Menulis Artikel Perniagaan – Apa Yang Mr Google Suka?

Saya nak syer cara menulis artikel perniagaan yang Mr Google suka. Tip ini berdasarkan pengalaman saya sebagai penulis blog.

Tip ini sesuai dibaca oleh mereka yang selalu menulis mengenai jualan dan perniagaan.

Mengapa Menulis Artikel Perniagaan?

Pernah anda bertanya mengapa anda menulis? Cuba anda fikir…

Saya menulis artikel perniagaan kerana saya mahu menjual produk saya, mahu memperkenalkan perniagaan saya.

Bila saya menulis artikel perniagaan, perkara pertama yang saya kena tahu ialah apa yang Mr Google cari.

Siapa itu Mr Google?

Mr Google ialah sesiapa sahaja yang menggunakan Google Search untuk mencari sesuatu.

Lebih tepat, ia kata kunci atau keyword yang paling banyak dicari oleh pelayar internet.

Saya akan gunakan keyword yang paling banyak dicari bagi sesuatu produk untuk dijadikan tajuk dan ayat-ayat dalam artkel.

Di sini saya tak bincang bagaimana saya memilih sesuatu produk kerana itu topik yang lain.

Artikel ini saya fokuskan apa yang Mr Google cari berkenaan satu produk yang telah saya kenalpasti ada potensi jualan.

Saya telah memilih kitab Tafsir Ibnu Katsir untuk dijual dan saya perlu mendapatkan keyword yang selalu orang cari sebelum membuat artikel.

Tip menulis artikel berdasarkan apa yang Mr Google suka cari
Tafsir Ibnu Katsir – saya dah pilih untuk dijual, tunggu nak tulis artikel.

Apa Yang Mr Google Cari?

Saya dah pilih produk yang nak dijual dan sekarang nak buat artikel jualan. Di sini saya buat dua kali search dengan meletakkan carian berkenaan produk itu. (biasa 4-5 kali)

Carian Pertama: keyword ‘kitab tafsir quran’

Keyword top: tafsir al Quran – 8,100 volume

Carian ke-2 keyword ‘kitab tafsir ibnu katsir’

Keyword top: tafsir al Quran – 8,100 volume

Bagaimana Saya Menggunakan Keyword popular Bagi Menulis Artikel

Pemilihan Keyword

Volume keyword yang paling top dari dua carian di atas ialah tafsir al Quran dengan jumlah carian 8,100 volume. Jadi saya gunakan keyword tersebut dalam menulis artikel saya.

Cara Meletakkan Keyword Dalam Artikel

Keyword tafsir al Quran diletakkan di tempat berikut:

Tajuk besar (heading -H1) – selitkan tafsir al Quran pada tajuk

Tajuk kecil (sub heading -H2). Jika ada 3-4 sub heading, maka selitkan 1 atau 2 keyword dalam H2. Yang lain tak perlu.

Kandungan artikel (body) – letakkan 3-6 keyword tafsir al Quran sekiranya panjang artikel 300-500 perkataan

Tulisan ini hanya memberi pendedahan awal bagaimana kita membuat artikel berdasarkan keyword.

Ingat saya kata, keyword ialah carian yang kerap dibuat oleh pelayar-pelayar Google.

Jadi ini satu hanya satu daripada pendekatan dalam menulis artikel perniagaan.

Jika pandai menulis artikel boleh memberi pendapatan tambahan

Keberkesanan Menulis Artikel Perniagaan

Keberkesanan menulis artikel perniagaan boleh diukur dari jualan kita.

Kita boleh bandingkan kedudukan ranking artikel sebelum ditulis mengikut tip yang saya kongsikan berbanding selepas mempraktik tip ini.

Bila ranking kita tinggi kerana ia ada kaitan dengan pemilihan keyword yang mewakili permintaan, IsyaAllah ia melahirkan banyak pertanyaan produk.

Bila banyak pertanyaan, InsyaAllah banyaklah jualan.

Contoh Headline Terbaik Untuk Tingkatkan Jualan Online

Rahsia Mudah RM1,000 Sebulan Dengan Menulis

Advertisements

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd, blogger dan agen hartanah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.