tangga 62 bagi CPI tahun 2017, negara kita hanya meningkat satu mata tangga iaitu ke tangga 61 selepas tumbangnya kerajaan BN.

Selain lonjakan tempat dalam kalangan 180 buah negara dunia, Malaysia mencatatkan peningkatan skor sebanyak enam mata daripada skor 47 kepada 53. Sudah tentu itu amat memberangsangkan kita selaku rakyat Malaysia.

Skor CPI ditentukan mengikut 13 penilaian daripada kumpulan pakar yang berkaitan. Ia bersandarkan tahap persepsi rasuah dalam sektor awam, mengikut skala antara sifar yang dianggap sebagai paling rasuah dengan 100 yang dikira sebagai paling bersih.

Tindakan kerajaan PH membongkar pelbagai skandal meliputi agensi pelaburan berkepentingan awam adalah satu usaha yang dihargai oleh rakyat Malaysia yang prihatin serta sayang akan pembangunan di Malaysia. Pada masa yang sama ia diperhatikan oleh dunia.

Sejak Pakatan Harapan memerintah, kita melihat bagaimana beberapa pemimpin politik sudah didakwa oleh SPRM berikutan tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram. Faktor lain yang mempengaruhi peningkatan CPI Malaysia ialah kebebasan media untuk terus membongkar kes atau skandal mega demi kepentingan awam.

Satu perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini adalah usul supaya anggota kerajaan mengisytiharkan aset masing-masing. Ini memperbaiki lagi imej kerajaan walaupun ia tidak dihargai oleh mereka yang bersikap sinis terutama kumpulan pemimpin politik pembangkang.

Kejayaan Malaysia dalam usaha memperbaiki persepsi tentang rasuah perlu dihebahkan seluas-luasnya. Usaha ini mestilah terus digalas oleh setiap lapisan rakyat.

Semoga usaha pembanterasan rasuah yang terus dipertingkatkan membolehkan persepsi rasuah di negara Malaysia melonjak lagi untuk tahun 2020 ini, insya-ALLAH. Syabas Kerajaan PH.

Rencana ini telah diadaptasi dari rencana asal “Persepsi rasuah bertambah baik” yang ditulis oleh kolumnis Profesor Datuk Dr Mohamed Hatta Shaharom iaitu Pengerusi Lembaga Pengelola DBP.

Enam Dalil Anda Patut Buat Wasiat

Apa Kerajaan Pakatan Harapan PH Buat Selama 5 Tahun Ini?

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd dan Blogger

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.