Blog Sendiri – Nak Buat Tapi Takda Masa

Anda nak ada blog sendiri?

Ramai peniaga online yang mahu buat blog sendiri kerana bebas menulis apa sahaja mengenai bisnes atau tempat syer hobi.

nak buat blog sendiri macam buat rumah juga, itu pun jika ada masa
Membuat bisnes online dengan menggunakan blog

Tun Mahathir sendiri mempunyai blog iaitu Chedet dan setiap masa beliau menulis hal mengenai politik, ekonomi, masyarakat dalam dan luar negara.

Membuat blog sendiri memang memakan masa. Mungkin enam bulan pun belum tentu puas hati. Tapi, jangan bimbang ada caranya anda boleh siapkan blog dalam satu hari.

Teruskan membaca…

Apa itu Blog?

Blog dan laman web pada umumnya benda yang sama iaitu sebuah tempat di alam maya seseorang berkomunikasi di internet.

Bagi peniaga online, blog sangat penting kerana orang sentiasa mencari maklumat di internet.

Tetapi konsep blog agak terbuka terbuka dan tidak macam formal sangat macam laman web.

Blog lebih berinteraktif berbanding dengan laman web yang agak statik. Sebab blog menyediakan ruangan untuk pembaca memberi komen dan respon terhadap tulisan anda.

Blogger atau pemilik blog kerap menulis di blognya, mungkin setiap 1-2 hari sekali samada membuat tulisan baru atau mengemaskinikan tulisannya.

Peniaga online lagi kerap menulis artikel kerana dalam internet pun banyak pesaing. Masing-masing mahu ada artikel berkualiti bagi memenangi hati pelanggan.

Apa itu Blogspot dan WordPress?

wordpress ialah kemudahan membuat blog secara percuma atau berbayar
Anda boleh buat blog dengan blogspot atau wordpress tetapi saya berpendapat wordpress lebih friendly

Blogspot dan WordPress ialah dua pelantar atau flatform yang paling top buat blog. Mereka menyediakan kemudahan blog percuma dan berbayar.

Blogspot atau WordPress ibarat injin kereta yang melahirkan Proton, Honda Mitsubishi, Viva dan sebagainya.

Mengapa Buat Blog Sendiri Makan Masa?

Buat blog sendiri macam juga buat rumah. Yang paling banyak makan masa dalam buat blog ialah menulis artikel yang ada kualiti dan mudah difahami.

Mereka yang tidak pernah membuat blog, cara yang terbaik ialah buat blog percuma dengan blogspot.com atau wordpress.com.

Apabila anda sudah familiar dengan buat blog, anda boleh buat blog berbayar dan ciri blognya lagi menarik dan nampak profesional, walaupun kualiti tetap penting.

Macam rumah sendiri juga, apabila ada blog sendiri, anda tidak takut akan peraturan yang ditetapkan oleh pemilik blog percuma.

Jika anda langgar peraturan, mereka boleh padamkan blog anda dengan pelbagai alasan yang anda sukar nafikan.

Proses Membuat Blog Sendiri

cara buat blog yang boleh jana pendapatan tapi takda masa
Proses membuat blog termasuklah menyewa domain atau free jika kita guna website percuma blogspot atau wordpress

Untuk buat anda sendiri, yang pertama anda kena beli sewa domain name setiap tahun, lebih kurang RM50 setahun. Macam email juga, anda pilih domain name sendiri (macam cari nama anak yang anda suka).

Selepas itu anda kena sewa server. Server ibarat injin IT yang membolehkan blog anda berada di internet dan boleh diakses oleh orang ramai. Kos bergantung pembekal server juga, ada yang murah dan ada yang mahal.

Jika blog anda berat dengan maklumat, foto dan video dan banyak akseserinya tentulah mahal sewa tahunan. Ia mungkin serendah RM500 setahun dan semahal RM1,500 – RM3,000 setahun.

Cabaran Membuat Blog

Membuat blog sama dengan membuat sebuah kedai. Jika kita buat kedai tetapi takda orang datang, pun tak guna. Barang tak laku sedangkan kos kena keluarkan bagi membuat kedai dan membeli barangan.

Tawaran Membeli Blog Yang Sudah Siap Bagi Orang Tak Ada Masa

Jika anda takda masa hendak membuat blog, kami nak syer di mana anda boleh mendapatkan blog yang sudah siap. Lengkap dengan tidak kurang 20 artikel affiliate.

Tugas anda memasarkan blog dan artikel-artikel yang terdapat dalam blog anda itu bagi menjana komisyen jualan.

Cara Nak Dapatkan Blog Dah Siap Dengan 20 Artikel Affiliate

Contoh Headline Terbaik Untuk Tingkatkan Jualan Online

Advertisements

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd, blogger dan agen hartanah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.