Wasiat Anak Angkat – Mahukan Panduan Yang Betul

Siapa pula yang diwasiatkan supaya anak angkat tidak terlepas dari mendapat harta pusaka?

Advertisements

Anda sedang mencari panduan membuat wasiat untuk anak angkat?

Membuat wasiat untuk anak angkat dengan as-Salihin Trustee Berhad bukanlah susah. Yang susah, ibu bapa angkat tidak membuat wasiat sebelum mati.

Artikel mengenai panduan membuat wasiat anak angkat dengan syarikat amanah as-Salihin Trustee berhad
Wasiat ialah permintaan pewasiat mengenai hartanya dan ia berkuatkuasa selepas kematian pewasiat

Wasiat hanyalah satu dokumen yang menyatakan apa harta yang hendak diberikan oleh ibu bapa angkat kepada anak angkatnya.

Dokumen wasiat bukanlah persetujuan yang mutlak. Selagi pewasiat masih hidup, wasiat seperti juga insurans hayat – ia tidak ada nilainya di segi undang-undang. Wasiat hanya berkuatkuasa selepas kematian ibu bapa angkat sahaja.

Hak Anak Angkat Ke Atas Harta Pusaka Ibu Bapa Angkat

Anak angkat mempunyai hak ke atas harta pusaka ibu bapa kandung tetapi tidak ke atas harta ibu bapa angkatnya. Ini kerana anak angkat bukan waris kerana tidak mempunyai pertalian darah dengan ibu bapa angkatnya.

Bagaimanapun, dengan wasiat, anak angkat berhak menerima maksimum 1/3 daripada ibu bapa angkatnya tanpa boleh ditentang oleh waris.

Wasiat harta melebihi 1/3 harta dibolehkan sekiranya semua waris bersetuju.

Panduan Membuat Wasiat Anak Angkat Dengan as-Salihin Trustee Bhd

Ibu bapa angkat yang mahu membuat wasiat untuk anak angkat boleh berhubung dengan perancang harta Islam dari pejabat as-Salihin Trustee berhad.

Ibu bapa boleh mencadangkan tarikh, masa dan lokasi untuk berjumpa. Berjumpa di pejabat as-Salihin pun boleh.

Berikut ialah panduan asasnya:

Harta Yang Hendak Diwasiatkan

Ibu bapa hendaklah menentukan secara spesifik harta yang nak diwasiatkan kepada anak angkatnya.

Contohnya, rumah di Jalan Bayam di Petaling Jaya diwasiatkan kepada anak angkat. Atau, wang sejumlah RM100,000 diwasiatkan kepada anak angkat.

Bagi memudahkan urusan pemberian harta pusaka kemudian hari, maka pewasiat hendaklah menyertakan dokumen hak milik harta itu dan akan dilampirkan bersama dengan wasiat.

Permohonan Membuat Wasiat Anak Angkat

As-Salihin ada menyediakan borang membuat wasiat. Dalam zaman online ini, borang membuat wasiat diisikan oleh Perancang harta atau agen as-Salihin.

Dalam borang permohonan wasiat itu, dokumen penting yang diperlukan ialah kad pengenalan wasiat, kad pengenalan anak angkat dan salinan hak milik harta yang hendak diwasiatkan.

Perlantikan Wasi Bagi Mentadbir Harta Pusaka

Membuat wasiat bukan sekadar pewasiat memberi arahan tetapi mesti ‘boleh bertindak’ bagi melaksanakan wasiat itu.

Pewasiat boleh mewasiatkan pewaris atau orang lain untuk menjadi wasi yang menguruskan harta pusakanya.

Dalam wasiat memberikan harta kepada anak angkat biasanya pewasiat akan melantik orang yang tidak ada kepentingan dengan harta pusaka iaitu contohnya syarikat amanah seperti as-Salihin Trustee Berhad.

Perlantikan syarikat amanah sebagai wasi bagi memastikan harta pusaka ditadbirkan dengan cekap dan menunaikan hajat pewasiat.

