Khasiat Minyak Zaitun Untuk Penjagaan Kesihatan Wanita Ramai Tak Tahu

Adakah anda tahu khasiat minyak zaitun bagus untuk menjaga kulit, rambut dan kesihatan am wanita?

Kandungan buah zaitun digunakan dalam bidang kecantikan dan kesihatan wanita.
Minyak zaitun mempunyai khasiat dalam permakanan dan penjagaan kesihatan

Kehebatan Minyak Zaitun Terutama Kepada Wanita

Minyak zaitun yang diekstrak daripada buah zaitun memberikan banyak khasiat untuk kesihatan dan kecantikan kulit terutama wanita.

Kehebatan buah buah zaitun telah diketahui sejak zaman dahulu lagi yang digunakan sebagai sapuan kulit atau perencah dalam hidangan makanan.

Sejarah turut mencatatkan berbagai manfaat yang diperolehi daripada buah zaitun – bermula daripada penjagaan kesihatan hingga menjadi bahan bagi menghasilkan produk kecantikan wanita.

Buah zaitun yang matang punya khasiat bagi mengatasi pelbagai masalah kulit kerana kandungan nutrisinya berkhasiat, termasuk kandungan vitamin, zat besi, karbohidrat, serat, kalsium, magnesium, fosfor, beta-karoten, protein dan banyak lagi.

Jadi, tidak hairan buah zaitun disukai wanita termasuk pengeluar produk kecantikan dalam dan luar negara.

Anda Tahu Kulit Perlukan Nutrisi

Minyak zaitun dalam penjagaan kesihatan - kulit perlukan nutrisi
Minyak zaitun bagi menjaga kesihatan hingga menjadi bahan penting dalam menghasilkan produk kecantikan

Pengasas The Olive Tree, Law Hong Mei, berkata kulit memerlukan nutrisi yang sepatutnya agar kesihatannya terus terjaga. Dengan penggunaan minyak zaitun, kulit akan selalu dilindungi, terutama bagi menghindari daripada masalah kulit.

Katanya lagi, buah zaitun ada pelbagai khasiat vitamin termasuk A, B1, B2, C, D, E dan K. Oleh itu tidak hairan jika nutrisi semula jadi buah zaitun bersesuaian bagi setiap peringkat umur.

“Khasiat pertama minyak zaitun ialah ia mampu mengatasi masalah rekahan kulit akibat terlalu kering yang dialami oleh wanita. Biasanya kulit hilang kelembapan kerana kekurangan nutrisi atau terlalu kerap terdedah kepada pencemaran cahaya luar atau udara,” katanya ketika ditemui di rangkaian The Olive Tree, pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Kata Hong Mei, masalah kulit wajah kering akan mengurangkan kecantikan diri, sebab itulah penggunaan minyak zaitun dapat memberi kesan lebih menyegarkan dan sekali gus menjaga kelembapan kulit.

Kata Hong Mei, kandungan antioksidan yang tinggi dalam buah zaitun – sangat bagus untuk menghalang serangan radikal bebas, malah boleh menyingkirka serangan sel kanser kulit.

Elak Kulit Bersisik Terutama Wanita!

minyak zaitun untuk penjagaan kulit - elakkan kulit bersisik
Minyak zaitun ada khasiat dan vitamin iaitu A, B1, B2, C, D, E dan K

“Minyak zaitun berupaya memberikan penjagaan menyeluruh kulit badan dan muka. Misalnya, jika kulit badan mengering, ia menyebabkan struktur kulit kasar dan bersisik. Keadaan ini sudah pasti menjejaskan penampilan dan keyakinan diri,” katanya.

Syarikat ini mula memperkenalkan rangkaian produk penjagaan tubuh dan wajah wanita berasaskan kemewahan buah zaitun sekitar tahun 2015, katanya, buah zaitun juga mengandungi nutrisi penting bagi kesihatan kulit.

Hong Mei berkata, minyak zaitun mampu membantu menyingkirkan sel kulit mati yang menyebabkan tanda penuaan – ia paling tidak disukai wanita.

