Tuntutan Harta Sepencarian Isteri Yang Tidak Bekerja Ramai Tak Tahu

Sungguhpun harta sepencarian boleh dituntut di Mahkamah, tetapi tidak semestinya isteri akan berjaya mendapatkannya…

Bolehkan isteri tidak bekerja membuat tuntutan harta sepencarian? Isteri kena tahu ini…

Penceraian suami isteri – tiada siapa yang menyukainya, baik pasangan atau kaum keluarga. Penceraian suami isteri menyebabkan ‘penceraian’ kepada anak-anak, mertua dan saudara mara di pihak pasangan.

Rumah ialah harta yang paling terbaik dijadikan harta sepencarian kerana nilainya terus meningkat setiap tahun
Isteri berhak menuntut harta sepencarian walaupun rumah itu atas nama suami dan isteri tidak bekerja pula.

Kesah Anita Yang Tidak Bekerja Menuntut Haknya

Perasaan itulah yang dialami oleh Anita (bukan nama sebenar) selepas bercerai dengan Najib (bukan nama sebenar).

Mereka sudah lama menyulam cinta sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin pada tahun 2000. Namun, entah di mana silapnya, selepas 15 tahun hidup bersama, ikatan suci itu akhirnya terlerai dengan jatuh talak satu.

Perceraian tersebut dibuat di sebuah Mahkamah Syariah di pantai timur pada tahun 2013. Hasil perkahwinan itu, Anita dan Najib dikurniakan dua orang anak lelaki.

Sepanjang tempoh perkahwinan, Anita hanyalah suri rumah dan tidak pernah bekerja. Namun, suaminya mempunyai pekerjaan tetap yang baik dengan gaji yang tinggi.

Hati mana yang tidak tersentuh apabila melihat anak-anaknya membesar tanpa ayah. Selama ini, bekas suaminya menjadi tempat mereka bergantung harap.

Atas nasihat kawan rapat, Anita membuat tuntutan harta sepencarian terhadap bekas suaminya, antaranya sebuah rumah yang terletak di ibu kota dan harta lain seperti kereta, simpanan dan pendapatan sewa rumah.

Kemudiannya, wanita berusia 45 tahun itu memfailkan tuntutan harta sepencarian di sebuah Mahkamah Syariah di pantai timur. Mahkamah Tinggi Syariah kemudian memutuskan Anita layak mendapat 1/4 bahagian rumah berkenaan. Begitu juga bahagian untuk harta alih yang lain.

Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, Maizura membuat rayuan dan memohon untuk mendapatkan 1/2 daripada nilai rumah berkenaan. Menurut Anita, jumlah itu berpatutan untuk mendapatkan hak yang sama dengan bekas suaminya.

Akhirnya, Mahkamah Rayuan Syariah memberikan nilaian rumah tersebut pada kadar 1/3 kepada Maizura. Ini kerana Maizura mengakui, semasa tempoh perkahwinan, beliau tidak memberikan sumbangan langsung kepada rumah berkenaan.

Tuntutan harta sepencarian - biasa mahkamah akan membahagi satu pertiga harta suami
Lazimnya, Mahkamah Syariah akan memberikan paling kurang 1/3 bahagian harta sepencarian kepada bekas isteri sekiranya mereka tidak menyumbang secara langsung kepada harta tersebut.

Wanita itu patuh dengan keputusan mahkamah dan menerimanya dengan berlapang dada.

Beliau sangat berterima kasih kepada rakan rapat yang menyedarkannya untuk menuntut harta sepencarian meskipun beliau hanyalah seorang suri rumah sepanjang perkahwinannya dengan bekas suaminya.

Harta Sepencarian – Apa Yang Perlu Difahami?

Bukan mudah nak menuntut harta sepencarian di mahkamah. Paling tinggi boleh dapat 1/3 sahaja.
Harta sepencarian boleh diperolehi dengan dua cara: membuat perjanjian harta sepencarian semasa tengah bahagia atau menuntut di mahkamah.

