Tanggungjawab Waris Terhadap Harta Pusaka Keluarga

Apakah yang patut anda lakukan semasa hidup supaya harta pusaka anda tidak memberi masalah kepada ahli keluarga kemudian hari?

Advertisements

Selepas berlaku kematian dan sebelum harta pusaka dibahagikan, waris-waris hendaklah menyelesaikan perkara yang berkaitan dengan harta ahli keluarga yang meninggal (si mati) seperti belanja pengkebumian, menyelesaikan hutang si mati dan menunaikan wasiat.

Tanggungjawab waris ialah menyelesaikan hutang si mati manusia dan Allah sebelum membahagi harta pusaka mengikut hukum Faraid
Tanggungjawab waris ialah menyelesaikan hutang si mati sebelum membahagi harta pusaka mengikut hukum Faraid

Belanja Pengebumian Dan Pengurusan Jenazah

Harta ahli keluarga yang meninggal (si mati) boleh digunakan bagi menyelesaikan kos yang wajib seperti belanja pengebumian dan pengurusan jenazah.

Ia termasuk kos kain kapan, keranda, upah memandikan mayat, upah menggali kubur dan upah membawa mayat ke kubur.

Pemberian wang kepada orang yang bersembahyang jenazah, membuat tahlil dan kenduri arwah bukannya wajib dan tidak boleh diambil dari harta si mati. Maka waris-waris yang membiayainya.

Walau bagaimanapun, mengikut Mazhab Syafie, belanja pengebumian dan pengurusan jenazah isteri diwajibkan ke atas suami, walaupun isterinya seorang yang kaya.

Menyelesaikan Hutang Si Mati

Setelah si mati dikebumikan, waris hendaklah menyelesaikan hutang si mati dengan menggunakan harta si mati.

Mengikut pendapat jumhur ulama, hutang kepada Allah hendaklah dibayar dahulu sebelum menyelesaikan hutang dengan manusia. Ini berdasarkan hadis yang bermaksud ‘hutang Allah lebih berhak ditunaikan.’

Hutang Kepada Allah

Hutang kepada Allah ialah:

  • Zakat – segala jenis zakat yang cukup haul dan nisab tetapi belum ditunaikan
  • Kifarat – Bersetubuh di siang hari di bulan puasa tetapi denda belum ditunaikan
  • Nazar – Hajat si mati yang tidak sempat dilaksanakan
  • Haji – Haji yang belum dikerjakan
  • Fidyah – Denda puasa yang ditinggalkan

Hutang Kepada Manusia

Semua jenis hutang si mati kepada institusi kewangan dan manusia hendaklah dijelaskan, kecuali si piutang menghalalkannya.

Menunaikan Wasiat Si Mati

Setelah menyelesaikan hutang si mati, maka waris-waris hendaklah menunaikan wasiat si mati, jika ada.

Untuk menunaikan wasiat si mati, waris hendaklah memastikan samada wasiat itu sah atau tidak mengikut hukum syarak. Sekiranya ia sah, maka wajib waris melaksanakannya.

Sekiranya wasiat itu tidak sah dari segi hukum syarak atau diragui kesahihannya, maka ia terpulang kepada budibicara waris hendak melaksanakan atau mengabaikannya.

Wasiat yang sah di sisi hukum syarak ialah pemberian tidak lebih 1/3 harta si mati kepada bukan waris dan sedekah.

Tuntutan Harta Sepencarian

Sekiranya ada tuntutan harta sepencarian samada isteri atau suami selepas kematian pasangan, maka ia hendaklah diselesaikan dahulu sebelum mengagih kepada waris.

Selepas itu, baru harta pusaka diagihkan kepada waris yang berhak, iaitu ibu bapa, suami, isteri dan anak kandung.

Waris Mengambil Baki Harta

Waris akan mengambi baki harta si mati dengan kadar berikut:

  • Ibu 1/6
  • Bapa 1/6
  • Isteri 1/8
  • Suami 1/6
  • Baki harta akan dibahagikan kepada anak lelaki dan anak perempuan dengan nisbah 2:1

Isu-Isu Pengurusan Harta Si Mati

Perebutan harta pusaka boleh menyebabkan pembunuhan seperti adik bunuh abang
Adik bunuh abang kerana berebut harta pusaka
Foto: The Star

Kita kerap terbaca kesah huru-hara dan pergaduhan mengenai harta pusaka selepas kematian walaupun hukum Faraid mengenai pembahagian harta amat jelas dalam al-Quran.

Dua sebab utama ialah kejahilan hukum faraid dan yang kedua sengaja ingkar hukum Faraid kerana tamak dan zalim. Antara isunya ialah:

  • Waris mengambil harta si mati seperti barang kemas dan peralatan rumah tanpa persetujuan semua waris.
  • Penama yang menerima wang KWSP dan Tabung Haji tidak membahagikannya.
  • Ada waris diketepikan dalam pembahagian harta pusaka seperti isteri dan anak-anak simati
  • Ada waris yang berjaya mengeluarkan simpanan si mati dan mengambilnya tanpa membahagi mengikut hukum faraid.
  • Waris-waris berkelahi dan bermasam muka kerana ada merasakan pembahagian harta tidak adil.
  • Ada anak membunuh ahli keluarga kerana berebut harta pusaka.
  • Harta pusaka lewat diselesaikan kerana waris gagal duduk bersama dan memilih pentadbir harta pusaka yang dipercayai
  • Waris-waris sibuk dengan kerjaya dan famili yang menyebabkan pengurusan harta pusaka terbiar.

Apakah Penyelesaian Terbaik Dalam Mengurus Harta Pusaka Si Mati?

Penyelesaian yang terbaik ialah semasa hidup seseorang itu membuat wasiat dan melantik beberapa waris menguruskan harta pusaka, atau individu-individu ketiga atau syarikat amanah sebagai wasi atau pentadbir harta pusaka.

Sejak kebelakangan ini, orang suka membuat wasiat dan melantik syarikat amanah menguruskan harta pusaka mereka. Ini kerana pengetahuan, kepakaran dan pengalaman syarikat amanah dalam pengurusan harta pusaka yang berlandaskan hukum Faraid.

Pemilihan syarikat amanah atau pihak yang dipercayai boleh membantu mempercepatkan proses pembahagian harta pusaka dan semua waris akan berpuas hati.

Sekiranya tuan memerlukan penjelasan lanjut sila hubungi saya 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Rujukan: Wan Abduk Halim Wan Harun, ‘Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaka’

Pautan Terbaik:

Tujuh Kebaikan Membuat Wasiat Ramai Tak Tahu

Panduan Membuat Wasiat Yang Boleh Dipercayai Dan Berkesan

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Advertisements

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd, blogger dan agen hartanah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.