“Penggunaan minyak zaitun mampu menjadikan kulit lebih cerah, halus dan cantik berseri kerana kemampuannya untuk mengeluarkan kotoran degil pada permukaan kulit tubuh dan muka.

“Minyak zaitun juga dapat menyegar dan merehatkan kulit serta menghilangkan garis halus, terutama pada muka,” katanya.

Minyak Zaitun Mampu Mengawal Penghasilan Minyak Berlebihan Pada Kulit

minyak zaitun menyegar dan merehatkan kulit
Kulit memerlukan nutrisi yang optimum supaya kesihatannya terus terjaga

Law berkata, minyak zaitun juga berupaya mengawal proses penghasilan minyak berlebihan pada kulit tubuh dan wajah yang sering mengakibatkan masalah jerawat.

Nutrisi minyak zaitun berkesan mencegah jerawat dan menghilangkannya dalam masa yang singkat. Kandungan vitamin E adalah mustahak dan bagus membantu kulit mengatasi penghasilan minyak berlebihan serta menyebabkan jerawat pada wajah,” katanya.

Selain itu, beliau berkata minyak zaitun boleh digunakan sebagai bahan antioksidan untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari.

“Kandungan antioksidan yang kaya pada minyak zaitun juga membolehkan kulit bernafas secara semula jadi, biarpun disapu pada permukaan kulit bermasalah.

“Manfaat polifenol juga melindungi sel dari ancaman kerosakan dan bersifat anti keradangan disebabkan akibat kulit terlalu lama terdedah kepada pencemaran dan cuaca panas,” katanya.

Kongsi Manfaat – Minyak Zaitun

buah zaitun mampu atasi masalah kulit kerana khasit nutrisinya
Buah zaitun mampu mengatasi pelbagai masalah kulit kerana khasiat nutrisinya

Rangkaian produk The Olive Tree menampilkan pelbagai koleksi berasaskan khasiat buah zaitun untuk penjagaan menyeluruh badan dan muka wanita.

Hong Mei berkata, dengan menggunakan kelebihan buah zaitun bersama bahan semula jadi lain seperti bunga mawar, arang, avakado, lavender dan serai serta macademia, jenama produk yang diketengahkan ini membantu mengekalkan kelembutan dan kesihatan kulit serta rambut, terutama wanita.

Katanya, sebagai ibu kepada dua anak berkulit sensitif, beliau sentiasa mencari produk penjagaan kulit yang bebas bahan kimia dan lembut untuk kulit mereka.

Minyak Zaitun Dapat Mengurangkan Masalah Kulit

minyak zaitun kaya khasiat dan bagus untuk kesihatan tubuh dan kulit
Minyak zaitun kaya khasiat untuk tubuh dan membantu atasi masalah kulit.

“Selepas mendapati keistimewaan minyak zaitun membantu mengurangkan masalah kulit, saya bercadang untuk kongsi manfaat buah ini dengan pengguna,” katanya.

The Olive Tree mengetengahkan rangkaian produk menggunakan buah zaitun sebagai bahan asas pada koleksi sabun buatan sendiri, sabun mandian cecair, losen, pupur dan syampu untuk kegunaan menyeluruh.

Kelebihan Minyak Zaitun

– Boleh digunakan untuk penjagaan rambut.

– Khasiat antibakteria secara semula jadi.

– Kandungan hormon Dihidrotestosteron (DHT) membantu pembentukan sel rambut.

– Tinggi dengan kandungan nutrisi seperti vitamin D, Vitamin E dan biotin.

– Mencegah masalah rambut putus, botak dan gugur.

Ozpure – Krim Yang Dihasilkan Dari Minyak Zaitun

krim dan sabun Ozpure - dibuat dari bahan minyak zaitun bagus untuk hilangkan gatal kulit.
Krim dan sabun Ozpure – bahan minyak zaitun

Sumber:

Cara hilangkan gatal kemaluan dan faraj dengan sabun dan krim minyak zaitun

Ekzema Bayi – Cara Hilangkan Dengan Berkesan

Adaptasi dari BH Online: Rahsia Minyak Zaitun

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd, blogger dan agen hartanah

Discover more from Blog Rahaman

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading