5 Pilihan Beri Harta Kepada Anak Angkat, Ibu Bapa Wajib Tahu

Pilihan hari ini akan menentukan masa depan anak angkat…

Tentu ramai ibu bapa yang memiliki anak angkat mahukan idea apakah pilihan terbaik nak beri harta kepada anak angkat. Nak bagi sekarang ke, nak buat wasiat ke atau nak buat hibah.

Artikel ini dapat membantu ibu bapa membuat keputusan terbaik

Pilihan pemberian harta kepada anak angkat ibu bapa wajib tahu!
Penerangan produk-produk pembahagian harta secara Islam

1. Serahkan Kepada Takdir Mengenai Pemberian Harta Kepada Anak Angkat

Ibu bapa angkat tidak membuat perancangan semasa hidup mengenai perancangan pembahagian harta kepada anak angkatnya – serahkan kepada takdir dan biarkan keadaan yang menentukan.

2. Pemberian Terus Kepada Anak Angkat

Semasa hidup lagi ibu bapa membahagi harta kepada anak angkat. Ibu bapa boleh pergi ke pejabat tanah dan memindahkan nama mereka kepada anak angkat.

Atau, pergi ke pejabat ASN atau bank memindahkan pelaburan dan simpanan kepada anak angkat mereka.

3. Membuat Wasiat Harta Untuk Anak Angkat

wasiat pemberian harta untuk anak angkat
Dengan wasiat ibu bapa boleh membahagi 1/3 harta kepada anak angkatnya

Membuat wasiat ialah pilihan paling mudah dan popular.

Dengan berwasiat, hukum Islam membenarkan harta pusaka diberikan kepada bukan waris maksimum 1/3 daripada baki harta. Baki harta bermaksud ia harta setelah ditolak hutang-hutang si mati semasa hidup.

Oleh kerana anak angkat bukan waris, dengan wasiat ia berhak mendapat harta pusaka maksimum 1/3 yang tidak boleh ditentang oleh waris. Jika wasiat pembahagian harta melebih 1/3 ia memerlukan persetujuan semua waris.

4. Membuat Hibah Untuk Anak Angkat

Ibu bapa boleh memberikan harta kepada anak angkat dengan cara hibah.

Hibah dalam konteks artikel ini ialah satu dokumen perundangan yang menyatakan ibu bapa bersetuju memberi satu harta, contohnya rumah, kepada anak angkat apabila ibu bapa meninggal dunia.

Oleh kerana hibah ialah pemberian semasa hidup, maka ia tidak dikelaskan sebagai harta pusaka, jadi ia tidak tertakluk kepada hukum Faraid. Oleh itu, waris-waris tidak boleh menghalang hibah ini kepada anak angkat.

Hibah ini ada fleksibilitinya. Sekiranya, anak angkat meninggal dahulu daripada ibu bapa angkatnya, maka harta itu boleh berpindah balik kepada ibu bapa angkatnya.

Tanpa klausa ini, harta yang dihibahkan itu akan menjadi harta pusaka anak angkat. Maka waris kepada anak angkat iaitu ibu bapa kandungnya berhak ke atas harta pusaka ini.

Hibah boleh juga dibatalkan dengan persetujuan ibu bapa dengan anak angkat itu, jika klausa ini dimasukkan ke dalam dokumen hibah.

5. Memberi Harta Kepada Anak Angkat Melalui Amanah Hayat (Living Trust)

cara memberi harta kepada anak angkat melalui amanah hayat di mana syarikat amanah akan melaksanakan amanah pemilik harta
Syarikat amanah yang menguruskan pembahagian harta ibu bapa kepada anak angkatnya melalui surat ikatan amanah

Ibu bapa boleh membahagikan harta kepada anak angkat melalui Amanah Hayat. Bukan sahaja harta malah hasil-hasil yang diperolehi dari harta itu seperti sewaan dan keuntungan pelaburan pun boleh diberikan kepada anak angkat.

Konsep Amanah Hayat ialah bagaimana seseorang atau ibu bapa itu mengurus dan memindahkan harta dari satu generasi ke satu generasi dengan licin tanpa gangguan sebarang kematian pemilik harta atau waris-warisnya. Atau, Amanah Hayat ini dapat meminimumkan risiko perebutan harta pusaka ibu bapa.

Amanah Hayat biasanya melibatkan syarikat amanah selaku pemegang amanah kepada pemilik harta itu.

Dalam Amanah Hayat pemilik harta akan memindahkan secara legal sejumlah harta ibu bapa kepada syarikat amanah.

Dengan surat ikatan amanah (trust deed) antara ibu bapa dan syarikat amanah, ibu bapa menyatakan dengan jelas apa yang mereka mahu syarikat amanah itu lakukan.

Dalam konteks ini, melalui surat ikatan amanah, ibu bapa yang membuat Amanah Hayat boleh memindahkan sejumlah harta kepada anak angkatnya pada satu masa atau memberikan sebarang faedah kewangan daripada harta dan pelaburan.

Apakah Pilihan Terbaik Ibu Bapa Untuk Anak Angkat?

Pilihan ibu bapa ialah bergantung kepada kehendaknya sendiri terhadap masa depan anak angkatnya. Ini kerana setiap pilihan di atas ada kekuatan dan kelemahannya setelah mengambil kira faktor waris yang ada dan jumlah aset yang ibu bapa ada.

Sekiranya ibu bapa atau anak angkat memerlukan penerangan lanjut, sila hubungi saya:

Abd Rahaman Rasid
as-Salihin Trustee Berhad
Tel/wasap: 013 366 1242
Email: abdrahaman@gmail.com

Mengapa Dengan as-Salihin Trustee Bhd?

  • as-Salihin Trustee Berhad adalah sebuah syarikat amanah Islam yang menyediakan kemudahan Perancangan harta Islam, pemegangan amanah dan pentadbir harta pelanggan.
  • as-Salihin berada di pasaran lebih 15 tahun, jadi kepakaran dan kebolehpercayaan dalam menguruskan harta orang Islam tidak diragukan. 
  • as-Salihin ditubuhkan di bawah Akta Syarikat dan Akta Syarikat Amanah dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Jadi kreditabiliti as-Salihin tidak perlu diragukan.
  • as-Salihin dipengerusikan oleh Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara, seorang yang pakar dalam bidang harta sepencarian, hibah dan bentuk pembahagian harta yang lain.

Pautan berkaitan:

Bayangkan Jika Anda Meninggal Esok, Bagaimana Nasib Anak Angkat Tanpa Wasiat?

Panduan Membuat Wasiat Anak Angkat

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd dan Blogger

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.