Apa Kerajaan Pakatan Harapan PH Buat Selama 5 Tahun?

Apa yang kita buat lebih bermakna daripada apa yang kita cakap!

Sumbangan kepada negara dan rakyat oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi tempoh lima tahun 2018-2023 akan menentukan masa depan PH khususnya dalam PRU-15. Artikel ini akan merekodkan kejayaan PH selama pemerintahannya.

Pakatan Harapan PH menjadi Kerajaan selepas menumbangkan Barisan Nasional pada PRU-14 2018.

9 Mei 2018, Pakatan Harapan (PH) mencipta sejarah baharu dalam politik negara apabila berjaya menamatkan penguasaan Barisan Nasional (BN) selama 60 tahun mentadbir negara apabila parti itu tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Tun Mahathir Mohamad telah dipilih sebagai Perdana Menteri.

Artikel ini bertujuan mencatitkan pencapaian Kerajaan PH sehingga ke hari ini untuk penilaian rakyat amnya.

Jika anda suka artikel ini sila bagi komen diruangan komen.

Bagaimana Meneruskan Pewarisan Perniagaan Dengan Hibah?

Pelan Pemulihan Tabung Bagi Menyelamatkan Simpanan Pelanggan

Empat buah hotel yang dipindahkan ialah  Th Hotel Kota Kinablu, TH Hotel Pulau Pinang, TH Hotel & Convention Centre Alor Star dan TH Hotel & Convention Centre Terengganu. Hotel itu akan ditamatkan operasi mulai 1 April 2020.
Empat hotel milik Tabung Haji dipindahkan ke SPV di bawah Kementerian Kewangan

Sebanyak 29 aset Tabung Haji yang rugi akan dipindahkan ke Syarikat Tujuan Khas (SPV) yang merupakan syarikat milik penuh Kerajaan.

Empat hotel itu adalah sebahagian daripada pemindahan aset yang terdiri daripada 29 aset hartanah, satu syarikat tidak tersenarai dan pegangan ekuiti yang mempunyai nilai RM9.63 bilion pada hari pemindahan ke SPV.

Empat buah hotel yang dipindahkan ialah Th Hotel Kota Kinablu, TH Hotel Pulau Pinang, TH Hotel & Convention Centre Alor Star dan TH Hotel & Convention Centre Terengganu. Hotel itu akan ditamatkan operasi mulai 1 April 2020.

Operasi empat hotel ini akan dipindah milik daripada THHR (TH Hotel and Residence Sdn Bhd) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJ) dan akan diuruskan di bawah pengurusan baru, UJ Property Management Sdn Bhd (UJPM).

UJPM ialah anak syarikat UJ.

Hotel-hotel akan dijenamakan semula dengan nama Raia Hotel mulai 1 April 2020.

Bagaimana Meneruskan Pewarisan Perniagaan Dengan Hibah?

Tabung Haji Menanggung Kos Visa Haji

Kerajaan Arab Saudi mengenakan caj visa 300 rial mulai tahun ini kepada semua jemaah haji satu dunia. TH akan membiayai kos visa itu melibatkan kos RM10 juta bagi tahun ini.
Kerajaan Arab Saudi mengenakan caj visa 300 rial mulai tahun ini kepada semua jemaah haji satu dunia.

Kerajaan Pakatan Harapan akan menanggung kos visa jemaah haji yang akan menunaikan haji mulai tahun ini, 2020. Kos yang dikenakan ialah 300 rial atau bersamaan RM326 bagi setiap jemaah.

Dengan anggaran 31,600 bakal haji tahun ini, TH dijangka membelanjakan RM10 juta bagi menanggung kos visa jemaah haji Malaysia.

Bagaimana Meneruskan Pewarisan Perniagaan Dengan Hibah?

Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Semakin Baik

Peningkatan Indeks Persepsi Rasuah negara atau CPI semakin baik di bawah Kerajaan Pakatan Harapan PH
Kedudukan persepsi rasuah di Malaysia semakin baik berbanding semasa pemerintahan sebelumnya.
Januari-2020.

Terdapat bukti penyakit rasuah negara berkurangan sejak pemerintahan Pakatan Harapan. Ini berdasarkan kepada laporan Transparency International Malaysia.

Kedudukan negara Malaysia melonjak 10 anak tangga kepada 51 daripada 180 negara dalam CPI TI untuk 2019 berbanding tangga ke-61 pada tahun 2018.

Malaysia berada di kedudukan ketiga terbaik di Asia dengan Singapura di kedudukan paling tinggi di Asia.

Bagaimana Meneruskan Pewarisan Perniagaan Dengan Hibah?

Sejarah: Kadar Tol PLUS Diturunkan 18% Tanpa Peningkatan Sehingga 2038

Langkah kerajaan PH itu akan membolehkan rakyat seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak menerima manfaat bernilai lebih RM26 bilion hasil penjimatan bayaran pampasan, dan pada masa sama, hak serta kepentingan pemegang saham syarikat PLUS - Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja - tidak terjejas.
Kadar tol PLUS diturunkan 18% dan kekal sehingga 2038. Penurunan kadar tol menjimatkan perbelanjaan rakyat RM26 bilion dan ia suntikan tambahan kepada ekonomi.

