Bagaimana Nasib Anak Angkat Tanpa Wasiat Ibu Bapanya?

Anak angkat pun macam anak kandung.

Ramai ibu bapa yang memerlihara anak angkat dan ada dipelihara sejak umur sehari lagi. Tentulah kasih sayang yang dicurahkan kepada anak angkat sama seperti anak kandung juga, lebih-lebih pasangan yang tidak dikurniakan anak.

Tetapi, adakah kasih sayang terhadap anak angkat itu berterusan hingga ke syurga?

Anak angkat berhak mendapat harta pusaka dengan adanya wasiat
Anak angkat biasanya diambil sebaik sahaja selepas bersalin – foto hiasan

Sejak kecil, anak angkat hingga dewasa diberikan didikan ugama, disekolahkan, diberikan pakaian dan makanan yang cukup. Setiap bulan ibu bapa menabung untuk anak angkatnya.

Anak angkat seperti anak kandung akan menyayangi ibu bapa angkat mereka. Jika anak perempuan tentu banyak membantu ibunya di dapur. Jika anak lelaki tentu banyak membantu bapanya ke ladang atau ke sawah.

Bila anak angkat dah bekerja, mereka berjasa kepada kedua ibu bapa angkat.

Adakah Ibu Bapa Telah Merancang Masa Depan Anak Angkat?

Kebanyakan ibu bapa mempunyai harta, sekurang-kurangnya sebiji rumah, ada simpanan di bank, dan ibu pula mempunyai seutas rantai emas.

Jika pasangan tidak mempunyai anak, ada yang telah memberikan harta kepada anak angkat mereka siang-siang lagi.

Ramai juga anak angkat ‘dapat habuk’ selepas kematian ibu-bapa angkat mereka. Harta pusaka akan direbut oleh waris. Ini kerana semasa hidup, ibu-bapa tidak memberikan harta kepada anak angkat atau tidak membuat wasiat.

Ini tentu satu kesedihan kepada anak angkat!

Bayangkan jika anak angkat itu belum cukup dewasa dan bagi anak perempuan belum berumah tangga. Tentu hidup anak angkat akan sukar, lebih-lebih lagi tiada siapa yang mereka kenal.

Anak Angkat Tiada Hak Terhadap Harta Pusaka Ibu Bapa Angkatnya

Dari segi Faraid, anak angkat memang tidak layak mendapat harta pusaka ibu bapa angkatnya kerana beliau bukan waris ibu bapa angkatnya itu.

Sekiraya ibu bapa angkat tidak membuat wasiat, semua harta akan menjadi hak waris – biasanya adik beradik kedua ibu bapa angkat.

Dengan Wasiat, Anak Angkat Berhak Dapat 1/3 Harta Pusaka

contoh wasiat as-salihin trustee berhad
Anak angkat layak mendapat 1/3 harta pusaka jika ada wasiat

Ramai ibu bapa tak sedar mereka boleh membahagikan harta pusaka kepada anak angkat dengan syarat membuat wasiat.

Ikut Hukum Faraid, ibu bapa angkat boleh membahagikan harta maksimum 1/3 kepada bukan waris – khususnya anak angkat dalam kes ini.

Malah, dari segi susunan, anak angkat ini akan dapat dahulu 1/3 harta pusaka. Baki 2/3 akan dibahagikan waris ibu bapa, biasanya adik-beradik.

Wasiat Berkuatkuasa Selepas Kematian

Ada ibu bapa yang takut membuat wasiat kerana seolah-olah wasiat akan mengikat mereka.

Wasiat tidak ada nilainya semasa hidup, dan ia hanya berkuatkuasa selepas kematian. Malah, semasa hidup wasiat itu boleh dipinda atau dibatalkan.

Cara Membuat Wasiat Untuk Anak Angkat

Ibu bapa angkat boleh membuat wasiat dengan mana-mana badan yang berpengalaman dalam perancangan harta orang Islam.

Sekiranya, ibu-bapa angkat mahu membuat wasiat dengan as-Salihin Trustee berhad, sila hubungi saya selaku wakil as-Salihin Turstee Bhd.

As-Salihin Trustee Berhad – Ada Menyediakan Kemudahan Membuat Wasiat

as-Salihin Trustee Berhad ada menyediakan kemudahan membuat wasiat untuk anak angkat
as-Salihin Trustee Berhad Turut Menyediakan Khidmat Membuat Wasiat

As-Salihin Trustee Berhad ialah sebuah syarikat amanah Islam yang telah berada di pasaran selama 15 tahun. Ia berfungsi menyediakan perkhidmatan perancangan harta orang Islam seperti dokumen wasiat, perjanjian harta sepencarian, hibah dan amanah hayat.

As-Salihin Trustee Berhad juga mengurus dan mentadbir harta pusaka termasuk pengagihan harta kepada anak angkat.

Hubungi Perancangan Kewangan Anda

Abd Rahaman Rasid
Telefon/Wasap 013 366 1242
Email: abdrahaman@gmail.com

Pautan berkaitan:
Ada 5 Pilihan Pemberian Harta Kepada Anak Angkat Ibu Bapa Wajib Tahu

Panduan Membuat Wasiat Anak Angkat

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Advertisements

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd, blogger dan agen hartanah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.