Penyediaan Deraf Wasiat Anak Angkat

Apabila semua maklumat diterima daripada pewasiat, Perancang harta akan menyerahkan semua maklumat pewasiat kepada pejabat as-Salihin untuk disediakan deraf wasiat.

Biasanya tidak lebih seminggu, perancang harta akan menerima email bagi menyemak deraf pertama wasiat.

Perancang harta akan menyemak deraf wasiat dari segi arahan pewasiat. Sekiranya, ada kesilapan, deraf itu akan dikembalikan kepada as-Salihin.

Apabila Perancang harta berpuas hati dengan deraf wasiat, Perancang harta akan memanjangkannya kepada pewasiat untuk menyemak dan memberi persetujuan. Jika ada pindaan, perancang harta akan berhubung dengan pejabat as-Salihin untuk pembetulan.

Selepas dibetulkan deraf wasiat, as-Salihin akan menyediakan dokumen wasiat untuk ditandatangani.

Menandatangani Wasiat Dengan Dua Saksi

Wasiat boleh ditandatangani di pejabat as-Salihin atau di luar seperti di rumah pewasiat asalkan ada dua saksi lelaki Islam.

Biasanya pewasiat akan menjelaskan caj yang dikenakan oleh as-Salihin pada masa wasiat ditandatangani.

Wasiat yang lengkap ditandangi akan dibawa balik ke pajabat as-Salihin untuk daftar dan rekod.

Penyerahan Dokumen Wasiat

As-Salihin akan membuat salinan wasiat untuk diberikan kepada pewasiat. Salinan asal wasiat akan disimpan oleh as-Salihin untuk kegunaan masa depan.

Semasa penyerahan wasiat kepada pewasiat, as-Salihin akan memberikan dua Kad Wasiat.

Kad Wasiat yang mengandungi butiran wasiat ini boleh diberikan kepada waris terdekat bagi memudahkan waris berhubung dengan as-Salihin bila tiba masanya.

Pemindaan dan Pembatalan Wasiat

Pewasiat boleh meminda dan membatalkan wasiat pada bila-bila masa dengan memberitahu as-Salihin.

Mengapa Membuat Wasiat Dengan as-Salihin Trustee Bhd?

  • as-Salihin Trustee Berhad adalah sebuah syarikat amanah Islam yang menyediakan kemudahan perancang harta, pewasian dan pentadbir harta pelanggannya.
  • Syarikat amanah ini telah berada di pasaran lebih 15 tahun, jadi kepakaran dan kebolehpercayaan dalam menguruskan harta orang Islam tidak diragukan. 
  • as-Salihin ditubuhkan di bawah Akta Syarikat dan Akta Syarikat Amanah dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
  • Institusi ini dipengerusikan oleh Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara. Beliau sangat mahir dalam pengurusan harta pusaka, harta sepencarian, hibah dan lain-lain produk perancangan Islam.
  • as-Salihin mempunyai Lembaga Syariahnya sendiri bagi memastikan dasar dan produk selari dengan prinsip syariah.

Hubungi Wakil as-Salihin Trustee Berhad

Sekiranya tuan puan memerlukan maklumat lanjut mengenai wasiat anak angkat, sila hubungi saya pada sebarang masa.

Abd Rahaman Rasid
Telefon: 013 366 1242 Email: abdrahaman@gmail.com

Langganan PERCUMA

Anda hendak mendapatkan artikel terbaharu dari blog ini mengenai Harta Pusaka, Hukum Faraid, Hibah, Wasiat dan Harta Sepencarian, sila melanggan di sini secara PERCUMA.

Artikel akan terus masuk ke email anda. Isikan email di bawah.

Pautan Berkaitan

Cara Membuat Wasiat Dengan Syarikat Amanah As-Salihin Trustee Bhd

Ada 5 Pilihan Pemberian Harta Kepada Anak Angkat Ibu Bapa Wajib Tahu!

Bayangkan Jika Anda Meninggal Esok, Bagaimana Nasib Anak Angkat Tanpa Wasiat?

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Advertisements

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd, blogger dan agen hartanah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.