Penurunan kos pengangkutan mampu mengurangkan kos pengangkutan dan secara tidak langsung boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Mulai 1 Februari 2020 semua tol PLUS akan dikurangkan 18% dan ini satu sejarah kerana ia tidak melibatkan pampasan Kerajaan PH..

Dengan kadar tol baru ini, ia satu penjimatan kepada rakyat sebanyak RM26 bilion dan penjimatan ini dibelanjakan oleh rakyat yang secara langsung mengembangkan ekonomi negara.

Pada zaman BN kadar tol akan meningkat sekurang-kurangnya 5% setiap tiga tahun mengikut perjanjian konsesi. Contohnya, pada 1999 tempoh konsesi PLUS dilanjutkan selama 12 tahun dari 2018 hingga 2030, dengan kenaikan kadar tol 26 peratus setiap tiga hingga lima tahun sehingga 2016.

Pada zaman BN, kerajaan terpaksa membayar pampasan lebih RM3 bilion kepada konsesi untuk membekukan kadar tol.

Bagaimana Meneruskan Pewarisan Perniagaan Dengan Hibah?

Tekonologi 5G Bakal Pelonjak Ekonomi Negara

Teknologi Mudah Alih Generasi Kelima (5G) bakal menjadi komponen penting kepada Malaysia dalam mencapai status negara maju. Tun Dr Mahathir berkata 5G mampu memperkenal perkhidmatan baharu, pertingkatkan keberkesanan pengeluaran serta menggalak inovasi pada masa hadapan.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah melawat lokasi Projek Demonstrasi 5G di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi. Januari 2020.

Kerajaan Pakatan Harapan baharu sahaja memperkenalkan program perlaksanaan 5G di Malaysia.

5G atau generasi ke-5 adalah terma bagi menunjukkan teknologi rangkaian terkini. Buat masa ini teknologi 5G telah pun terpakai di negara maju contohnya Amerika Syarikat dan China.

5G dikaitkan dengan kelajuan internet – pantas drastik dari teknologi 4G yang ada sekarang.

5G diwujudkan untuk mengurangkan isu dan halangan yang ada pada rangkaian 4G sedia ada. Walaupun 4G mempunyai kadar kelajuan yang memadai, ia masih belum cukup untuk memenuhi permintaan teknologi baru.

Dari percubaan yang dibuat oleh beberapa telko tempatan, 5G mampu mencapai kelajuan melebihi 1 Gbps, berbanding kelajuan purata 4G yang mampu mencapai sekitar 100 Mbps.

Dengan negara semakin maju dalam ekonomi digital dan e-commerce yang semakin meningkat, maka usaha ke arah teknologi 5G adalah strategi yang tepat, dan secara tak langsung satu strategi mencapai status maju menjelang 2030.

Bagaimana Meneruskan Pewarisan Perniagaan Dengan Hibah?

Program E-Tunai

Program E-Tunai ialah satu program bagi meningkatkan sistem pembayaran tanpa tunai di kalangan rakyatnya. Tahniah Kerajaan Pakatan Harapan
Program E-Tunai bagi mengglakkan transeksi tanpa tunai di kalangan rakyat. Berita pada 21 Januari 2020

Program E-Tunai ialah satu program bagi meningkatkan sistem pembayaran tanpa tunai di kalangan rakyatnya.

Kebanyakan negara di dunia telah mengamalkan sistem pembayaran E-Dompet atau E-Wallet.

Dalam Bajet 2020, Kerajaan PH telah memperuntukan RM450 juta untuk disalurkan kepada sistem ekonomi bagi menggalakkan perbelanjaan langsung pengguna dengan pemberian RM30 seorang kepada pengguna yang layak.

Kerajaan telah melantik tiga syarikat E-Dompet bagi melaksanakan program E-Tunai ini iaitu: Grab, Boost dan Touch ‘n Go.

Mereka yang telah pun ada mana-mana e-dompet di atas bolehlah memohon secara online dari e-dompet itu dan tunggu Kerajaan mengkreditkan ke akaun pengguna.

Pengguna mempunyai tempoh lebih kurang dua bulan bagi membelanjakan RM30 itu. Selepas tarikh lupus, Kerajaan akan mengambil balik RM30 itu.

Bagaimana Meneruskan Pewarisan Perniagaan Dengan Hibah?

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Murid Sekolah Rendah

Rancangan Makanan Tambahan ialah program kementerian pendidikan bagi memberi makanan tambahan kepada murid sekolah rendah dari luar bandar dan berpendapatan rendah. Tahniah Kerajaan PH.
Program makanan tambahan untuk murid sekolah rendah yang miskin bagi perbaiki kesihatan, fizikal dan amalan permakanan
– Januari 2020

Rancangan Makanan Tambahan ialah satu program menyediakan makanan kepada kanak-kanak sekolah yang miskin khususnya di kawasan projek perumahan rakyat termiskin (PPRT).

Program ini dapat membantu kanak-kanak menambahkan makanan seimbang yang sangat penting dalam alam persekolahan khasnya.

Setakat ini Kerajaan Pakatan Harapan telah mensasarkan 100 buah sekolah dengan 4,000 murid di seluruh Malaysia.

Bagaimana Meneruskan Pewarisan Perniagaan Dengan Hibah?

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd dan Blogger

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.