Mengenai harta sepencarian, isteri berhak menuntut harta sepencarian walaupun isteri tidak pernah bekerja atau memberikan sumbangan langsung kepada pemilikan harta sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

Bagaimanapun tuntutan harta sepencarian tertakluk kepada terma dalam undang-undang dan hukum syarak.

Perlu diketahui, harta sepencarian ialah harta sama ada harta alih atau tidak alih yang diperoleh semasa tempoh perkahwinan. Ianya diperolehi sama ada secara sumbangan langsung pihak suami atau sumbangan langsung suami isteri dalam tempoh perkahwinan.

Harta sepencarian juga termasuk harta yang dimiliki oleh mana-mana pasangan sebelum berkahwin dan semasa tempoh perkahwinan, yang mana harta tersebut telah bertambah nilai melalui sumbangan oleh pasangan.

Dalam hal ini, harta sepencarian bukan hanya boleh dituntut sekiranya berlaku perceraian sahaja, bahkan ia boleh dituntut apabila suami berpoligami dan berlaku kematian suami atau pasangan sebelum pembahagian harta pusaka kepada waris.

Penulis

Harta Sepencarian Ialah Satu Bentuk Penghargaan Kepada Isteri

Walaupun tidak ada peruntukan berkaitan harta sepencarian secara khusus dalam hukum syarak, namun konsep harta sepencarian ini lebih kepada amalan atau adat di negara ini yang mana datang dari Adat Temenggung mahupun Adat Perpatih.

Bagaimanapun, selagi ‘adat’ tersebut tidak bertentangan dengan hukum syarak, ia akan diiktiraf.

Dalam Enakmen Negeri Selangor misalnya, Seksyen 122 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 mengiktiraf mengenai harta sepencarian sama ada sumbangan tunggal salah seorang pihak mahupun sumbangan bersama.

Dalam kes harta sepencarian, umumnya Mahkamah Syariah akan memberikan paling kurang 1/3 bahagian harta sepencarian kepada bekas isteri sekiranya mereka tidak menyumbang secara langsung kepada harta tersebut.

Ia termasuklah sama ada isteri tersebut bekerja ataupun suri rumah. Sekiranya ada sumbangan isteri semasa tempoh perkahwinan, bahagian harta sepencarian itu boleh jadi lebih lagi.

Perlu difahami, harta sepencarian ialah salah satu bentuk penghargaan atau hadiah kepada bekas isteri kerana telah bersama-sama membantu suami sepanjang tempoh perkahwinan.

Walaupun tiada sumbangan secara langsung, tanggungjawab isteri terhadap keluarga, memberikan sokongan kepada si suami sehingga mampu untuk membayar dan memiliki harta tersebut juga dianggap satu sumbangan tidak langsung daripada si isteri.

Cuba bayangkan, kalau tempoh perkahwinan sudah 30 tahun dan pasangan tersebut bercerai, tidakkah ada bahagian isteri sepanjang tempoh perkahwinan dalam membantu si suami dalam memiliki harta-harta sepanjang tempoh perkahwinan? Adil ataupun tidak? Begitu cantiknya adat tersebut untuk memelihara dan melindungi wanita-wanita selepas daripada perceraian.

Adakah anda ingin tahu cara mendapat harta sepencarian semua harta suami tanpa tuntutan mahkah?

Baca artikel ini: Cara Mudah Isteri Mendapat Harta Sepencarian Suami Tanpa Turun Naik Mahkamah

Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang. Keahlian percuma terhad 1,000 orang sahaja.

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

Langganan PERCUMA

Anda hendak mendapatkan artikel terbaharu dari blog ini mengenai Harta Pusaka, Hukum Faraid, Hibah, Wasiat dan Harta Sepencarian, sila melanggan di sini secara PERCUMA.

Artikel akan terus masuk ke email anda. Isikan email di bawah.

[mc4wp_form id=”5278″]

Artikel ini telah ditulis hasil adaptasi dari artikel asal:
SinarHarian: Bolehkah isteri tidak bekerja tuntut harta sepencarian?

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd, blogger dan agen hartanah

Discover more from Blog Rahaman

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading